Semakan Senarai Hitam PTPTN Secara Online

cara semakan senarai hitam ptptn

Bagaimana cara membuat semakan senarai hitam PTPTN secara online?

Tahukah anda mana-mana peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman boleh disenarai hitam oleh Jabatan Imegresen Malaysia (JIM).

Sekiranya disenarai hitam, peminjam tidak akan dibenarkan memperbaharui passport dan dihalang daripada ke luar negara.

Bagaimana Membuat Semakan Senarai Hitam PTPTN?

Anda boleh menyemak sama status sama ada melalui:

  1. Portal Rasmi JIM
  2. Portal Rasmi PTPTN
  3. Careline PTPTN di talian 03-2193 3000
  4. Kaunter PTPTN / JIM

Peminjam yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitam secara harian. Pastikan rundingan dibuat 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.

Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Peminjam layak mendapat pemberian diskaun PTPTN sebanyak 15% sekiranya membuat bayaran balik sepanjang tempoh bermula 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari blog MyPTPTN.

Leave a Comment