Tempat Menarik di Bukit Fraser

Bukit Fraser terletak di Pahang dan merupakan pusat pelancongan yang terkenal kerana terdapat tempat menarik di Bukit Fraser yang hanya anda akan temui di sini.

Haa.. apakah tempat-tempat menarik tersebut?

Sebelum itu, jom kita kenali Bukit Fraser secara ringkasnya okay?

Asal Usul Bukit Fraser?

Bukit Fraser ataupun Fraser’s Hill diberikan nama bersempena seorang pencari gali berbangsa Scottish yang bernama Louise Jame Fraser.

Sejarah Bukit Fraser?

Bukit Fraser pernah melalui era kolonial British. Louise Jame Fraser dikatakan menjejak kaki ke Bukit Fraser pada tahun 1890 an dan beliau dikaitkan dengan pelbagai skandal seperti pembekal candu dalam kalangan pelombong di Pahang.

Pada ketika itu, perlombongan timah di Pahang sedang giat dijalankan dan dikhabarkan Louise Jame Fraser turut membuka sebuah lombong timah.

Pada tahun 1915, beliau tiba-tiba ghaib tanpa sebarang jejak dan selepas 2 tahun kehilangannya, seorang Bishop dari Singapura mencuba untuk menjejaki Louise Jame Fraser namun tidak berjaya.

Walaubagaimanapun, Bukit Fraser ditemui oleh Bishop tersebut dan mengusulkan supaya Bukit Fraser dibangunkan lagi.

Bukit Fraser turut digelar Little England sehingga kini.

Lokasi Bukit Fraser?

Bukit Fraser yang berada di Mukim Tras, Raub, Pahang ini terletak kira-kira 104 km dari Kuala Lumpur dan 236 km dari Kuantan, Pahang.

Pengunjung juga boleh melalui Kuala Kubu Baru atau Bentong untuk ke Bukit Fraser.

Disebabkan jalan-jalan berbukit dan sempit di Bukit Fraser, kenderaan besar seperti bas pelancongan tidak dapat menaiki Bukit Fraser.

Suhu di Bukit Fraser dianggarkan antara 17°C ke 25 °C untuk sepanjang tahun kerana kedudukan Buki Fraser yang bergunung ganang dan terletak di atas Banjaran Titiwangsa.

Puncak tertinggi di Bukit Fraser adalah 1500 meter atas paras laut.

Jadi pengunjung dinasihati untuk sentiasa berjaga-jaga dengan kawasan tanah runtuh di sepanjang jalan terutamanya di musim hujan yang disertai dengan kabus tebal.

Jalan menuju ke Bukit Fraser juga mencabar kerana mempunyai selekoh-selekoh yang berbahaya terutamanya untuk pemandu baharu.

Antara Tempat Menarik di Bukit Fraser?

.

1. Menara Jam Bukit Fraser

Mercu Tanda Bukit Fraser yang paling terkenal adalah Menara Jam Bukit Fraser.

Menara Jam Bukit Fraser Tempat Menarik di Bukit Fraser

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini pasti tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar di sini sebagai tanda ingatan.

Menara Jam Bukit Fraser terletak di tengah bulatan jalan ini selalunya penuh dengan pengunjung terutamanya geng motor berkuasa besar yang ingin menangkap gambar beramai-ramai.

AlamatFb/Website
Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahangtourismpahang

2. Aida Daniya Restaurant & English Tea House

Restoran berkonsepkan English ini terletak di sepanjang Jalan Pokok Pines dan berdekatan dengan Bangunan PKBF.

Aida Daniya Tempat Menarik di Bukit Fraser

Anda tidak perlu risau dengan pilihan makanan di sini kerana restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan lokal, continental dan juga English afternoon tea seperti scones, dan pastri lain.

Selain itu, pengunjung berpeluang untuk melihat ladang strawberri di sini dan memetik buah strawberri yang ditanam secara hidroponik di sini.

Strawberri segar juga dijual di sini dan pelbagai produk strawberri seperti jem strawberri turut dijual di sini.

Masuk ke ladang strawberri adalah percuma, dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

AlamatFb/ Website
Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahangfraserhill.info

3. Allan’s Water, Bukit Fraser

Sejarah Allan’s Water ini sebenarnya bermula pada tahun kolonial British lagi di mana tasik kecil ini dijadikan kawasan tadahan air dan pembekalan air yang diketuai oleh arkitek bernama FH Allan.

Allan's Water Bukit Fraser

Namun dijadikan sebagai tempat beriadah selepas bertahun tidak digunakan.

Allan’s Water dibuka dari 9 pagi hingga ke 4.30 petang namun harus diingatkan ditutup untuk rehat tengahari dan dibuka pada pukul 2 lepas waktu tengahari.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mengayuh bot, memberi makan ikan sambil menikmati pemandangan alam semula jadi.

Harga untuk masuk ke Allan’s Water adalah percuma.

AlamatFb/ Website
Jalan High Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahangfraserhill.info

4. The Paddock, Bukit Fraser

The Paddock adalah satu lagi tempat menarik di Bukit Fraser yang wajib anda kunjungi bersama anak-anak anda.

The Paddock Bukit Fraser

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah aktiviti menunggang kuda dan memanah.

Harga menunggang kuda adalah Rm 10 begitu juga untuk memanah, Rm 10 untuk 10 anak panah.

Anda juga boleh menunggang kuda bersama anak anda sekiranya anak anda takut untuk menunggang seorang diri tetapi harga bayaran adalah Rm18.

Sebenarnya sepanjang tunggangan, seorang operator kuda yang berpengalaman akan memegang tali kuda tersebut jadi anda tidak perlu risau.

Pengunjung dinasihatkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian seperti seluar untuk menunggang kuda demi keselesaan anda.

The Paddock di buka dari 9 pagi hingga ke 4 petang namun ditutup sebentar untuk rehat tengahari.

Pada hari sabtu atau cuti awam The Paddock ditutup pada pukul 5 petang disebabkan jumlah pengunjung yang ramai.

AlamatFb/Website
 Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahangfraserhill.info

5. Glasshouse Fraser’s Hill

Satu lagi tarikan di Bukit Fraser terutama untuk pengunjung yang gemarkan latar belakang fotogenik adalah Glasshouse Fraser’s Hill.

 Glasshouse Fraser 's Hill

Cafe comel ini dibuka dari 10 pagi hingga pukul 6 petang dan dibuka pada hari hujung minggu.

Cafe ini menawarkan kopi, pastri dan turut menjual tumbuhan kaktus dan succulent lain.

Bayangkan menghirup kopi panas yang dibuat oleh barista sambil menikmati angin sejuk bukit Fraser pastinya anda akan lebih segar.

AlamatFb/Website
Lot 1494, Jalan Lady Guillemard, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, PahangGlasshouse fraser’s Hill

6. Twin Peak Pine Tree Hill

Anda jangan tak tahu Bukit Fraser juga mempunyai tempat hiking yang mencabar terutamanya untuk peminat aktiviti hiking.

Twin Peak Pine Hill Tree

Twin Peak Pine Tree Hill mempunyai puncak setinggi 1500 meter dari paras laut dan trail sepanjang 5.5 km namun yang menariknya anda boleh melakukan pendakian naik dan turun dalam waktu satu hari sahaja jikalau anda adalah pendaki yang handal masa yang diambil adalah lebih kurang 7 jam.

Trail sepanjang 5.5 km itu dibina sewaktu zaman pemerintahan British dan diberikan nama pokok konifer.

Pengunjung diingatkan untguk tidak melakukan aktiviti camping dan merokok tidak dibenarkan juga di sepanjang trail ini.

Kebelakangan ini, banyak kes yang melibatkan pendakian gunung yang berakhir dengan maut disebabkan sesak nafas jadi pengunjung dinasihatkan untuk mengambil tahu tahap kecergasan dan kemampuan tubuh masing-masing.

AlamatFb/Website
Jalan High Pines, 49000 Bukit Fraser, Pahangfraserhill.info

7. Ye Olde Smokehouse

Haa..ini adalah satu lagi tempat menarik di Bukit Fraser kerana Ye Olde Smokehouse mempunyai struktur bangunan yang berkonsepkan Tudor.

Ye Olde Smokehouse

Banglo lama era kolonial British ini turut menyediakan penginapan untuk pengunjung.

Jika anda hanya ingin singgah untuk menikmati makanan di sini, anda patut mencuba scone segar panas baru keluar dari oven bersama English Tea.

Selain itu, terdapat satu menu yang pastinya penggemar series Hell’s Kitchen milik chef terkenal Gordon Ramsay akan tahu iaitu Beef Wellington.

Haa, bukan setakat Beef Wellington malah lamb shank pun ada dan banyak lagilah.

AlamatFb/Website
Jalan Jeriau, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahangfraserhill.info

Baca : Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca : Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Leave a Comment