Ultimate magazine theme for WordPress.

Tarikh Mengundi PRU14 Pilihan Raya Umum 2018

0

Selepas pembubaran parlimen diumumkan pada 7 April lepas, tarikh mengundi PRU14 perlu ditetapkan oleh SPR dalam masa 60 hari selepas parlimen bubar.

Namun teka teki bila PRU 14 masih belum terjawab selagi tidak dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Parti yang akan bertanding masing-masing telah melancarkan manifesto bagi meraih undi.

Contohnya Manifesto Pakatan Harapan yang berjanji akan menghapuskan GST sebaik mereka menawan Putrajaya.

Manakala dalam Manifesto Barisan Nasional pula, antara yang menarik perhatian ramai adalah kenaikan dana BR1M sehingga RM2,000 bagi mereka yang layak.

Klik sini untuk membuat semakan daftar pemilih dan lokasi mengundi PRU14.

Tarikh Mengundi PRU14

Jika sebelum ini banyak desas desus mengatakan PRU 14 akan diadakan pada November lepas, kemudian ada pula yang mengatakan pada bulan Januari namun semuanya terjawab pada 6 April lalu.

Tarikh penamaan calon juga masih menjadi tanda tanya rakyat Malaysia.

Pakatan Harapan yang nampak lebih menonjol semakin aggresif meraih undi bagi mengambil alih Kerajaan pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Parti yang diketuai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bagaimana pun dinafikan oleh ROS baru-baru ini. Mereka dikatakan tidak boleh bertanding menggunakan nama BERSATU disebabkan dokumen yang tidak lengkap.

Namun perkara tersebut tidak mematahkan semangat BERSATU dan mereka telah memutuskan untuk bertanding menggunakan logo parti KEADILAN atau PKR.

Bagi anda yang layak mengundi, pastikan anda semak semula lokasi mengundi kerana dikhuatiri berlaku sedikit perubahan disebabkan proses persempadanan semula.

Pastikan anda baca juga: Cara Mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi DUN untuk dimenangi.

Fakta Menarik PRU14

Berikut dikongsikan beberapa fakta menarik pilihan raya umum kali ini. Antaranya:

  • Seramai 14.9 juta pendaftar layak mengundi
  • PRU di Sarawak hanya melibatkan kerusi Parlimen sahaja kerana Pilihan Raya Negeri baru sahaja dibuat 7 Mei 2017
  • Datuk Seri Najib akan mengetuai BN untuk PRU ke-2 selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah pada 3 April 2009
  • Para PRU ke-13 BN telah memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi dipertandingkan manakala Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh mengundi PRU14 kami di Negaraku akan sentiasa kemaskini laporan ini. Pastikan anda bookmark page ini untuk dapatkan kemaskini terkini PRU14 akan datang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.