Jadual & Siaran Langsung Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Sukan SEA ke-29 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 19 Ogos 2017 bakal melakar satu lagi sejarah tersendiri dengan liputan siaran langsung terbesar dan paling komprehensif dalam sejarah penganjuran temasya sukan terbesar serantau itu.

Sebanyak 24 acara sukan disiarkan secara langsung termasuk olahraga, akuatik, bolasepak (lelaki), berbasikal (trek), tenpin bowling, billiard dan snuker, ragbi 7 sebelah, angkat berat, ping pong, gimnastik, luncur ais, tinju, muay, karate, taekwondo, pencak silat, wushu, bola keranjang, badminton, bola jaring, sepak takraw, skuasy, memanah dan hoki.

Peminat sukan negara boleh menonton siaran langsung Sukan SEA 2017 di saluran:

  • ASTRO ARENA (4 Saluran HD dan 4 Saluran SD)
  • Platform Digital – 4 Saluran di Astro Go & NJOI NOW
  • Portal Astro – Stadium Astro, Astro Gempak, Rojak Daily, Astro Ulagam (Tamil), Xuan (Cina)

Dapatkan info pungutan pingat Sukan SEA 2017 di sini.

Jadual Sukan SEA 2017

Berikut merupakan jadual terkini acara-acara yang dipertandingkan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 seperti yang disiarkan di portal rasmi https://www.kualalumpur2017.com.my/.

  • Aquatics – Diving (26-30)
  • Aquatics – Swimming (21-26)
  • Aquatics – Synchronised Swimming (17-20)
  • Aquatics – Open Water (18)
  • Aquatics – Water Polo (15-20)
  • Archery (16-22)
  • Athletics (19-26)
  • Badminton (22-29)
  • Basketball (20-26)
  • Billiards & Snooker (22-27)
  • Bowling (Tenpin) (20-25)
  • Boxing (20-24)
  • Cricket (17-29)
  • Cycling – BMX (26)
  • Cycling – Road (21-24)
  • Cycling – Track (27-29)
  • Equestrian – Dressage (22-24)
  • Equestrian – Show Jumping (26-28)
  • Equestrian – Endurance (20)
  • Equestrian – Polo (22-29)
  • Fencing (21-23)
  • Football (14-29)
  • Futsal (18-27)
  • Golf (22-26)
  • Gymnastics – Artistic (20-23)
  • Gymnastics – Rhythmic (26-28)
  • Hockey – Field (21-29)
  • Hockey – Indoor (21-26)
  • Ice Hockey (20-24)
  • Ice Skating – Figure Skating (26-27)
  • Ice Skating – Short Track Speed Skating (29-30)
  • Judo (26-27)
  • Karate (22-24)
  • Lawn Bowls (22-27)
  • Muay (26-29)
  • Netball (14-20)
  • Pencak Silat (24-29)
  • Pétanque (21-28)
  • Rugby 7s (19-20)
  • Sailing (21-29)
  • Sepaktakraw (16-29)
  • Shooting (21-26)
  • Squash (21-29)
  • Table Tennis (20-26)
  • Taekwondo (26-29)
  • Tennis (21-29)
  • Triathlon (21)
  • Volleyball (21-27)
  • Waterski & Wakeboard (25-29)
  • Weightlifting (28-30)
  • Wushu (20-22)

Untuk info lanjut berkaitan lokasi setiap acara Sukan SEA yang dipertandingkan, anda boleh download PDF ini.

jadual sukan sea 2017

Pembelian Tiket Sukan SEA Kuala Lumpur

Tiket Sukan SEA dijual pada harga sekitar RM10-RM20 sahaja. Bagi acara renang, pencak silat, taekwando & bola jaring, tiket sudah habis dijual.

Kanak-kanak di bawah umur tiga (3) tahun, tidak memerlukan tiket. Ibu bapa atau penjaganya mesti memastikan bahawa kanak-kanak itu tidak duduk atas tempat duduk di tempat pertandingan dan kanak-kanak itu duduk di pangkuan mereka pada setiap masa.

Pembelian tiket boleh dibuat secara online di laman web ini.

Leave a Comment