Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2018 & Logo Sayangi Malaysiaku

Apakah tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 pada tahun 2018 ini?

Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan (hari kemerdekaan) negara.

Tahun ini merupakan tahun penuh bersejarah kerana inilah pertama kali Malaysia menyambut Hari Kebangsaan di bawah pimpinan kerajaan baru Pakatan Harapan.

Tema tahun ini dipilih sendiri oleh Perdana Menteri Tun Mahathir iaitu “Sayangi Malaysiaku.”

Sambutan akan dibuat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada malam 31 Ogos.

Tema Hari Kemerdekaan Ke-61 2018

Berikut adalah maklumat terperinci tentang pemilihan tema dan penerangan logo Sayangi Malaysiaku.

  • Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2018: Sayangi Malaysiaku
  • Logo Ciptaan: Nik Zulkifli Nik Hitam

logo sayangi malaysiaku

Logo Sayangi Malaysiaku dipilih oleh Tun Mahathir pada 25 Julai lalu. Logo itu membawa maksud rakyat Malaysia berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian yang harmoni, bersatu padu, dan terpahat perasaan sayang kepada negara.

Lagu Hari Kebangsaan Malaysia 2018

Manakala Bunkface yang merupakan kumpulan pop rock popular di Malaysia telah dipilih untuk mencipta lagu hari Kebangsaan Malaysia 2018 bertajuk “Kita Punya Malaysia”.

Semoga perpaduan yang dibina sekian lama terus utuh dalam menjamin keharmonian negara.

Leave a Reply