Tempat Menarik di Johor

Johor Darul Takzim terletak di selatan tanah air mempunyai keluasan tanah 19 166 km persegi. Terdapat banyak tempat menarik di Johor yang terbahagi kepada 10 daerah.

Antara daerah utama Johor adalah Johor Bahru iaitu bandar utama negeri Johor, manakala Muar adalah Bandar Diraja Negeri Johor Darul Takzim.

Asal Usul Johor?

Johor dikatakan diambil sempena bahasa arab iaitu Jauhar yang bermaksud batu permata.

Khabarnya orang tempatan ketika itu merasa agak susah untuk menyebut jauhar jadi sebutannya ditukar kepada Johor yang lebih senang untuk disebut.

Haa.. apa kaitan asal usul nama Johor dengan batu permata kan?

Jom kita kenal sejarah Johor?

Sejarah Johor?

Johor diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II tahun 1528 semasa kejatuhan Melaka pada tahun 1511 ke tangan Portugis.

Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan pentadbiran di kawasan Sungai Johor dan kediaman Diraja dibina di Johor Lama. 

Dikhabarkan bahawa Sungai Johor mempunyai sumber batu permata oleh itu, dipanggil Jauhar dalam bahasa arab.

Haa..itulah sejarah Johor secara ringkas mungkin.

Jom kita terus ke tempat menarik di Johor!

Tempat Menarik untuk dikunjungi di Johor?

1. LEGOLAND MALAYSIA, Johor Bahru

Johor bahru yang merupakan bandar utama Negeri Johor ini dahulunya dikenali sebagai Johor Lama.

Antara tempat menarik di Johor yang pastinya menarik perhatian anak-anak anda semestinya LEGOLAND MALAYSIA.

LEGOLAND MALAYSIA Tempat Menarik di Johor
LEGOLAND MALAYSIA

Mendengar sahaja Lego..mesti melompat anak anda dibuatnya kan!

LEGOLAND MALAYSIA adalah yang pertama dibina di Asia dan yang keenam di seluruh dunia.

LEGOLAND MALAYSIA dibuka pada tahun 2012 dan dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor.

LEGOLAND MALAYSIA mempunyai lebih 40 jenis tarikan di Taman Air LEGOLAND, Taman Tema, hotel dan Underwater World.

Antaranya Build A Raft dan Joker Soaker yang disediakan di Taman Tema Air LEGOLAND.

Pendek kata bukan kanak-kanak sahaja yang akan suka tetapi dewasa akan turut menyukainya.

Tiket untuk sehari bermula dari serendah Rm69 sahaja.

Kalau anda rasa hendak lebih puas menikmati LEGOLAND MALAYSIA tambah lagi jika anda bukan dari Johor, anda boleh menetap di Hotel LEGOLAND MALAYSIA jika anda mempunyai bajet yang lebih.

Bilik hotel mempunyai temanya tersendiri seperti tema lanun, ninjago dan banyak lagi bergantung kepada pakej yang anda pilih berdasarkan bajet anda.

Peringatan untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas perlu mempunyai bukti lengkap vaksin 2 dos.

AlamatFb/Website
No 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Johor Bahru, JohorLEGOLAND MALAYSIA

2. Pulau Rawa, Mersing, Johor

Khabarnya Mersing mendapat nama sempena kisah seorang pembesar yang bernama Amer Singh telah melakukan kesalahan lalu dibuang daerah dan menjadi perbualan penduduk sehingga melekat lah nama Mersing ini.

Haa..menarik bukan?

Tapi yang lebih menarik adalah pulau di Mersing ini yang dikenali sebagai Pulau Rawa.

Rawa Island Resort Mewah di Johor

Pulau Rawa diberikan nama sempena pulau yang mempunyai banyak burung Rawa iaitu merpati putih.

Pulau Rawa menjadi semakin terkenal dengan kecantikan pantainya yang membiru yang mempunyai aneka karang dan pasir putihnya serta mendapat jolokan Maldives Malaysia.

Cara hendak ke Pulau Rawa adalah dengan menaiki bot dari Jeti Mersing dan perjalanan hanya mengambil masa selama 30 minit.

Pulau Rawa ini kecil sahaja dan tidak mempunyai jalan-jalan besar ye kawan-kawan.

Hanya ada dua resort sahaja di sini, Resort Alang Rawa dan dan Rawa Island Resort.

Rawa Island Resort adalah resort private mewah dan ia terletak di dalam kawasan Sultan Iskandar Marine Park bermaksud pengunjung tidak boleh memancing, jetski dan membuang sampah demi mematuhi peraturan dan menjaga kecantikan laut.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di resort ini adalah spa, dan untuk menikmati kecantikan dan kepelbagaian flora dan fauna aktiviti menyelam turut disediakan.

Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke sini.

Makanan akan disediakan sebanyak 3 kali;sarapan, tengahari dan makan malam secara bufet.

Anda boleh memilih pakej bermula dari harga serendah Rm1 940 untuk bilik seorang dewasa dan bermacam lagi pakej.

AlamatFb/ Website
Rawa Island Resort Sdn Bhd, Tourist Centre, Jalan Abu Bakar, 86800 Mersing, Johor, MalaysiaRawa Island Resort Malaysia

3. Pulau Besar, Mersing

Mersing mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik dan kali ini jom kita ke Pulau Besar.

Pulau Besar menjadi tempat menarik di Johor dek kerana kecantikannya dan kisah mistiknya.

Pulau Besar Mersing Tempat Menarik di Johor

Haa..buat anda yang gemarkan kisah mistik dan romantik, Pulau Besar adalah tempat yang sesuai untuk anda nikmati.

Pulau Besar dikelilingi gugusan pulau seperti Pulau Rawa, Pulau mensirip dan lain lagi.

Kalau anda hendak tahu dulu Pulau besar dikenali sebagai Pulau Babi Besar disebabkan dahulu banyak babi hutan yang berkeliaran secara bebas di pulau itu.

Jangan risau kerana sekarang sudah tidak ada lagi babi hutan yang berkeliaran di situ.

Kisah mistik yang dipercayai oleh penduduk tempatan di situ adalah pada zaman dahulu, ada seorang nelayan yang isterinya mengidam memakan rumpai laut ketika mengandung tetapi bertukar menjadi seekor duyung.

Lalu suami yang kesedihan turut bertukar menjadi seekor duyung kerana tidak mahu bepisah dengan isterinya itu dan sehingga kini penduduk tempatan berkata pasangan duyung itu dapat dilihat memakan rumpai laut di sekitar laut Mersing.

Terdapat banyak penginapan di Pulau Besar dan antara penginapan utamanya adalah Aseania Resort dengan pakej penginapan serendah Rm 138.

Aktiviti yang boleh anda lakukan ketika di Pulau Besar adalah berkanu, menyelam, jelajah hutan.

AlamatFb/Website
Aseania Beach Resort Pulau Besar
Pulau Besar, Mersing, Johor, Malaysia
aseaniapulaubesar.com

4. Gunung Ledang, Johor

Gunung Ledang terkenal dengan misterinya yang tersendiri, dikatakan Ledang dalam bahasa jawa bermaksud jauh atau tinggi.

Gunung Ledang Johor

Ia adalah gunung dengan puncak tertinggi di Johor dan ke 64 tinggi di selurauh Malaysia.

Antara misteri yang dikaitkan dengan gunung setinggi 1276 meter ini adalah legenda Puteri Gunung Ledang, yang pernah dilakonkan oleh Puan Sri Tiara Jaquelina sebagai Puteri Majapahit yang dipaksa kahwin dengan Sultan Mahmud Sultan Melaka namun membuat permintaan hantaran yang tidak masuk akal seperti tujuh dulang hati nyamuk dan sebagainya.

Pintu masuk ke Gunung Ledang terletak di daerah Tangkak iaitu Taman Hutan Lagenda.

Buat anda yang sekadar mahu berkelah atau berkhemah di tepi sungai, Taman Hutan Lagenda adalah tempat yang sesuai.

Kebanyakan pengunjung yang datang untuk menawan puncak Gunung Ledang setiap tahun adalah lebih kurang 15000 ke 20000 orang.

Gunung ledang kini dijaga oleh Gunung Ledang Johor National Parks yang ditubuhkan pada 2005.

AlamatFb/Website
Gunung Ledang Johor National Park Batu 26, Jalan Segamat, 84020 Sagil, Ledang, Johorjohornationalparks.gov.my

5. Taman Buaya

Taman Buaya di Teluk Sengat Kota Tinggi ini adalah rumah kepada lebih 1000 jenis ekor buaya.

Taman Buaya Teluk Sengat ini dibina pada tahun 1979.

Taman Buaya Teluk Sengat Johor

Taman buaya ini terletak lebih kurang 1 jam jarak pemanduan dari Johor Bahru dan hanya 20 minit dari bandar Kota Tinggi.

Apa yang menarik dekat taman buaya ini?

Buaya yang paling tua di sini berumur lebih kurang 157 tahun dan diwariskan oleh pemilik sebelumnya.

Taman Buaya Teluk Sengat ini adalah yang terbesar di Malaysia.

Para pengunjung akan diberikan penerangan tentang buaya dan fakta-fakta yang menarik tentangnya.

Pastinya anak-anak anda akan ceria setelah sekian lama terkurung di rumah akibat Covid 19.

Ibu bapa tidak perlu risau kerana Taman Buaya teluk Sengat ini mementingkan keselamatan pengunjung dan juga mengamalkan SOP Covid 19.

AlamatFb/ Website
Jalan Sembilang, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, JohorTeluk Sengat Crocodile World

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Leave a Comment