Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur bandaraya utama Malaysia mempunyai pelbagai tempat pelancongan dan antara tempat menarik di Kuala Lumpur semestinya mercu tanda terkenal di dunia Menara Berkembar Petronas yang pernah menjadi menara tertinggi di dunia waktu mula dibuka dahulu.

Kuala Lumpur adalah kota metropolitan yang tidak pernah tidur kerana terdapat banyak tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara di sekitar kota Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur berkeluasan 243.65 km persegi dan mempunyai kepadatan penduduk sebanyak hampir 5 juta lebih.

Jadi anda jangan hairan kenapa Kuala Lumpur selalu dikaitkan dengan kesesakan jalan raya.

Asal Usul Kuala Lumpur?

Pada tahun 1850 an, Raja Abdullah membuka perlombongan bijih timah yang lebih besar dan mengupah buruh cina untuk membuat lombong di Ampang antara muara Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Dahulunya Sungai Gombak dikenali sebagai Sungai Lumpur lalu kawasan ini digelar Pengkalan Lumpur dan akhirnya bertukar kepada Kuala Lumpur.

Cara hendak ke Kuala Lumpur?

Kuala Lumpur mempunyai kemudahan bas, tren, dan lapangan terbang untuk pengujung yang hendak ke sana tanpa mahu memandu.

Jarak dari Pulau Pinang adalah lebih kurang 6 jam memandu bergantung kepada pemanduan anda.

Kalau menaiki bas selalunya 5 jam kerana bas selalunya tidak berhenti di setiap RNR dan agak laju.

Kalau anda ingin menaiki tren dari Butterworth ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih.

Kalau anda hendak lebih cepat dan mudah anda boleh menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur yang hanya mengambil 1 jam sahaja.

Jom kita terus ke tempat menarik di Kuala Lumpur?

Tempat Menarik di Kuala Lumpur?

1. Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas mula dibina pada tahun 1993 dan dibuka kepada umum pada 31 Ogos 1999.

Perdana Menteri ke 4 pada waktu itu ialah Tun dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Menara Berkembar Petronas sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 42.

Menara setinggi 451.9 meter dengan 88 tingkat ini dibina oleh arkitek dari Argentina bernama Cesar Pelli dan mengambil masa selama 7 tahun untuk siap.

Menara ini juga melambangkan islam dengan motif kesenian Islam seperti Rub al Hibz yang dapat dilihat dari keratas rentas kedua-dua menara berkembar ini.

Antara yang menjadi tempat paling dikunjungi di Menara Berkembar Petronas ini adalah jejantas udaranya.

Fasiliti lain yang terdapat di sini adalah kedai cenderamata Petronas, Lugage Drop Off, dan Bantuan Orang Kelainan Upaya seperti kerusi roda.

Tiket boleh ditempah terlebih dahulu secara online di website kerana jumlah pengunjung yang ramai.

Harga tiket dewasa RM 80 , kanak-kanak berharga RM 30 namun jika anda pemegang Mykad dewasa hanya RM 25 dan kanak-kanak (Mykid) RM 12 sahaja.

Menara berkembar ini dibuka pada setiap hari kecuali hari isnin. mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang.

AlamatFb/Website
Concourse Level, Petronas Twin Tower, Lower Ground, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpurpetronastwintowersofficial

2. Sunway lagoon Theme Park

Kalau anda inginkan pengalaman bermain di taman tema sewaktu percutian di Kuala Lumpur, Sunway Lagoon Theme Park adalah tempat yang sesuai terletak hanya 15 km dari kota Kuala Lumpur.

Sunway Lagoon

Antara tarikan di taman tema sebesar 80 ekar ini adalah Waters of Africa, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park, dan Wildlife Park.

Anda boleh membeli tiket dan memilih pakej promo seperti 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam di lawan web rasmi Sunway Lagoon.

Taman tema ini dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang.

AlamatFb/Website
3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, Petaling Jayasunwaylagoonmalaysia

3. Berjaya Times Square Theme Park

Satu lagi taman tema di Kuala Lumpur tetapi berkonsepkan indoor dan tercatat di malaysia Book Of Record sebagai taman tema indoor yang terbesar di Malaysia.

Berjaya Times Square Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Taman tema ini dibuka pada 2003 di dalam bangunan Berjaya Times Square mempunyai 2 bahagian Galaxy Station dan Fantasy Garden.

Galaxy Station adalah khusus untuk dewasa manakala Fantasy Garden sesuai untuk kanak-kanak.

Taman tema ini dibuka setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 8 malam pada hari biasa, manakala pada hari minggu dibuka lebih awal 11 pagi hingga 8 malam.

Harga tiket untuk pemegang Mykad dewasa adalah RM 55, kanak-kanak RM 45 dan warga emas RM 20.

Untuk bukan pemegang Mykad harga tiket adalah RM 70 (dewasa), RM 65 (kanak-kanak) dan RM 30 untuk warga emas.

AlamatFb/Website
Tingkat 5, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, Kuala Lumpurberjayatimessquarethempark

4. Kuala Lumpur Bird Park

Kuala Lumpur Bird Park di buka pada 15 November 1991.

Kuala Lumpur Bird Park yang berkeluasan 20.9 ekar dan mempunyai lebih 3000 spesis burung.

Burung-burung di sini 90% adalah spesis tempatan manakala 10 % diimport dari Holland, China, Indonesia, Tanzania, Thailand, New Guinea dan Australia.

Antara fasiliti di taman burung ini adalah kedai cenderamata, booth foto, kiosk refreshment, bar sandwich, dan restoran.

Taman burung ini dibuka setiap hari termasuk hari cuti dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Tiket untuk pemegang Mykad dewasa adalah RM 25, RM 12 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Tiket untuk bukan pemegang Mykad dewasa adalah RM 63 dan RM 42 untuk kanak-kanak.

AlamatFb/Website
920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala LumpurKuala Lumpur Bird Park

5. Perdana Botanical Garden Kuala Lumpur

Perdana Botanical Garden adalah salah satu taman botanikal terbesar di Kuala Lumpur namun dahulu ia dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Taman Tasik Perdana.

Taman botanikal tempat menarik di Kuala Lumpur

Kawasan rekreasi ini ditambah baik sehingga menjadi sebuah taman botanikal yang terkenal dan menempatkan pelbagai tarikan antaranya seperti herbarium, air terjun buatan, Hibiscus Garden, Sunken Garden, dan Orchid Garden namun Orchid Garden ditutup untuk kerja penambahbaikan.

Taman ini dibuka pada tahun 1888 dan berkeluasan 92 hektar dan adalah sebahagian daripada Tun Abdul Razak Heritage Park.

Fernarium memaparkan lebih dari 100 spesis paku pakis dan bukan itu sahaja, terdapat sebuah Deer Park berdekatan Orchid Garden.

Fasiliti yang tersedia adalah tempat letak kereta, surau, tandas, gazebo, cafe, kedai cenderamata dan pusat informasi.

Taman botanikal ini dibuka setiap hari bermula 6.30 pagi hingga 7 petang.

AlamatFb/Website
Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Perdana Botanical Garden Kuala Lumpur

6. Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur mula dibina pada tahun 1991 dan dibuka pada umum pada 23 Julai 1996.

Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur

Menara ini berketinggian 421 meter dan berfungsi sebagai menara komunikasi selain turut dibuka kepada orang awam.

Antara tarikan di Menara Kuala Lumpur adalah Sky Deck, Sky Box, Zoo Mini, Observation Deck dan restoran Atmosphere 360.

Observation Deck dibuka mulai 9 pagi hingga 10 malam, setiap hari sepanjang tahun.

Pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur pagi atau malam dapat dilihat di sini pada ketinggian 276 meter dari aras tanah.

Sky Box yang mempunyai kaca transparent juga sangat terkenal bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman terbang atau terapung di udara 300 meter dari tanah.

Bayangkan anda berada di Sky Box dan melihat ke bawah haa bagi sesiapa yang gayat dinasihatkan untuk tidak mencuba Sky Box ini tetapi untuk kaki gambar, pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan gambar yang fotogeniik di sini.

AlamatFb/Website
KL Tower No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee 50250 Kuala Lumpur MalaysiaMenara Kuala Lumpur

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca: Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Leave a Comment