Ibu bapa kini boleh mengetahui takwim persekolahan dan tarikh cuti sekolah sesi 2023/2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Untuk sesi persekolahan 2023/2024, pelaksanaannya adalah mengikuti kepada negeri iaitu negeri Kumpulan A dan negeri Kumpulan B.
Untuk sesi persekolahan akan datang, tarikh persekolahan adalah dilewatkan selama seminggu daripada tarikh asal yang dijadualkan bagi memberi laluan pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara.
Tarikh Mula Sesi Persekolahan
Tarikh mula sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan bermula pada 19 Mac 2023 sehingga 9 Mac 2024.
Untuk sekolah bagi negeri Kumpulan B pula, sesi persekolahan akan bermula pada 20 Mac 2023 sehingga 10 Mac 2024.
Mengenai Negeri Kumpulan
Negeri Kumpulan A adalah negeri yang terdiri daripada:
i) Negeri Kumpulan A
- Kedah
- Terengganu
- Kelantan
- Johor
ii) Negeri Kumpulan B
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Negeri Sembilan
- Pulau Pinang
- Melaka
- Perlis
- Pahang
- Perak
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
Takwim Persekolahan
Takwim penuh sesi persekolahan akan datang boleh dilihat melalui jadual di bawah:

Perincian takwim persekolahan serta jumlah hari dan minggu bagi negeri Kumpulan B boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

Cuti Perayaan
KPM juga memaklumkan terdapat juga penambahan cuti perayaan yang telah diperuntukkan.
Cuti perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti ini adalah:
- Hari Gawai Dayak
- Hari Raya Aidilfitri
- Tahun Baru Cina
- Hari Deepavali
Penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan adalah seperti jadual di bawah:

Info Lanjut
Info maklumat lanjut mengenai tarikh persekolahan dan tarikh cuti sekolah sesi 2023/2024, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-kalendar-akademik-sesi-2023-2024.