Jadual, Pungutan Pingat Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017

sukan para asean 2017

Selepas kejayaan besar Malaysia meraih 145 pingat emas pada kejohanan Sukan SEA 2017, kini giliran atlet paralimpik pula berentap dalam Sukan Para ASEAN ke-19 yang bakal berlangsung dari 17 hingga 23 September ini.

Dimaklumkan seramai lebih 1,400 atlet Paralimpik akan mengambil bahagian dalam 368 acara daripada 16 jenis sukan yang dipertandingkan.

Sebahagian besar atlet juga sudah tiba di Malaysia sejak 13 September lalu. Didahului oleh kontinjen paralimpik Singapura yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11.15 minit pagi tadi, diikuti kontinjen Filipina, dan seterusnya atlet paralimpik dari 11 negara lain yang bertanding.

Untuk makluman, pas masuk untuk upacara pembukaan sudah habis. Pas boleh didapati di kaunter masuk SNBJ.

Acara Sukan

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah:

  1. Memanah
  2. Olahraga
  3. Badminton
  4. Boccia
  5. Catur
  6. Berbasikal
  7. Bola sepak 5 sebelah
  8. Bola sepak CP
  9. Goalball
  10. Powerlifting
  11. Renang
  12. Tenpin Boling
  13. Ping pong
  14. Bola tampar duduk
  15. Bola keranjang kerusi roda
  16. Tenis kerusi roda

Jadual Sukan Para ASEAN 2017

Berikut kami kongsikan jadual sukan Para ASEAN yang dikongsikan di portal rasmi Kuala Lumpur 2017.

ACARAVENUETARIKH
Para MemanahPadang Sintetik Majlis Sukan Negara18-22
Para OlahragaStadium Nasional Bukit Jalil18-22
Para BadmintonAxiata Arena18-22
BocciaMiTEC Hall 618-22
CaturMiTEC Hall 418-22
Para Bebasikal (Trek)Velodrome Nasional Malaysia17-18
Para Bebasikal (Lebuh Raya)Putrajaya20-21
Bola Sepak 5 SebelahStadium Hoki Nasional18-22
Bola Sepak CPPadang C Majlis Sukan Negara18-22
GoalballMiTEC Hall 817-23
Para PowerliftingMiTEC Hall 318-21
Para RenangPusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil18-22
Tepin BolingSunway Pyramid, Petaling Jaya19-22
Para Ping PongMiTEC Hall 717-23
Bola Tampar DudukMiTEC Hall 1118-22
Bola Keranjang Kerusi RodaMiTEC Hall 9 & 1018-22
Tenis Kerusi RodaKompleks Tenis Jalan Duta18-21

jadual sukan para asean 2017

Jadual ini dikemaskini pada 14 September 2017.

Pungutan Pingat Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017

Berikut kedudukan terkini dan pungutan pingat sukan Para ASEAN 2017.

NEGARAEMASPERAKGANGSAJUMLAH
MALAYSIA443932115
INDONESIA473124102
THAILAND25253282
VIETNAM23302275
SINGAPURA6101340

Seramai 4,000 sukarelawanan dilaporkan bertugas sepanjang berlangsungnya kejohanan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan Sukan Para ASEAN ke 9, R Effendi Razali menjelaskan, jumlah ini dilihat sudah mencukupi untuk mengurus dan memenuhi keperluan harian sepanjang temasya sehingga hari terakhir.

“Seperti Sukan Sea,kami menyediakan latihan untuk para sukarelawan secara dua peringkat iaitu latihan umum dan latihan spefikasi.” kata R. Effendi Razali.

Jumlah sukarelawan mengikut jawatankuasa:

  • Protokol – 150 orang
  • Perasmian dan penutup – 1000 orang
  • Pengangkutan – 450 orang
  • Sukan dan teknikal – 570 orang
  • Kemudahan dan insfastruktur – 180 orang
  • Penginapan dan makanan – 150 orang
  • Inisiatif hijau – 200 orang
  • Persediaan atlet – 60 orang
  • Media cetak dan ICT – 60 orang
  • Perubatan dan doping – 300 orang
  • Larian obor dan kumpulan sorak – 450 orang
  • Seketeriat Kuala Lumpur – 430 orang

Sukan para di rantau Asia Tenggara telah mengalami evolusi drastik dan Malaysia tidak terkecuali dengan kelahiran ramai jaguh Asia dan dunia seperti Mohamad Ziyad Zolkefli, Ridzuan Puzi, Latif Romly, Siti Nor Radiah Ismail dan tidak lupa, bekas bintang Para yang banyak berjasa seperti P. Mariapan, Cheok Kon Fatt, Siow Lee Chan (powerlifting), the Allahyarham Salam Sidik ( memanah) and Allahyarham Azlan Mat Lazim (olahraga), Hasihin Sanawi (memanah) dan bekas perejam lembing negara Lee Seng Chow.

Leave a Comment