Semakan Permohonan Latihan Separa Perubatan 2018 Sijil / Diploma

Perhatian calon lepasan Sijil / Diploma yang ingin berkhidmat dalam perkhidmatan awam, berikut dikongsikan maklumat jawatan kosong terkini kerajaan.

Anda kini boleh membuat semakan permohonan latihan separa perubatan 2018 melalui portal rasmi SPA. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Ogos 2018.

Terdapat lebih 1,500 kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Antara jawatan yang boleh anda mohon termasuklah:

  • Jururawat
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Juru X-Ray
  • Juruterapi Pergigian
  • Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Penolong Pegawai Farmasi
  • Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Pembantu Kesihatan Awam

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2018

Bagi permohonan bertaraf Diploma, anda perlulah SPM atau sijil yang diiktiraf setaraf dengannya. Dan mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bonus kepada calon-calon yang mendapat keputusan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik, anda akan diutamakan.

Bagi permohonan latihan separa perubatan bertaraf sijil pula, calon hendalah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Sekiranya anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, pastikan anda memohon secara online dengan mengisi borang SPA8i.

Calon juga wajib berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu pada 5 Ogos 2018.

Untuk memohon anda tidak perlu sediakan resume. Hanya perlu mengisi maklumat yang diminta semasa mengisi borang SPA8i sahaja.

Jika ada sebarang pertanyaa, sila hubungi terus nombor berikut 88856000.

Leave a Comment