Kenyataan Media Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017

Peperiksaan bertulis SPM 2017 akan berlangsung pada 6 November hingga 4 Disember 2017.

Seramai 443,883 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun ini di 3,363 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara.

Seramai 35,341 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Butiran calon adalah seperti berikut:

spm 2017

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan SPM 2017 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Leave a Comment