Isu Semasa PRU14

Tarikh PRU14 Pada 13 Oktober 2017 Adalah Tidak Benar – SPRM

Baru-baru ini satu video viral di media sosial tentang pengumuman tarikh PRU14 yang kononnya akan diadakan pada 13 Oktober 2017. Namun satu kenyataan media telah pun dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan tarikh tersebut bukanlah tarikh sebenar PRU 2017.

Untuk pengetahuan tarikh tersebut digunakan bagi tujuan latihan dan simulasi kepada bakal-bakal petugas PRU14 semasa Program Taklimat kepada Pegawai-Pegawai Pegurus dan Penolong Pegawai Pengurus PRU14 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Julai 2017

Bila Tarikh PRU14?

tarikh pru14

Sehingga hari ini belum dimuktamadkan bilakah tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-14.

Diharapkan semua pihak tidak mempercayai dakwaan bahawa kononnya tarikh-tarikh PRU14 telah ditetapkan. SPR merasa kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab merakam dan menyebar video ini kepada umum sehingga menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai mengenai tarikh PRU14.

4 Juta Masih Belum Daftar Pemilih

Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas adalah seramai 18,140,090 orang.

Namun statistik SPR menunjukkan seramai 4,060,339 orang masih belum daftar sebagai pemilih.

Untuk pengetahuan anda, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakan di sisi undang-undang layak daftar sebagai pemilih.

Jom tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi. Daftar sebagai pemilih sekarang!

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui nombor di bawah:

  • Puan Nurul Inani Ibrahim: 03-8884 6189
  • En. Alphonso Jackson Bilong: 03-8884 6078
  • Puan Hartini Mohd Noor: 03-8884 7724
  • Puan Nor Aida Mohamed Said: 03-8884 7145
  • Cik Suzana Mohd Zaki: 03-8884 7967

Atau anda juga boleh hubungi hotline SPR di talian 03-8892 7018

Semakan Daftar Pemilih

Bagi anda yang telah pun mendaftar sebagai pemilih untuk PRU14, anda boleh buat semakan daftar pemilih di portal rasmi SPR.

Caranya mudah sahaja.

  1. Sila ke web http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Masukkan aksara captcha
  4. Klik Semak

Atau melalui SMS, taip SPS <jarak> SEMAK <jarak> No IC dan hantarkan ke 15888.

Pusat Pendaftaran Pemilih

Selain itu, anda yang belum mendaftar sebagai pemilih boleh terus ke pusat pendaftaran pemilih seperti yang tertera:

  • Ibu Pejabat SPR Malaysia
    Aras G, Menara SPR
    No.2, Jalan P2T, Presint 2
    62100 Putrajaya
    No. Telefon: 03-88927000
  • Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri
  • Maklumat pejabat-pejabat pos
  • Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
    Sila klik pada http://www.kln.gov.my/home/
  • Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

Untuk info lanjut, hubungi call center di talian 03-8892 7000.

Leave a Reply