Cara Mohon Skim Perumahan Belia BSN 2018

0

Bagi anda yang berkelayakan dan ingin membeli rumah di bawah harga RM500,000 anda boleh cuba untuk memohon Skim Perumahan Belia BSN (SPB 2018) di bawah skim MyHome BSN.

Tujuan skim ini diadakan adalah untuk memberi bantuan kepada golongan bujang dan yang sudah berkahwin untuk membeli rumah pertama mereka dengan kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.

Subsidi sebanyak RM200 turut disediakan bagi setiap bulan selama 2 tahun.

Sebagai contoh, jika bayaran bulanan rumah tersebut ialah sebanyak RM1,500 maka peminjam hanya perlu membayar sebanyak RM1,300 sepanjang tempoh 2 tahun pertama.

Skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja seperti Skim MyDeposit 2018. Siapa cepat, dia yang dapat.

SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2018

Antara ciri-ciri dan kelebihan skim ini yang perlu anda tahu adalah:

  • Ia ditawarkan khusus untuk hartanah yang sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.
  • Pengecualian duti setem sebanyak 100% ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.
  • Kerajaan turut memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, mulai dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju/penjual.

Skim ini sesuai bagi hartanah antara RM100,000 – RM500,000.

Tempoh pinjaman adalah dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tempoh tamat pinjaman).

Kadar faedah yang ditetapkan oleh BSN adalah seperti yang dinyatakan di portal BSN:

  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
  • Kadar indikatif sebanyak BR + 0.80% bagi pinjaman bernilai RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in.
  • Kadar Asas (KA) semasa BSN ialah 4.10% (berkuatkuasa 7 Februari 2018)

Yuran guaman adalah ditanggung sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON

Bagi anda yang berminat, syarat-syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belia yang sudah berkahwin berumur antara 25-40 tahun
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  4. Pembelian rumah pertama sahaja

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  2. Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  5. Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  6. Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  7. Salinan penyata KWSP
  8. Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  9. Borang EA/ EC

Bagi pemohon yang bekerja sendiri, anda hendaklah membawa:

  1. Borang B/BE dan Resit LHDN
  2. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  3. Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  4. Dokumen-dokumen lain (jika perlu)

Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN atau klik sini untuk memohon.

Leave A Reply

Your email address will not be published.