Ultimate magazine theme for WordPress.

Tarikh Pembayaran Gaji 2018: Laporan Jabatan Akauntan Negara (ANM)

0

Tarikh pembayaran gaji 2018 untuk penjawat awam baru sahaja diedarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) melalui portal rasmi mereka. Ini dapat memudahkan penjawat awam untuk merancang perbelanjaan dan percutian mengikut kalendar cuti umum 2018.

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan 2018

Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2018 berdasarkan pekeliling Tarikh dan Peraturan Gaji Tahun 2018 – membatalkan SPANM Bil 3/2017 yang telah dikeluarkan oleh ANM.

  1. Januari
    • 25.01.2018 – Khamis
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 14 hari
  2. Februari
    • 08.02.2018 – Khamis (Tahun Baru Cina 16 &17 Februari 2018 (Jumaat & Sabtu))
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 42 hari
  3. Mac
    • 22.03.2018 – Khamis
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 34 hari
  4. April
    • 25.04.2018 – Rabu
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 29 hari
  5. Mei
    • 24.05.2018 – Khamis (Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2018 (Rabu & Khamis))
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 14 hari
  6. Jun
    • 07.06.2018 – Khamis (Hari Raya Puasa 15 & 16 Jun 2018 (Jumaat & Sabtu))
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 48 hari
  7. Julai
    • 25.07.2018 – Rabu
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 21 hari
  8. Ogos
    • 15.08.2018 – Selasa (Hari Raya Haji 22 Ogos 2018 (Selasa))
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 41 hari
  9. September
    • 25.09.2018 – Selasa
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 30 hari
  10. Oktober
    • 25.10.2018 – Khamis
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 28 hari
  11. November
    • 22.11.2018 – Khamis (Hari Deepavali 6 November 2018(Rabu))
    • Jarak hari hingga gaji bulan seterusnya: 26 hari
  12. Disember
    • 18.12.2018 – Selasa (Hari Krismas 25 Disember 2018(Selasa))

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk tarikh pembayaran. Jadual gaji kakitangan awam ini tertakluk kepada pindaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Berdasarkan jadual di atas, terdapat tiga bulan di mana gaji penjawat awam akan dibayar pada awal bulan iaitu pada bulan Februari (Tahun Baru Cina), Jun (Hari Raya Puasa) dan Ogos (Hari Raya Haji). Keadaan ini menyebabkan jarak antara gaji bulan terlibat dan bulan seterusnya melebihi 40 hari.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari sistem Penyata Gaji Online atau portal rasm ANM di http://www.anm.gov.my/index.html

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.