Tempat Makan di Melaka

Melaka yang kaya dengan sejarah ini mempunyai banyak tarikan seperti pelancongan dan tempat makan yang pelbagai, antara yang terkenal semestinya masakan asam pedas Melaka.

Kebanyakan pelancong yang datang ke Melaka pasti akan mencuba asam pedas Melaka yang cukup banyak terdapat di sekitar negeri Melaka namun Melaka juga mempunyai pelbagai pilihan makanan seperti makanan campuran asia dan juga dari barat.

Jom kita tengok senarai tempat makan yang terkenal di sekitar Melaka Bandaraya Bersejarah ini sambil bercuti menenangkan minda.

Tempat Makan Menarik di Melaka

1. Asam Pedas Pak Man

Kalau sudah berkunjung ke Melaka, memang tidak sah kalau tidak merasa asam pedas Melaka.

Asam Pedas Pak Man digelarkan sebagai ‘The Best in Town’ dan amat terkenal dalam kalangan pengunjung dalam dan luar Melaka kalau anda tanya saja tentang restoran ini, pastinya orang Melaka akan tahu.

Asam Pedas Pak Man
Asam Pedas Pak Man

Restoran Asam Pedas Pak Man terletak di Bukit Katil ini pernah dikongsi di akhbar terkenal Harian Metro.

Antara menu terkenal di sini adalah asam pedas ikan jenahak dan ramai yang memuji keaslian rasa asam pedas Melaka Pak Man yang menurutnya resipi itu diturunkan oleh arwah ibunya, Pun Ahmad.

Makanan lain seperti roti canai, kuih muih dan nasi lemak turut dijual di sini kerana restoran ini turut menjadi ‘port’ sarapan pengunjung.

Restoran ini dibuka setiap hari namun ditutup setiap hari rabu.

Waktu operasi bermula 7.30 pagi hingga 10 malam.

AlamatFb/ Website
No 51, Jalan Knmp 2a, Kompleks Niaga Melaka Perdana, 75450 Ayer Keroh, MelakaAsam Pedas Pak Man

2. Perhentian Kuih Kampong

Jom kita tengok satu lagi kedai makan yang cukup terkenal dan menjadi antara ‘port’ sarapan pagi di Melaka iaitu Perhentian Kuih Kampong.

Perhentian Kuih Kampong Tempat makan di Melaka
Perhentian Kuih Kampong

Kalau anda hendak tahu, kedai ini pernah mendapat liputan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan kunjungan selebriti Malaysia yang lain.

Apa yang menarik di Perhentian Kuih Kampong ini?

Antaranya adalah pelbagai roti canai, kuih-muih tradisional dan moden, mee hailam dan bihun, pulut kuning rendang ayam, asam pedas dan macam-macam lagi.

Kedai Perhentian Kuih Kampong ini dibuka dari hari isnin hingga jumaat namun ditutup setiap hari selasa.

Waktu operasi kedai ini bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang.

AlamatFb/ Website
Lot 202, 75050 Ujong Pasir, MelakaPerhentian Kuih Kampong

3. Roti Canai Kayu Arang

Kedai makan Roti Canai Kayu Arang ini bagaikan syurga roti canai kerana ia menyediakan menu roti canai yang pelbagai bermula dengan roti canai tradisional dan roti canai moden seperti roti canai nachos.

Roti Canai Kayu Arang Tempat Makan di Melaka
Roti Canai Kayu Arang

Keunikan kedai sarapan pagi ini adalah mereka menggunakan arang kayu untuk memasak roti canai dan bukan gas api biasa.

Pelbagai makanan turut dijual seperti lontong, nasi lemak kukus dan mee kari.

Pengunjung yang datang ke kedai ini selalunya ramai jadi parkir kereta kadang-kadang tidak mencukupi.

Waktu operasi kedai bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengahari dan dibuka hampir setiap hari.

AlamatFb/ Website
459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, MelakaRoti Canai Kayu Arang

4. Klebang Original Coconut Shake

Melaka juga terkenal dengan keindahan Pantai Klebang sebagai tempat riadah dan coconut shake di Klebang pernah viral suatu ketika dahulu, Klebang Original Coconut Shake.

Klebang Original Coconut Shake Tempat makan di Melaka
Klebang Original Coconut Shake

Buat anda yang melancong ke Melaka, dan berdekatan dengan Klebang boleh datang ke Kedai Kelebang Original Coconut Shake dan rasai sendiri kesedapan coconut shake di sini terutamanya air kelapa campuran bersama ais krim vanila tambahan pula ketika cuaca sedang panas terik.

Antara menu di sini adalah kuih muih, mee goreng, pulut kuning dan nasi lemak serta minuman biasa seperti kopi, teh dan sebagainya.

Waktu operasi Klebang Original Coconut Shake adalah dari pukul 11 pagi hingga 6.30 petang, setiap isnin hingga ahad namun pada hari jumaat dibuka selepas solat jumaat 2.30 petang hingga 6.30 petang.

AlamatFb/ Website
Lot 130, Solok Kampung Bahagia, 75200 Klebang Besar, MelakaKlebang Original Coconut Shake

5. Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Orang Melaka memang tahu akan kewujudan Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung yang betul-betul terletak di Muara Sungai Duyung ini.

Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Medan Selera Ikan Duyung ini dikatakan adalah antara kedai ikan bakar tersedap di Melaka dan sentiasa sesak dengan pelanggan.

Anda hendak makan makanan laut jenis apa? sebut sahaja.. ikan? siput? ketam? semua ada ditambah pula dengan kesegaran makanan laut itu memang puas hati.

Waktu operasi kedai ini bermula pada pukul 5 petang hingga 12 malam dan dibuka setiap hari.

Alamat
KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka.

6. Waronk

Waronk adalah sebuah cafe yang moden mengetengahkan hiburan seperti musik live dan pelbagai jenis makanan.

IG Waronk

Cafe ini menjadi tempat tumpuan semua golongan kerana kecantikan dan lokasi cafe ini di tepi Sungai Melaka selain ia mempunyai nilai fotogenik dan ‘instaworthy’.

Bayangkan sambil anda menjamu selera anda boleh merehatkan minda sambil melihat pemandangan sungai Melaka terutamanya pada waktu malam di kala lampu jalan dan cruise lalu lalang menyinarai permukaan sungai.

Antara makanan yang dijual adalah nasi lemak, portugese grill, makanan barat dan macam-macam lagi.

Waktu operasi cafe ini bermula pukul 11.45 pagi hingga 10 malam dan dibuka pada setiap hari.

Cafe ini terletak di Jonker Walk dan pengunjung dinasihatkan untuk tidak memandu sendiri kerana Jonker Walk selalunya sesak dan tidak mempunyai parkir yang mencukupi.

AlamatFb/ Website
No.118, Lorong Hang Jebat , 75200 Melaka 75300waronkavenue.com

7. Cendol Kampung Hulu

Restoran Cendol Kampung Hulu terkenal kerana kesedapan cendolnya yang pekat tidak seperti cendol biasa kerana penggunaan santan yang dibekukan dan dikisar terus.

Cendol Kampung Pulut
Cendol Kampung Pulut

Kedudukan yang strategik berdekatan dengan Sungai Melaka juga membuatkan pelanggan suka datang untuk makan sambil menikmati pemandangan menenangkan Sungai Melaka.

Antara menu di sini adalah cendol biasa, cendol pulut, cendol durian, cendol mangga, cendol tapai pulut dan macam-macam lagi.

Restoran ini dibuka pada setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam.

AlamatFb/ Website
No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 MelakaCendol Kampung Hulu

8. Mochee Dim Sum House

Penggemar Dim Sum harus berkunjung ke Mochee Dim Sum House yang terletak di Ayer Keroh, Melaka kerana terdapat lebih 40 jenis dim sum untuk anda cuba.

Mochee Dim Sum House
Mochee Dim Sum House

Antara menu lain adalah mochi, mee wantan, pau dan mantou.

Restoran ini dibuka pada setiap hari kecuali hari rabu dan waktu operasi adalah bermula 4 petang hingga 10 malam.

AlamatFb/ Website
No.45 Jalan KNMP2A Kompleks Niaga Melaka Perdana, MelakaMochee Dim Sum House

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment