Tempat Menarik Di Langkawi

Langkawi adalah pulau pelancongan yang sangat terkenal di Kedah dan banyak tempat menarik di Langkawi untuk anda lawati terutamanya hujung tahun ini.

Langkawi mempunyai 99 gugusan pulau kecil dan Pulau Langkawi adalah pulau utama.

Asal Usul Langkawi?

Langkawi berkeluasan 478.5km persegi dikatakan diberikan nama sempena Lang dan Kawi.

Lang berasal daripada populasi helang yang banyak di Langkawi dan kawi bermaksud merah hati, apabila digabungkan menjadi helang merah yang banyak kelihatan di sekitar pulau itu.

Ada juga yang mengatakan kawi bermaksud batu kapur yang terdapat di sekitar pulau itu, dan apabila dilihat mercu tanda helang besar di Pulau Langkawi helang itu sedang berdiri di atas batu kapur.

Sejarah Ringkas Langkawi?

Langkawi dahulunya di bawah pemerintahan Kerajaan Kedah namun sentiasa diserang oleh Kerajaan Siam.

Langkawi pernah menjadi tempat persinggahan kapal-kapal yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang kerana Langkawi mempunyai sumber kayu kayan berkualiti tinggi dan sesuai untuk digunakan membaiki kapal.

Pulau Langkawi telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Geopark yang pertama di Asia Tenggara kerana batu-batuan nya yang mencecah ratusan jutaan tahun .

Tunku Abdul Rahman iaitu Bapa Kemerdekaan atau Perdana Menteri yang pertama pernah menjadi pegawai daerah di Langkawi.

Namun, antara legenda Langkawi yang terkenal adalah mengenai Mahsuri, Beras Terbakar, dan Pulau Dayang Bunting.

Cara hendak ke Langkawi?

Kebanyakan pengunjung tempatan yang dari negeri utara seperti Perlis, Pulau Pinang menggunakan khidmat feri.

Jeti Utama Pulau Langkawi adalah Jeti Langkawi namun lebih dikenali sebagai Jeti Kuah kerana terletak di Pekan Kuah.

Terdapat banyak jeti untuk ke Pulau Langkawi iaitu Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuala Perlis, dan feri luar dari Satun, Thailand juga namun jeti yang paling dekat semestinya Jeti Kuala Perlis.

Tiket feri pergi dan balik dari Jeti Kuala Perlis berharga RM 36 untuk dewasa dan RM 26 untuk kanak-kanak.

Tiket feri boleh dibeli di jeti ataupun dibeli secara online untuk pengunjung yang suka merancang perjalanan lebih awal.

Feri beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 7 malam sahaja.

AlamatFb/Website
No 81& 83 Persiaran Bunga Raya
Langkawi Mall Phase 2
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
Malaysia
langkawiferryline.com

Sekiranya pengunjung tidak mahu memandu jangan risau Langkawi mempunyai lapangan terbangnya sendiri yang terletak di Padang Matsirat.

Tiket penerbangan untuk ke Langkawi boleh didapatkan di lapangan terbang ataupun secara online.

Namun untuk anda yang merancang untuk membeli belah sakan di Langkawi, anda juga boleh membawa kereta sendiri dan menaiki feri tetapi harga caj tiket adalah berbeza mengikut jenis kenderaan anda.

Sekiranya anda datang untuk menenangkan fikiran dan hanya mahu bersiar-siar di Langkawi anda boleh menggunakan khidmat kereta sewa ataupun e hailing yang banyak di Langkawi.

Pendek kata anda tidak perlu risau tentang pengangkutan di Langkawi.

SOP Covid 19?

Bagi menjaga keselamatan rakyat bersama, para pengunjung wajib lengkap 2 dos vaksin Covid 19 dan mengambil test COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Antigent) 48 jam sebelum perjalanan ke Langkawi.

Anda harus patuh kepada SOP Covid 19 dan menyimpan semua resit-resit itineri sepanjang anda di Langkawi untuk ditunjukkan kepada penguatkuasa agensi pematuhan SOP sekiranya diminta.

Ok, jom kita ke tempat-tempat menarik di Langkawi?

Tempat Menarik Di Langkawi?

1. Pekan Kuah

Kuah adalah sebuah mukim dalam Langkawi dan pekan Kuah adalah pintu masuk utama ke Langkawi disebabkan terdapat Jeti Langkawi di kawasan Pekan Kuah menyebabkan kemasukan pelancong melalui Pekan Kuah.

Apa yang menarik di Pekan Kuah?

Mercu tanda Langkawi iaitu Patung Helang setinggi 12 meter yang tersergam indah di Dataran Lang adalah tempat wajib untuk dikunjungi pengunjung yang ingin mengabadikan momen indah di situ.

Dataran Lang hanya memerlukan 5 minit sekiranya anda berjalan kaki dari Jeti Langkawi.

Dataran Lang Tempat Menarik Di Langkawi

Dataran Lang pada waktu malam turut menjadi tarikan ramai kerana limpahan lampu neon di sekitar Dataran Lang membuatkan Patung Helang dan sekitarnya kelihatan lebih gah.

Malah terdapat tempat beriadah di sekeliling Dataran Lang sesuai untuk anda berehat atau makan sambil menikmati pemandangan indah mercu tanda Langkawi ini.

Dataran Lang dibuka 24 jam sehari dan tiada caj dikenakan.

AlamatFb/Website
Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedahmalaysia.travel

Satu lagi tempat menarik di Langkawi yang berdekatan dengan Jeti Kuah adalah Taman Lagenda Langkawi.

Taman Lagenda langkawi dibuka pada 27 April 1996 ini adalah sebuah kawasan tebus semula.

Taman Lagenda Langkawi merupakan taman sebesar 50 ekar yang mempamerkan pelbagai lagenda seperti lagenda gergasi Mat Cincang dan Mat Raya.

Terdapat 4 tasik dan pantai buatan manusia, taman-taman, air pancut dan ukiran yang menarik di Taman lagenda Langkawi ini.

Taman Lagenda Langkawi dibuka 9 pagi hingga 7 petang dan tiada caj masuk dikenakan.

AlamatFb/Website
Jeti Kuah, 07000 Kuah, Malaysialada.gov.my

2. Pantai Cenang

Pantai Cenang adalah pantai yang sangat terkenal di Langkawi dan sentiasa padat dengan pengunjung.

Kalau anda menginap di sekitar Pantai Cenang anda boleh menikmati pertunjukan api di pesisir pantai.

Kehidupan malam di Pantai Cenang sangat meriah kerana di jalan sekitar mempunyai pelbagai kedai makan, kedai cenderamata dan pelbagai lagi yang dibuka dari pagi hingga malam.

Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang mempunyai kemudahan aktiviti air seperti banana boat, jetski, parasailing dan wakeboard.

Antara operator yang menawarkan sukan air tersebut adalah Mega Water Sports.

Tempahan lebih awal boleh dilakukan di facebook atau website bagi mengelakkan kehabisan tiket dan pakej.

AlamatFb/Website
 Pantai Cenang, Jalan Pantai Chenang, Mukim, 07000 Langkawi, KedahMega Water Sports

3. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi adalah salah sebuah aquaria marin dan air tawar yang terbesar di Asia Tenggara dan dibuka pada 26 Ogos 1995.

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi terletak berdekatan dengan Pantai Cenang dibuka bermula 10 pagi hingga 6 petang.

Antara tarikan utama yang terbaru di sini adalah pertunjukan mermaid Sabrina.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis ekosistem dipamerkan di sini antaranya ekosistem tropika, sub antartik, ekosistem sungai dan macam-macam lagi.

Anak-anak anda pasti akan melompat kegembiraan melihat pelbagai jenis haiwan di situ.

Pastinya kunjungan anda di sini berbaloi dan menjadi kenangan indah serta penuh informasi.

Tiket masuk untuk pemegang Mykad dewasa adalah RM 46 manakala kanak-kanak adalah RM36.

AlamatFb/ Website
Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedahunderwaterworldlangkawi.my

4. Langkawi Cable Car dan Sky Bridge

Kalau anda hendak tahu langkawi Cable Car dan Sky Bridge ini adalah tumpuan pengunjung setiap kali ke Langkawi tidak kiralah berapa kali anda sudah datang ke langkawi anda pasti akan mengulangi pengalaman menaiki kereta kabel ini.

Kereta kabel Langkawi Tempat Menarik di Langkawi

Kalau anda dari Pekan Kuah masa yang diambil untuk sampai ke sini adalah 30 minit bergantung kepada trafik dan dari lapangan terbang Langkawi hanya 15 minit sahaja.

Waktu operasi bermula dari 9.30 pagi hingga 5 petang, harga tiket untuk warganegara dewasa adalah RM43 dan RM 33 untuk kanak-kanak.

Laluan kereta kabel ini dalah sepanjang 2.2 km dan mengambil masa 15 minit dari base ke puncak.

Terdapat 3 stesen perhentian sepanjang 2.2 km iaitu base, middle dan top manakala sky bridge terletak di puncak di mana pengunjung terpaksa menggunakan trail yang disediakan atau pun menggunakan skyglide namun skyglide sekarang di bawah pembaikan.

Pengunjung dinasihatkan untuk berhati-hati sepanjang trail kerana trail tersebut agak mencabar terutamanya yang membawa anak kecil dan warga emas.

Sementara anda menunggu giliran menaiki kereta kabel, anda boleh menikmati teater pemandangan 360 darjah di dalam dome di stesen base.

Terdapat juga muzium 3D yang berdekatan dengan kaunter pembelian tiket kereta kabel.

Selain itu, terdapat kedai makanan menjual jagung bakar, makanan ringan, minuman serta cenderamata Langkawi di sekitar kawasan pembelian tiket kereta kabel.

Walaupun terpaksa menunngu lama untuk menaiki kereta kabel pastinya anda tidak jemu dan menyesal kerana pemandangan dari udara Langkawi sangat menakjubkan.

Anda dapat melihat Air Terjun Tujuh, Gunung Manchincang, laut nan biru dan pulau-pulau kecil di Langkawi.

AlamatFb/Website
Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedahpanoramalangkawi.com

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Leave a Comment