Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Bukit Tinggi terletak di Bentong Pahang mempunyai banyak tempat menarik terutama buat penggemar alam semula jadi.

Bukit Tinggi berkedudukan 800 meter di atas paras laut dan mempunyai cuaca yang agak sejuk antara 22 ke 26° Celsius.

Jarak Bukit Tinggi dari Kuala Lumpur hanyalah 54.3 km dan perjalanan mengambil masa lebih 50 minit.

Bukit Tinggi terletak di sepanjang lebuhraya Karak.

Hal ini menjadikan Bukit Tinggi banyak dikunjungi pelancong dari Kuala Lumpur selain menjadi tempat persinggahan pengunjung yang turun dari Genting Highland, Bentong.

Antara tempat menarik di Bukit Tinggi?

1. Colmar Tropicale

Colmar Tropicale Berjaya Hills Bukit Tinggi

Haa..unik kan nama Colmar Tropicale ni?

Colmar Tropicale yang diambil sempena nama perancis ini rupanya dibina dengan mengambil inspirasi dari sebuah kampung yang terletak di Perancis sendiri.

Kampung Colmar di Alsace, Perancis adalah sebuah kampung yang terkenal dengan seni binaan Perancis dicampuri pengaruh German kerana pernah dijajah oleh German pada perang dunia ke 2.

Kalau anda nak tahu, Kampung Colmar di Perancis adalah kampung yang terakhir yang bebas dari peerang dunia ke 2.

Satu lagi yang menarik tentang kampung asli di Perancis ini, buat anda penggemar karya Disney Beauty and The Beast, cerita kartun sensasi itu mengambil inspirasi dari Kampung Colmar untuk perkampungan dalam cerita itu.

Anak-anak anda pasti akan teruja jika anda membawa mereka melawat Colmar Tropicale ini kerana seakan sama dengan Kampung Colmar yang asli di Perancis.

Tambah-tambah lagi waktu Covid 19 ini yang tidak membenarkan kita melancong ke luar negara, haa inilah peluang anda untuk merasa seakan sedang berada di luar negara bukan?

Colmar Tropicale dibuka oleh Berjaya Hills pada tahun 2000.

Haa..tau tak kenapa Colmar Topicale ini dibina?

Rupa-rupanya Tun Mahathir Mohamad iaitu bekas perdana menteri yang ke 4 dan 7 Malaysia berasa terpegun dengan keindahan kampung Colmar yang asli di Alsace, Perancis.

Jadi pemilik Berjaya Hills iaitu Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan yang mendengar tentang kesukaan Tun Mahathir Mohamad setelah melawat Colmar di Alsace, Perancis telah membina sebuah bandar replika Colmar.

Colmar Tropicale bertemakan kampung Perancis ini terletak di ketinggian 790 meter atas paras laut dan terletak di tanah hutan tropikal berukuran 80 ekar.

Colmar Tropicale menyediakan fasiliti restoran-restoran antaranya restoran makanan autentik Perancis, kolam renang, tempat bergambar, kedai cenderamata dan pelbagai pakej aktiviti.

Kebanyakan tempat menarik di Bukit Tinggi banyak tertumpu di Colmar Tropicale.

AlamatFb/ Website
KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak 28750 Bukit Tinggi, Pahang MalaysiaColmar Tropicale

2. Horse Trail

Anda yang gemarkan aktiviti menunggang kuda patut merebut peluang menunggang kuda di Colmar Tropicale Berjaya Hills.

Horse riding Colmar Tropicale Bukit Tinggi Bentong

Pelbagai jenis kuda yang berkualiti seperti baka Quarter Horse, Australian Stock dan banyak lagi untuk anda tunggang dibawah seliaan pakar kuda.

Anda tidak perlu takut untuk mencuba walaupun anda tidak pernah menunggang sebelum ini kerana kelas menunggang kuda turut disediakan buat anda yang berminat.

Yang paling best, kelas menunggang kuda untuk kanak-kanak turut disediakan.

Antara trail tunggangan kuda yang boleh anda pilih adalah jungle ride, golf view ride, leisure ride dan picnic ride.

Wow.. banyak betul pilihan dan pakej yang boleh dipilih bukan?

Harga pakej tunggangan kuda bergantung kepada hari, individu dan berat maksimum untuk menunggang kuda adalah 89 kg.

Harga untuk melihat kuda adalah RM2 sahaja namun untuk menunggang kuda selama 30 minit pada hari biasa adalah RM 90 dan pada hari cuti adalah RM110.

Haa,, faham kan?

Anda harus merancang percutian jika anda ingin menikmati aktiviti menunggang kuda kerana waktu cuti sekolah, cuti am adalah waktu sesak untuk aktiviti ini.

Hari biasa atau weekdays adalah hari yang sesuai untuk anda mengelak dari menunggu terlalu lama dan jumlah pengunjung juga tidak sesak seperti hari cuti dan hujung minggu.

AlamatFb/ Website
Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Bentong, Pahangcolmartropicale.com.my

3. Adventure Park

Adventure Park Colmar Tropicale menawarkan pelbagai aktiviti outdoor sperti canopy walk dan penggemar aktiviti sukan rock climbing, sukan paintball dan flying fox pasti akan bersetuju bahawa ini adalah satu tempat menarik di sini.

Adventure Park Colmar Tropicale Berjaya Hills di Bukit Tinggi

Fasiliti Flying Fox di sini adalah baik dan mementingkan keselamatan para pengunjung.

Buat anda yang tidak tahu, Flying Fox Colmar Tropicale adalah sepanjang lebih1km, berketinggian 100 meter dan tersenarai sebagai Flying Fox yang terpanjang di Asia Tenggara.

Kelajuannya boleh mencapai sehingga 100km/hr ye kawan-kawan.

Kalau anda ingin menikmati keindahan alam secara tenang, canopy walk adalah jawapannya.

Canopy Walk adalah titi gantung yang setinggi 15 meter dari daratan dan anda boleh akses melalui point masuk di stesen Flying Fox.

Peringatan untuk yang anda mempunyai fobia ketinggian dan cepat mabuk, mungkin aktiviti-aktivit di Adventure Park ini tidak sesuai untuk anda.

Para penggemar adrenaline rush, ini adalah tempat percutian yang menarik buat anda.

AlamatFb/ Website
KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak 28750 Bukit Tinggi, Pahang Malaysiacolmartropicale.com

4. Japanese Village, Bukit Tinggi

Japanese Village terletak berdekatan dengan Colmar Tropicale lebih kurang jarak 3km kerana Japanese Village berada di sebelah kiri dan Colmar Tropicale di sebelah kanan persimpangan jalan.

Japanese Village Bukit Tinggi Tempat Menarik

Kalau anda hendak menggunakan bas shuttle dari Colmar Tropicale untuk ke Japanese Village , tambangnya adalah percuma sahaja.

Kalau Colmar Tropicale membuatkan anda berasa seperti di perkampungan Perancis, Japanese Village adalah destinasi yang memberikan peluang untuk merasai budaya jepun.

Haa.sesuai lah untuk ambil mood yang teringin ke Jepun tapi tak boleh lagi keluar negara ni kan?

Apa yang menarik di Japanese Village ni?

Japanese Village ini adalah yang pertama dibina di luar negara Jepun dan menawarkan aktiviti kebudayaan Jepun seperti Japanese Tea Ceremony di Japanese Tea House, Tatami Spa, Ume Tatami Suite, restoran Ryo Zan Tei dan Taman Botani.

Japanese Village di ketinggian 1000 meter atas paras laut ini dibina oleh seorang arkitek Jepun bernama Kaiio Ariizumi dan bersama 22 orang pakar ukiran.

Pemandangan taman bertemakan zen yang mengelilingi Japanese Tea House ini pasti dapat mengubati lelah anda.

Anda juga berpeluang untuk menggayakan kimono dengan harga RM20 sahaja.

Peringatan untuk anda yang mempunyai penyakit lelah atau repiratori, anda perlu tahu bahawa anda perlu memanjat anak tangga yang tinggi bermula dari tapak letak kereta untuk sampai ke Japanese Village ini.

AlamatFb/ Website
km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750colmartropicale.com

5. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit Tinggi

Jikalau anda inginkan percutian yang mewah di Bukit Tinggi anda boleh bermalam di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort.

The Chateau Spa & Organic Wellness Resort Bukit Tinggi Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Resort mewah ini bertaraf 7 bintang dan fasiliti spa di sini pernah diiktiraf pada tahun 2015 sebagai Top 10 Organic Spa.

The Chateau Spa & Organic Wellness Resort terletak di kawasan hutan tropikal dan mempunyai fasiliti golfing, kolam renang dan semestinya spa.

Bayangkan anda bermain golf sambil ditemani pemandangan hutan menghijau dan udara sejuk serta nyaman.

Pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga pasti akan menghargai privasi dan servis di resort mewah ini.

AlamatFb/ Website
 KM48, Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Karak, Pahangthechateau.com.my

Baca :Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca :Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Leave a Comment