Permohonan Skim Cakna Suri 2023 Negeri Kelantan RM200

Kerajaan Negeri Kelantan telah membuka bantuan kepada suri rumah di negeri tersebut menerusi Skim Cakna Suri 2023.

Skim Cakna Suri merupakan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Kelantan sejak 2020 bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020.

Skim ini juga diperkenalkan bagi sebagai tanda keperihatinan kerajaan negeri kepada suri rumah yang merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati.

Suri rumah yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 31 Januari 2023 iaitu pada hari Selasa. 

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan menerusi skim ini adalah sebanyak RM200 secara one-off.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:

  1. Suri rumah sepenuh masa berumur 54 tahun dan ke bawah.
  2. Mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan.
  3. Rakyat Negeri Kelantan.
  4. Pendapatan isi rumah sebanyak RM2,000 dan ke bawah.
  5. Bukan penerima Skim Cakna Suri 2022.

Cara Memohon

Cara memohon untuk skim ini adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/folders/12OcWNI1Hl7_9ddERCWCaA4E4o9EkVYL6?fbclid=IwAR1cCMUd7SaB_Erh4eiCSmUExjeNegrxkCb1t7fMYPdP23ehr4AS6iZFyk8
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Semua dokumen perlu dihantar ke alamat berikut:

    Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre), Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259,
    Seksyen 11, Jalan Pendek,
    15000 Kota Bharu,
    Kelantan Darul Naim.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Pengesahan no akaun pemohon (sekiranya menggunakan akaun suami/anak, lampirkan bersama salinan Kad Pengenalan penama akaun).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Cakna Suri ini, sila WhatsApp ke Unit Pembangunan Keluarga di talian 013-983 6915 atau Unit Kaunseling di talian 013-983 5912.

Leave a Comment