SPA9: Login Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan

Makluman kepada semua pemohon pekerjaan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA8i akan dinaiktaraf kepada sistem SPA9.

Sila ambil maklum tentang maklumat berkaitan yang berikut.

Baca juga: Permohonan BPN 2.0 Kini Dibuka. Mohon Sekarang!

Tentang SPA9 Baru

Untuk bekerja dalam perkhidmatan awam, permohonan perlu dibuat melalui sebuah aplikasi online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Terdahulu, sistem ini dikenali sebagai SPA8i.

Melalui portal ini, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong di sektor awam sesuai dengan kelayakan di samping mengemaskini data serta menyemak maklumat temuduga dengan mudah.

Sistem baharu yang dikenali sebagai SPA9 ini akan mula digunakan sepenuhnya mulai 28 September 2020.

https://spa9.spa.gov.my/

Pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh tidak perlu mendaftar semula di SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru.

Keistimewaan SPA9

Banyak penambahbaikan telah dibuat untuk SPA9 yang baru berbanding SPA8i yang dahulu, antaranya:

  • SPA9 telah dibangunkan dengan penggunaan Kad Pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.
  • Melalui SPA9 ini, pengisian maklumat akademik calon secara automatik yang dijana terus daripada Kementerian Pendidikan / IPT / Agensi yang berkaitan.
  • Pengesahan pengiktirafan kelayakan akademik secara automatik.
  • Semakan status kelayakan jawatan yang dimohon berdasarkan kelayakan akademik calon.
  • Pengisian maklumat kewarganegaraan, pemegang Kad Orang
  • Kurang Upaya (OKU), penerima bantuan eKasih dan lesen memandu secara terus daripada agensi terlibat.

Ini menjadikan permohonan lebih mudah untuk diisi, dapat mempercepatkan proses tapisan kerana maklumat lengkap dapat diperolehi melalui Sistem SPA9 dan data-data lebih berintegriti diperolehi melalui perkongsian data dengan pelbagai agensi yang terlibat.

Cara Permohonan Jawatan Kerajaan Melalui SPA9

Untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sila ikuti panduan pendaftaran di bawah ini.

1. Pergi Ke Laman Web SPA9

Sila layari laman web SPA9 di alamat url berikut:

https://spa9.spa.gov.my/login

2. Pendaftaran Pengguna

Sila klik ‘Pendaftaran Pengguna’ dan isikan setiap maklumat yang diperlukan termasuk soalan Keselamatan serta kata laluan dan kod keselamatan.

3. Log Masuk

Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon untuk login sistem kerja kosong kerajaan.

Masukkan Kata Laluan.

Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.

Klik “Log Masuk”.

4. Kemaskini Maklumat

Sila kemaskini maklumat berikut dalam sistem

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat akademik
  • Maklumat sedang berkhidmat
  • Maklumat bekas tentera
  • Maklumat bukan akademik

5. Permohonan Jawatan

Klik pada menu JAWATAN DIMOHON dan isikan maklumat mengikut sub-menu berikut:

  • Bakat
  • Latihan Separa Perubatan
  • PT3 / PMR
  • SPM / SPVM / SPMV / SVM / SKM
  • Diploma / STPM / STAM / Matrikulasi
  • Ijazah

6. Perakuan

Klik pada pautan ‘Pengakuan Pemohon’ dan semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih.

Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama.

Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA.

Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.

Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.

7. Semakan Status

Apabila pautan “Status Permohonan Semasa” ditekan, skrin akan memaparkan Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dimohon.

Sila semak keputusan permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya mengalami sebarang masalah, anda boleh hantarkan pertanyaan atau aduan anda kepada ePertanyaan SPA.

Sila salurkan pertanyaan atau aduan anda beserta

  • nombor kad pengenalan
  • nama penuh
  • keterangan masalah

Anda juga boleh menghubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau rujuk direktori SPA di SINI.

Leave a Comment