Pungutan Pingat & Kedudukan Semasa Sukan SEA 2017

Malaysia kini di kedudukan teratas Sukan SEA 2017 dengan jumlah pungutan pingat; 63 emas, 45 perak dan 39 gangsa.

Vietnam berada di kedudukan ke-2 mengutip 37 emas, 25 perak dan 31 gangsa.

Skuad Chinlone menghadiahkan emas pertama buat negara apabila mengatasi Filipina dalam acara Chinlone Event 3 (Linking) pada Rabu (16 Ogos).

Baca juga: Jadual, Pungutan Pingat Sukan Para ASEAN 2017

Pungutan Pingat Kedudukan Semasa Sukan SEA 2017

KEDUDUKANNEGARAEMASPERAKGANGSAJUMLAH
1MALAYSIA1027068240
2THAILAND587172201
3VIETNAM533950142
4SINGAPORE484359150
5INDONESIA315260143

Pungutan pingat dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk senarai acara yang dipertandingkan, anda boleh rujuk semula jadual perlawanan Sukan SEA 2017.

SEPAKTAKRAW : SKUAD CHINLONE HADIAH EMAS BERSEJARAH BUAT MALAYSIA!

LAGU Negara Ku bergema di Stadium Titiwangsa buat pertama kali, meraikan kejayaan skuad Chinlone Malaysia yang menghadiahkan emas pertama Sukan SEA 2017 buat negara apabila mengatasi Filipina dalam acara Chinlone Event 3 (Linking) pada Rabu (16 Ogos).

Buruan negara untuk menepati sasaran 111 emas untuk muncul juara keseluruhan KL2017 bermula dengan langkah kanan, apabila emas pertama temasya yang sentiasa menjadi rebutan menjadi milik negara.

Tambah manis apabila Menteri Belia dan Sukan YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, yang sentiasa berada di belakang kontinjen sebagai pendorong utama atlet, hadir mengalungkan pingat emas berharga kepada pemain negara.

Gandingan Muhd Faiz Roslan, Mohd Kamal Aizat Azmi, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Kamaruzaman, Muhamad Asyraaf Abd Hadi, dan Izuan Afendi Azlan nyata menjadi dengan kawalan bola yang kemas yang membolehkan mereka mengumpul mata keseluruhan 391.

Filipina yang dibarisi John Jeffery Morcillos, John Bobier, Rhemwil Catana, Ronsited Gabayeron, Joeart Jumawan, dan Alvin Pangan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul dengan 271 mata.

Pusingan pertama menyaksikan Malaysia Nampak gugup pada awal permainan tetapi berjaya mengumpul kekuatan dan tenang apabila memasuki minit ketiga hingga berjaya mendahului Filipina dengan kedudukan 62-40 sebelum menamatkan pusingan dengan 197-133.

Malaysia terus memberi tekanan ke atas lawan apabila masuk pusingan kedua dengan kawalan bola yang kemas dan aksi yang tenang, dan akhirnya berkesudahan dengan catatan 194-138.

Terdahulu, pada pusingan awal, Malaysia mengesahkan slot ke final apabila mengumpul 376 mata selepas mengharungi dua pusingan.

Filipina pula mara ke akhir dengan kejayaan mengumpul 293 mata diikuti Brunei, yang meraih gangsa, dengan catatan 157 mata.

“APA KATA MEREKA”

YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan: “Emas ini sangat bermakna kerana ia emas pertama temasya..ia memang jadi sasaran kita. Pemain kita tidak mengecewakan daripada timangan pertama hinggalah kawalan bola, inilah semangat yang kita mahu. Sasaran hari ini sudah tercapai (mission accomplished), ada 110 pingat yang perlu kita gapai!”

Jurulatih Malaysia, Mohd Yusoff Abdullah: “Lega kerana berjaya, dan lega kerana beban berat di bahu sudah tiada! Kami sasarkan mata lebih tinggi tetapi saya bersyukur kerana yang penting memenngi emas! Filipina masih baru dalam Chinlone, saya percaya mereka kana bertambah baik dalam masa dua tahun lagi.” Ketua Pasukan Malaysia,

Mohd Faiz Roslan: “Kami harap emas pertama ini akan bakar semangat atlet lain untuk buru lebih banyak emas. Memang gugup pada awal permainan, tetapi kemudian berjaya bermain dengan tenang dan terus memperbaiki permainan. Harap-harap kami berjaya raih emas kedua dalam Event 1 acara Non Repetition Primary atau Event 4 (non-repetition secondary) pada esok (Khamis 14 Ogos).”

Jurulatih Filipina, Metodio Suico Jr Junmar Aleta: “Malaysia beraksi dengan baik kerana mempunyai pengalaman luas dalam beberapa siri Sukan SEA lepas. Ini kali pertama kami mengambil bahagian dalam Chinlone dan saya puas hati dengan pemain saya.” Ketua pasukan Filipina, John Jeffrey Morcillos: “Kami sasarkan emas tetapi tidak kesampaian. Kami hanya berlatih bersama selama lima bulan sahaja, termasuk sebulan di Myanmar. Jadi secara keseluruhan, kami berpuas hati.

Keputusan Sukan SEA 2017

Untuk dapatkan maklumat keputusan semasa Sukan SEA 2017, anda boleh layari laman web rasmi  di sini https://www.kualalumpur2017.com.my/bm/seagames-result.cshtml

Leave a Comment