Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai destinasi yang terkenal sebagai tarikan pelancongan seperti Cameron Highland, dan Genting Highland.

Pada kali ini, jom kita mencuba ekplorasi sebuah kampung bernama Janda Baik di daerah Bentong, Pahang.

Sebelum kita terus ke tempat-tempat menarik di Janda Baik, jom kita kenali dahulu asal usul kampung ini.

Ayuh kenali Janda Baik!

Janda Baik sememangnya mampu menggamit perhatian dek namanya yang unik.

Janda Baik adalah sejenis kawasan “highland” kerana lokasi strategiknya yang terletak di kawasan lereng banjaran Titiwangsa dan kampung ini berkedudukan pada ketinggian 600 meter atas paras laut.

Geografi Janda Baik yang dikelilingi lerengan bukit dan anak sungai menyumbang kepada cuacanya yang sejuk dan menyegarkan.

Kebiasaanya, suhu pada siang hari di Janda Baik adalah 23 °C (73 °F) ke 28 °C (82 °F) tetapi pada malamnya mampu mencecah sehingga 22 °C (72 °F).

Tetapi pada musim hujan, air sungai boleh melimpah sehingga menyebabkan banjir kilat di sesetengah kawasan.

Jadi untuk anda yang ingin bercuti di Janda Baik adalah dinasihatkan untuk merancang percutian anda dengan membawa pakaian yang sesuai terutamanya yang mempunyai anak kecil.

Asal Usul Nama Janda Baik?

Pasti anda tertanya-tanya dengan keunikan nama kampung ini kan?

Sebenarnya nama original yang diberikan adalah Kampung Tiga Haji bersempena dengan tiga orang lelaki melayu penduduk pertama di kampung ini.

Haa, menarik bukan?

Nama mereka ialah Haji Yasir, Haji Kadir dan Haji Deris.

Asalnya mereka berpindah mencari penempatan yang baru kerana banjir yang melanda kawasan Bentong dan kawasan rendah lainnya pada tahun 1926.

Setelah seminggu mereka di situ, mereka dituruti oleh orang yang mencari penempatan baharu dan akhirnya membentuk sebuah perkampungan melayu yang pertama disitu.

Hal ini kerana kawasan itu asalnya didiami oleh komuniti orang asli.

Khabarnya nama Janda Baik diberikan oleh Pegawai daerah Henry Peacock sempena sejarah hubungan orang asli Embok dan isterinya yang telah berpisah namun kembali berbaik dengan jandanya yang bernama Endut.

Kampung Tiga Haji akhirnya ditukar nama secara rasminya pada 19 September 1936.

Tempat-tempat menarik di Janda Baik?

1. Air Terjun Janda Baik

Air Terjun Janda Baik

Oleh kerana Janda Baik mempunyai elemen alam hijau yang dapat membuat anda melupakan stress kehidupan di kota buat sementara waktu, tambahan pula setelah beberapa bulan lama kita berkurung di rumah kerana PKP Covid 19.

Lokasi Air Terjun Janda Baik sesuai dijadikan tempat perkelahan dan mandi-manda buat seisi keluarga.

Anda akan kembali segar dan pastinya dapat menggembirakan anak-anak anda terutamanya yang pertama kali menikmati alam semula jadi.

Air Terjun ini amat terkenal dan menjadi tumpuan ramai jadi saranan buat anda untuk menjaga keselamatan dan SOP Covid 19, anda juga boleh menginap lebih lama di Janda Baik agar anda dapat menikmati keindahan alam lebih optimum.

Chalet Mamapapa adalah antara penginapan yang terletak berdekatan dengan air terjun dan menyediakan servis hiking, bbq dan ATV, tetapi aktiviti hutan masih lagi belum dibuka.

Chalet Mamapapa Janda Baik
AlamatFb/ Website
Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahangmamapapachalet

2. SWAT Paintball Janda Baik

SWAT Paintball Janda Baik

Sekiranya anda tidak menginap di Janda baik, anda pasti akan dapat menggunakan masa anda seoptima mungkin kerana lokasi SWAT Paintball hanyalah 40 minit dari Kuala Lumpur.

Paintball, iaitu sukan permainan berpasukan yang memerlukan anda untuk menembak peluru kapsul berisi cat ke arah pihak lawan dapat dinikmati disini.

Mereka juga menawarkan pengalaman peperangan dalam rimba kerana mereka hanya menggunakan props artificial yang minima dan anda tidak perlu takut untuk bermain kerana mereka akan membantu anda sekiranya anda adalah beginner.

Jikalau anda ingin menginap di SWAT Janda Baik, mereka juga menawarkan pakej camping dan Overnight Hiking.

Alamat Fb/ Website
Unnamed Rd Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Malaysia
justin@swat.com.my

3. Tiarasa Escapes Glamping Resort, Janda Baik

Tiarasa Escapes Glamping Resort Janda Baik

Glamping? Apakah glamping? Glamping bermaksud Glamour Camping.

Sekiranya anda mahukan percutian yang lebih santai dan glamour anda seharusnya datang ke resort Tiarasa Escapes Glamping.

Antara jenis penginapan adalah tree house villa dan khemah bertemakan safari yang selesa bersesuaian dengan harga yang agak tinggi.

Kolam renang juga ada. Resort ini turut menyediakan servis untuk perkahwinan dan juga aktiviti korporat.

Pemilik resort ini adalah Puan Sri Tiara Jaquelina yang pernah melakonkan watak Puteri Gunung Ledang.

Resort ini adalah resort glamping premium yang pertama ditubuhkan di Malaysia.

AlamatFb/ Website
Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahangtiarasaescapes.com

4. Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Satu lagi tempat menarik yang perlu anda kunjungi sekiranya anda adalah peminat usahawan selebriti D’herbs.

Anda pastinya mengenali pemilik resort ini, beliau adalah Dato Seri Aliff Syukri yang terkenal dengan tag linenya “terlajak laris”.

Resort Sugeh Hill yang berkeluasan 8 ekar ini mempunyai pelbagai jenis kediaman dengan harga yang berlainan dari ratusan hingga ke ribuan ringgit dan nama-nama kediaman adalah unik seperti derhaka mertua, sundal malam, dan janda tua.

Kolam renang turut juga tersedia di sini. Pastinya anda akan dapat menemukan pakej penginapan yang sesuai dengan bajet anda di sini.

AlamatFb/ Website
Lot 495, Kampung Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia.sugehecoresort.com

5. Serene Resort & Training Centre Janda Baik

Serene Resort & Training Centre

Jika anda mencari tempat menarik di Janda Baik yang menawarkan pakej hampir lengkap dengan harga mampu milik maka inilah tempatnya.

Harga bilik berkelengkapan penghawa dingin hanyalah rm130 untuk satu malam.

Anda tidak perlu keluar dari resort ini untuk melakukan aktiviti luar kerana aktiviti menunggang kuda, hiking, cycling dan kolam renang turut disediakan.

Jika anda bukanlah penggemar sukan outdoor, jangan gusar. Anda masih boleh menghiburkan diri dengan aktiviti sukan indoor seperti pool table, dart dan karaoke.

AlamatFb/ Website
Lor Seri Dinar, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, PahangSerene Resort & Training Centre Janda Baik

6. Fig Malaysia Farm Janda Baik

Fig Malaysia Farm

Jikalau Cameron Highland terkenal dengan buah strawberry yang manis masam, Janda Baik turut ada tarikan yang tersendiri iaitu ladang buah tin atau nama inggerisnya Fig.

Buah tin terkenal sebagai makanan sunnah aka “fruit from paradise” dan mempunyai khasiat yang tinggi tetapi sukar didapati di Malaysia kerana habitatnya yang lebih sesuai membiak di timur tengah.

Fig Malaysia Farm Janda Baik adalah yang pertama berjaya membiakan tanaman buah tin secara meluas di Malaysia sehingga berjaya menjadi pembekal buah tin di rantau asia tenggara.

Untuk anda yang masih belum berkesempatan berkunjung ke timur tengah, ini pastinya menjadi tempat yang menarik untuk anda kongsikan memori bersama keluarga dan rakan kerana anda berpeluang melihat dan merasai kesegaran buah tin hasil Janda Baik.

Ada lebih 300 species buah tin di ladang ini dan tiket masuk juga adalah percuma.

AlamatFb/Website
Pulau Santap, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, PahangFig Malaysia

3 thoughts on “Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini”

Leave a Comment