Informasi

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Mengikut Kategori: Februari, Jun & Ogos

Portal rasmi Bantuan Rakyat 1Malaysia sudah pun mengeluarkan jadual tarikh pembayaran BR1M 2018.

Pembayaran BR1M sama seperti tahun sebelum ini iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos.

Pemohon diminta kemaskini maklumat BR1M 2018 dan semak semula keputusan permohonan secara online.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2018, pemberian BR1M dikekalkan pada kadar maksima RM1,200 untuk kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran BR1M 2018 yang terkini.

Kategori 1: Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  • Februari – RM450

Kategori 2: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.

  • Februari – RM300
  • Jun – RM300
  • Ogos – RM300

Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  • Februari – RM400
  • Jun – RM400
  • Ogos – RM400

Untuk makluman, penerima kad diskaun siswa 1Malaysia atau KADS1M tidak layak memohon BR1M.

Skim Khairat Kematian (SKK) pula hanya layak diberikan kepada penama waris terdekat sahaja. Bantuan SKK adalah sebanyak RM1,000 + baki BR1M yang belum dituntut.

tarikh pembayaran br1m 2018

Kemaskini BR1M 2018

Setiap pemohon WAJIB melakukan kemaskini paling kurang sekali dalam tempoh 3 tahun. Sekiranya pemohon enggan berbuat demikian, permohonan BR1M 2018 anda mungkin gagal.

Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Jangan cuba untuk manipulasi maklumat tersebut kerana BR1M akan membuat proses “checking” maklumat yang diberikan dengan agensi kerajaan lain termasuk JPN, JPJ, Jabatan Agama dan sebagainya.

Syarat Kelayakan

Untuk pemohon baru, anda perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Sekiranya anda mahukan penjelasan lebih lanjut tentang BR1M 2018, anda boleh berkunjung ke mana-mana pejabat LHDN atau hubungi talian hotline mereka di nombor 1-800-88-2716

Leave a Reply