Tarikan di Sunway Lagoon

Taman Tema Sunway Lagoon terletak di Bandar Sunway Subang Jaya, Selangor dibuka pada tahun 1992 ini mempunyai keluasan kawasan sebanyak 88 ekar serta 6 zon pengembaraan untuk anda kunjungi.

Taman Tema Sunway Lagoon sebenarnya dibina di atas tapak tinggalan lombong tin dan pada waktu ia dibina, kedalaman tapak adalah 46 meter bawah aras tanah.

Taman tema ini mempunyai slogan Hari Terbaik Anda ataupun Your Best Day Ever dan telah menganjurkan banyak concert artis terkenal antarabangsa serta berjaya merangkul banyak anugerah.

Cara hendak ke Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor

Sunway Lagoon terletak lebih kurang 15 km dari KL Sentral dan dari KL Sentral, pengunjung boleh menggunakan kenderaan awam seperti bas RapidKL yang bernombor U63 kerana laluan bas ini di sekitar Bandar Sunway dan juga Taman Tema Sunway Lagoon.

Pendek kata, pengunjung yang menngunakan pengangkutan lain seperti kapal terbang boleh terus ke KL Sentral untuk mengambil komuter ke Stesen Seri Setia kemudian meneruskan perjalanan dengan Bas Rapid Transit untuk Sunway Lagoon.

AlamatFb/ Website
SUNWAY LAGOON SDN BHD (211311-A)
3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sunway Lagoon

Harga Tiket Masuk ke Sunway Lagoon

Harga tiket masuk untuk dewasa berharga RM 202 manakala untuk warga emas dan kanak-kanak berharga RM 170 sahaja.

Harga tiket untuk warganegara adalah lebih murah iaitu RM 138 untuk dewasa dan RM 113 untuk warga emas dan kanak-kanak namun penjimatan ekstra RM 5 untuk anda yang membeli tiket secara atas talian.

Harga tiket lain serta promosi boleh dilihat di laman web rasmi Sunway Lagoon.

Waktu Operasi

Sunway Lagoon dibuka pada setiap hari rabu- isnin pada pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Sunway Lagoon ditutup pada setiap hari selasa kecuali pada musim cuti.

Jom kita terus tarikan menarik di Taman Tema Sunway Lagoon yang terletak di negeri Selangor ini.

6 Zon Tarikan di Sunway Lagoon

1. Taman Air Sunway Lagoon

Water Park Sunway Lagoon Selangor
Sunway Lagoon

Vuvuzela adalah antara tarikan utama di Taman Air Sunway Lagoon dan adalah tunggangan pusaran terbesar di dunia dan tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih kurang 11 tingkat tinggi.

Water Of Africa adalah antara tarikan utama di taman air ini, Little Zimbabwe adalah tumpuan terkenal dalam kalangan keluarga yang mempunyai kanak-kanak kerana di sini mempunyai taman permainan air interaktif seperti pahlawan Masai dan pondok di taman menyerupai kampung kecil di Zimbabwe ini.

Waterplexx 5D juga menawarkan pengalaman unik kerana anda akan mengembara secara virtual dan rasai pengembaraan penuh cabaran seperti paparan 3D yang pelbagai, pancutan air jet, kolam, air terjun, angin dan macam-macam lagi.

Pantai buatan manusia yang terbesar di dunia iaitu Surf Beach adalah syurga pengunjung yang inginkan percutian yang seakan berada di pantai dan mendengarkan buyi deruan ombak serta untuk pengunjung bersantai atau belajar surfing.

2. Taman Hiburan Sunway Lagoon

Sunway Lagoon Selangor
Sunway Lagoon

Pengunjung yang mahukan hiburan dan tidak mahu basah?

Taman hiburan ini adalah zon yang anda perlu kunjungi kerana anda berpeluang untuk bermain serta bersantai.

Kalau anda mahu bersantai, anda boleh menggunakan jambatan gantung untuk pejalan kaki yang berketinggian 60 kaki dan melihat sekitar taman, jambatan ini pernah memegang gelaran Jambatan Gantung Terpanjang Dunia di Malaysia Book Of Record dengan panjang mencecah 428 meter.

Permainan di sini adalah berbagai seperti permainan karusel yang perlahan dan santai sesuai untuk semua peringkat umur dan tunggangan ekstrim seperti pirate ship (Pirate’s Revenge) yang akan membuatkan anda berpusing 360 darjah dan juga roller coaster Lost City Of Gold Scream Coaster.

3. Nickelodeon Lost Lagoon

Taman bertemakan Nickelodeon di Sunway Lagoon ini adalah yang pertama dibuka di Asia dan dibina di tapak berkeluasan 10 ekar berlatarbelakangkan hutan tropika hijau.

Sunway lagoon

Terdapat lebih 12 tarikan di Nickelodeon Lost Lagoon iaitu Spongebob Splash Adventure, Monsoon 360, Wild Immersion, Kubarango, Jungle Fury, Splish Splash, Hippo Valley, Primeval, Wonder Steps, Explorer’s Trail dan Explorer’s Campsite.

Spongebob Splash Adventure akan membawa anda sekeluarga ke Bikini Bottom dengan pelbagai pengembaraan seperti meriam air, pancutan air panas, gelongsor dan air terjun serta terdapat sesi meet and greet Spongebob dan Patrick.

Monsoon 360 melibatkan aktiviti ekstrim seperti vertical free falling yang sangat laju dan pastinya anda akan berasa berdebar dan teruja serta sesuai untuk adrenaline junkie.

Wild Immersion adalah paparan virtual interaktif haiwan liar yang pertama di dunia dan sesuai untuk kanak-kanak yang meminati haiwan.

Kubarango, Jungle Fury, Primeval adalah aktiviti air yang agak ekstrim dan sentiasa menjadi tarikan utama.

Aktiviti air yang lebih santai adalah Splish Splash dan Hippo Valley namun masih menyeronokkan kerana mempunyai elemen interaktif.

Wonder Steps, Explorer’s Campsite dan juga Explorer’s Trail amat sesuai untuk bersantai dan menikmati alam sekitar namun untuk sesetengah pengunjung, Explorer’s Trail mempunyai cabaran dari segi trailnya sendiri.

4. Taman Hidupan Liar

Sunway Lagoon mempunyai zoo yang dinamakan Sunway Lagoon Wildlife Park.

Taman Hidupan Liar
Sunway Lagoon

Taman ini mempunyai 150 spesis haiwan dari seluruh negara dan terdapat tarikan utama seperti Wild Encounters, Enchanting Exhibits, The White Lion Kingdom dan Tiger Land iaitu tarikan yang terbaru sekali di Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon.

Pada 3.00 hingga 3.30 petang, pertunjukan pelbagai haiwan diadakan di Wildlife Theatre.

5. Taman Jeritan atau Scream Park

Taman Jeritan ini direka untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas kerana faktor keselamatan dan emosi.

Taman Jeritan Sunway Lagoon
Sunway Lagoon

Taman ini adalah seperti rumah berhantu dan aktiviti interaktif lain contohnya melarikan diri zombi.

Tarikan terbaru di sini adalah Sharknado Alive yang memerlukan pengunjung berjalan di studio selama lebih kurang 15 minit melalui patung dan halangan berupa jerung pemangsa yang menakutkan.

6. X Park

X Park adalah untuk penggemar sukan lasak, adrenaline junkie dan memang bukan untuk pengunjung yang lemah semangat.

X Park
Sunway Lagoon

Aktiviti di sini adalah terjun bungee, paintball, flying fox, G Force X slingshot, ATV, memanah dan banyak lagi.

Antara yang wajib dicuba adalah G Force X, di mana anda akan dilontar ke udara dengan kelajuan 0-120km/jam dalam masa 2 saat sahaja.

Terjunan bungee di Sunway Lagoon merupakan terjun bungee yang pertama di Malaysia manakala flying fox di sini adalah yang terpanjang sekali di Malaysia.

Kalau mahukan aktiviti yang kurang stress, pengunjung boleh berkayak, paddle boat ataupun mencuba aktiviti memanah di X Park.

Banyak lagi tarikan di Sunway Lagoon, Selangor untuk dicuba namun hanya setakat ini perkongsian kita.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment