Tempat Makan di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur ibu kota metropolitan tempat tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara serta mempunyai banyak tempat makan sedap dan menarik.

Pilihan makanan lokal dan antarabangsa dapat ditemui di serata Kuala Lumpur haa hendak makan apa? makanan barat? itali? asia? semua adaaa..

Jom kita tengok senarai kedai dan tempat makan yang terkenal dan sedap di Kuala Lumpur.

Antara Kedai Makan di Kuala Lumpur

1. Restoran Rebung Chef Ismail

Restoran Rebung ini dimiliki oleh Dato Chef Ismail , chef selebriti terkenal dan juga Datuk Dr. Sheik Muzaffar Shah iaitu angkasawan pertama Malaysia.

Restoran Rebung Chef Ismail
Restoran Rebung Chef Ismail

Waktu operasi restoran ini adalah dari pukul 8 pagi hingga 8 malam dan dibuka setiap hari.

Makanan yang disediakan di sini adalah asian fusion dan juga buffet.

AlamatFb/ Website
5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala LumpurRestoran Rebung Chef Ismail

2. Nasi Lemak WanJo Kampung Baru

Kawasan Kampung baru memang dipenuhi dengan lambakan kedai-kedai makan dan yang paling penting banyak yang dikatakan sedap terutamanya Kedai Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru.

Nasi Lemak Wanjo Kg. Baru

Kedai nasi lemak kukus ini dikatakan menggunakan resepi turun temurun semenjak 1963 lagi.

Waktu operasi bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari.

AlamatFb/ Website
8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala LumpurNasi Lemak Wanjo Kampung Baru

3. The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ

Restoran buffet ini menyediakan makanan istimewa Mongolia, steamboat dan juga makanan lain.

The Khan Mongolian Restaurant
The Khan Mongolian Restaurant

Buat anda yang gemar mencuba makanan baru, apa kata anda singgah makan di The Khan Mongolian? mana tahu sekali rasa terus berkenan.

Waktu operasi restoran ini bermula pukul 5 petang hingga 12 malam pada setiap hari dan pelanggan hanya dibenarkan untuk dine in.

AlamatFb/ Website
1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala LumpurThe Khan Mongolian Restaurant

4. Halab Kuala Lumpur

Restoran Halab adalah restoran yang menyajikan makanan timur tengah seperti makanan dari Arab dan Syria.

Halab KL Tempat makan di Kuala Lumpur
Halab KL

Makanan yang disajikan di sini berkonsepkan fine dining dan lebih mewah dari segi persekitarannya.

Restoran Halab KL dibuka pada setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 12 malam.

AlamatFb/ Website
35, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala LumpurHalab KL

5. Atmosphere 360

Kalau pengunjung yang inginkan pengalaman makan di tempat yang mewah dan romantis, Atmosphere 360 menyediakan khidmat makan malam dan hiasan romantis atas tempahan awal.

Atmosphere 360 Tempat makan di Kuala Lumpur
Atmosphere 360

Atmosphere 360 terletak di tengah kotaraya Kuala Lumpur di Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 282 meter dan pelanggan dapat melihat pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur sambil menjamu selera.

Antara hidangan yang disediakan adalah hidangan autentik asia dan antarabangsa serta buffet.

Restoran ini dibuka setiap hari bermula pukul 12 tengahari hingga 11.30 malam.

Pelanggan harus membuat tempahan lebih awal di laman sesawang rasmi Atmosphere 360 kerana restoran ini hanya menyediakan perkhidmatan dine in sahaja.

AlamatFb/ Website
TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala LumpurAtmosphere 360

6. Kedai Makan Minang Salero

Ramai peminat masakan Indonesia di negara kita ini jadi tidak hairanlah kalau kedai masakan negara jiran ini senang didaapti namun Kedai Makan Minang Salero ini kerap menjadi sebutan kerana rasa masakannya yang sedap.

Kedai Makan Minang Salero Tempat makan di Kuala Lumpur
Kedai Makan Minang Salero

Antara menu yang mendapat sambutan adalah daging dendeng balado, sambaldo hijau, masakan minang dan padang yang lain.

Kedai ini dibuka pada setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 8 malam.

AlamatFb/ Website
1088,Ground Floor, Jalan Sentul, Taman Kosmo Jaya, 51000 Kuala LumpurKedai Makan Minang Salero

7. Nasi Ayam Hainan Chee Meng

Penggemar nasi ayam semestinya pasti tahu akan kedai Nasi Ayam Hainan Chee Meng ini yang mempunyai cawangan di Bukit Bintang, Jalan Kelang Lama dan Kuchai Lama malah cawangan baru yang akan dibuka di Glenmarie nanti.

Nasi-Ayam-Hainan-Chee-Meng
Nasi Ayam Hainan Chee Meng

Nasi Ayam Hainan Chee Meng ini telah disahkan halal oleh JAKIM serta telah beroperasi sejak 1965 lagi.

Kedai ini juga menawarkan perkhidmatan catering untuk majlis keraian.

Makanan utama di sini sudah tentunya nasi ayam hainan auttentik mereka tetapi menu sajian malaysia yang lain turut disediakan.

AlamatFb/ Website
1, Jalan Kelang LamaNasi Ayam Hainan Chee Meng

8. Restoran Dapur Sarawak

Penggemar masakan autentik negeri bumi kenyalang bolehlah datang ke Restoran Dapur Sarawak di Jalan Sarikei ini.

Restoran Dapur Sarawak
Restoran Dapur Sarawak

Antara menu yang terkenal di sini adalah mee kolok Sarawak, Nasi Aruk Dabei, Laksa Sarawak, Bihun Belacan dan pelbagai kek lapis Sarawak.

Waktu operasi restoran ini bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam dan dibuka pada setiap hari isnin hingga ahad.

AlamatFb/ Website
No.19, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala LumpurRestoran Dapur Sarawak

9. Shellout Top Kampung Baru

Restoran Shellout Top Kampung Baru ini sangat terkenal dengan masakan shellout yang sedap.

Shellout-Top-Kg.-Baru
Shellout Top Kg. Baru

Selain Shellout, makanan pantai timur seperti nasi dagang dan nasi kerabu juga ada dijual di sini serta pelbagai jenis roti pastri seperti bun kacang merah, cheese stick dan banyak lagi.

Nasi beriani, cendol pulut, cendol durian, western food seperti chicken chop semua ada dijual di sini.

Anda tidak perlu risau untuk memilih kerana ada pelbagai menu di sini dan pasti ada salah satu daripadanya yang akan kena dengan selera anda.

Waktu operasi restoran ini adalah 12 tengahari hingga 12 malam dan restoran ini dibuka setiap hari.

AlamatFb/ Website
54, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala LumpuShellout Top Kg. Baru

10. Murni Discovery

Murni Discovery adalah restoran yang sangat terkenal dan mempunyai 6 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Murni Discovery
Murni Discovery

Antara menu yang mendapat sambutan hangat adalah menu mee yang pelbagai seperti mee raja, nasi lemak ayam percik dan macam-macam lagi.

Makanan barat dan italia turut disediakan di Restoran Murni dan anda jangan pelik kalau restoran ini sesak dengan pelanggan.

Antara sebab Restoran Murni menjadi tumpuan adalah kerana masakannya yang unik, sedap tambahan pula jumlah makanan yang banyak, anda pasti akan kekenyangan nanti.

Semua cawangan dibuka pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

AlamatFb/ Website
B-37-G & B-39-G Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurMurni Discovery

Semoga perkongsian tentang tempat makan di Kuala Lumpur ini dapat membantu anda merancang percutian yang penuh keriangan.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment