Tempat Menarik di Melaka

Melaka terletak di selatan semenanjung Malaysia berkeluasan 1664 km persegi mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.

Negeri melaka bersebelahan dengan Negeri Sembilan dan Johor.

Bandar utama negeri Melaka adalah Bandar Melaka yang digelar Bandar Bersejarah kerana kekayaan sejarah terutamanya ketika kegemilangan kesultanan Melaka.

Bandar Melaka dari Kuala Lumpur adalah 148km.

Melaka pernah melalui era kolonial Portugis apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511.

Melaka yang dahulunya diperintah oleh kesultanan Melaka yang berkuasa kini tidak mempunyai sultan kerana campur tangan pihak Portugis.

Ketua negeri adalah governor atau Yang di-Pertua Negeri.

Melaka diwartakan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia pada 2008.

Asal Usul Melaka?

Lebih kurang 1402 ketika Parameswara melarikan diri dari Singapura yang ditawan oleh Majapahit.

Parameswara berhenti berehat di sebuah kawasan yang ditumbuhi pokok melaka.

Lalu dia berteduh di bawah pokok itu, kemudian anjing pengawalnya mengejar pelanduk putih sehingga berlaku pergaduhan.

Akhirnya anjingnya berjaya dikalahkan dan ditolak oleh pelanduk putih ke dalam sungai.

Kagum dengan keberanian yang ditunjukkan pelanduk putih itu, Parameswara kemudiannya menetap di kawasan itu dan memberikan nama bersempena pokok melaka.

Sejarah Melaka?

Melaka yang terletak di Selat Melaka adalah kawasan yang strategik kerana mempunyai kawasan pelabuhan yang boleh diakses sepanjang tahun, selamat dari bencana alam kerana terletak di kawasan muara yang terlindung.

Hal ini membuatkan Paramesara bertambah yakin untuk membangunkan Melaka dengan bantuan Orang Laut.

Orang Laut adalah orang yang hidupnya bergantung kepada hasil laut semata, hidup di atas laut dan sangat terkenal dengan kebolehan mendapatkan hasil laut.

Orang laut berfungsi sebagai penunjuk arah kepada pedagang, mempertahankan Melaka daripada ancaman lanun dan bertindak sebagai pengawal laut serta melakukan rondaan di laut.

Akhirnya Melaka berjaya dibangunkan menjadi pelabuhan antarabangsa oleh Parameswara yang juga dikenali sebagai Iskandar Syah.

Kesultanan Melayu Melaka bermula dengan kebijaksanaan Parameswara yang kemudiannya menerima kunjungan dari Cina yang pertama diketuai oleh Panglima Yin Qing.

Parameswara memastikan segala urusan cina berjalan lancar dan kemudian diberikan tawaran oleh Dinasti Ming untuk menaiktaraf pelabuhan itu menjadi sebuah negara dibawah perlindungan kerajaan Cina.

Kerajaan Cina kemudian mengiktiraf Melaka dan pengaruh kuat kerajaan Cina membuatkan Majapahit dan kerajaan lain takut untuk menyerang kerajaan Melaka.

Sejarah juga mengatakan untuk memantapkan lagi hubungan diplomatik dua negara, Maharaja Cina dari Dinasti Ming menghantar Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan kepada Sultan Mansur Shah dan khabarnya semua pengiring Puteri Hang Li Po mengahwini orang tempatan Melaka dan menetap di kawasan diberikan nama Bukit Cina.

Serangan demi serangan dihadapi oleh Melaka oleh Vietnam pada tahun 1469 untuk menakluk Melaka.

Melaka akhirnya tumpas ditakluk oleh Portugis pada tahun 1511.

Portugis diketuai oleh Panglima Afonso de Albuquerque dengan angkatan kapal sebanyak 18 kapal dan 12000 anak kapal membawa misi untuk menyebarkan agama Kristian dan menakluk kekayaan Melaka.

Ramai Melayu Islam yang mati dibunuh dan dijadikan hamba manakala kaum lain seperti Hindu, Cina dan Burma tidak diapa-apakan.

Di bawah taklukan Portugis, melaka telah menderita dan ekonominya menjadi merudum kerana sistem pentadbiran pelabuhan dan perdagangan yang tidak stabil.

Pada tahun 1641, Belanda dengan bantuan kerajaan Johor berjaya menakluk Melaka dari tangan Portugis.

Namun, Melaka masih diabaikan kerana pusat tumpuan perdagangan pada ketika itu adalah Jawa dan Batavia yang kini dikenali sebagai Jakarta.

Sekali lagi, Belanda menyerahkan Melaka kepada Britain atas perjanjian Anglo-Dutch 1824. Berikutan dengan itu, Melaka sekali lagi di bawah jajahan kuasa luar.

Perang dunia kedua pada tahun 1942-1945 menjadi saksi pencerobohan Jepun ke Melaka dan menjadi jajahan Maharaja Jepun.

Setelah pelbagai langkah kemerdekaan cuba dicapai, pada tahun 1957, Malaysia yang dulu dikenali sebagai Malaya berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos.

Melaka kemudian diiktiraf sebagai Bandar bersejarah pada tahun 1989.

Jom kita lihat tempat menarik di Melaka, Bandar Bersejarah!

Antara tempat menarik di Melaka?

1. Kubu Pertahanan A Famosa

Bandar Melaka adalah nadi negeri Melaka. Antara tempat menarik yang ada di sini adalah A Famosa.

Kota A Famosa Tempat Menarik di Melaka

A Famosa bermaksud ‘Yang Terkenal’ dibina oleh Portugis pada tahun 1512.

Belanda menggelarkan A Famosa sebagai Istana Hamba.

A Famosa dibina setinggi lima tingkat sebagai kubu pertahanan berjaya disiapkan dalam lima bulan sahaja.

A Famosa mempunyai empat menara dengan tembok setinggi 2.4 meter hingga 4.5 meter.

Sejarah di sebalik A Famosa sangat mendalam bermula dari detik pembinaanya yang menghambakan banyak orang Melayu Melaka dan A Famosa mempunyai banyak korban nyawa kerana cuaca panas terik ketika pembinaannya.

Walaubagaimanapun Kota A Famosa berjaya menangkis serangan penduduk Melaka yang ingin melawan Portugis.

Belanda berjaya mengalahkan Portugis setelah lima bulan Portugis berjaya bertahan di dalam kubu A Famosa.

Sepanjang lima bulan itu, penduduk yang terperangkap di dalam kubu itu telah terkorban hampir 7000 orang.

Dikhabarkan, ada yang terpaksa memakan kucing, tikus dan ada seorang wanita yang memakan bayinya sendiri.

Betapa tragisnya sejarah A Famosa ini!

Pada tahun 1641, Belanda berjaya menghalau Portugis dari Melaka.

Abad ke 18, demi mengelakkan Melaka jatuh ke tangan Napoleon Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British.

British yang menyedari kekuatan kubu A Famosa mengarahkan kubu itu dimusnahkan pada tahun 1806.

Namun berjaya dihentikan oleh Sir Stamford Raffles yang ketika itu dalam percutian sakit dari Pulau Pinang ke Melaka.

Anda yang berkunjung ke Melaka wajib singgah sebentar untuk menghayati nilai sejarah yang tersurat dan tersirat di sebalik tinggalan bangunan ini.

Masuk adalah percuma dan ianya dibuka 24jam sehari.

AlamatFb/ Website
Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melakambmb.gov.my

2. The Stadthuys, Melaka

Satu lagi tempat menarik di Melaka iaitu The Stadthuys bangunan Belanda yang tertua di Timur dan dibina pada abad ke 16 di kawasan tinggalan kota Portugis.

The Stadthuys Melaka

The Stadthuys bermaksud dewan bandar dalam bahasa Belanda.

Bangunan ini mempunyai warna merah yang menarik perhatian dan pernah menjadi kediaman gabenor-gabenor Belanda dan pegawai.

Pada tahun 1982, Stadthuys dijadikan sebagai muzium.

Bangunan Stadthuys menempatkan empat muzium dan satu galeri iaitu Muzium Sejarah dan Etnografi,Muzium Kesusasteraan, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Peraturan Demokrasi dan Muzium Gabenor.

Muzium Sejarah dan Etnografi terletak di ruang utama bangunan Stadthuys ini menggambarkan era kesultanan Melaka sehingga ke era kolonial Belanda, British dan Portugis.

Muzium Kesusasteraan terletak di belakang Stadthuys mempamirkan legenda tempatan, sejarah, peta dan gambar secara terperinci.

Untuk masuk ke Muzium Sejarah dan Etnografi, Muzium kesusasteraan dan 3 muzium lain anda hanya perlu mebeli satu tiket sahaja.

Harga tiket untuk warganegara dewasa Rm6 manakala kanak atas usia 7 tahun Rm3, bawah 7 tahun adalah percuma.

Waktu operasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang.

AlamatFb/ Website
Circle intersection of Jalan Quayside, Jalan Laksamana, and Jalan Chan Koon Chengperzim.travel.my

3. Muzium Samudera, Melaka

Muzium Samudera atau dikenali sebagai Flor Del mar bermaksud Bunga Lautan dibina pada tahun 1990 dan dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1994.

Muzium Samudera Tempat Menarik di Melaka

Flor Del Mar adalah kapal replika Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Anda bersama anak-anak dapat merasai pengalaman menaiki kapal dan menikmati pemandangan di sekitar muara sungai Melaka.

Berhadapan dengan Muzium Samudera terdapat satu lagi Muzium Samudera fasa 2.

Muzium Samudera fasa 2 ini mempunyai pelbagai galeri, peta dan alat interaktif selain berhawa dingin sesuai untuk anda yang membawa anak-anak kecil.

Terdapat peta, galeri dan video interaktif mengenai sejarah Melaka yang pasti dapat menjawab persoalan anda tentang sejarah Melaka.

Pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai kerana anda perlu memanjat tangga kapal yang agak curam.

Tiket masuk untuk warganegara dewasa adalah Rm6 dan Rm3 untuk kanak-kanak dan dibuka pada hari Selasa-Ahad.

AlamatFb/ Website
Jln Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melakaperzim.gov.my

4. Melaka River Park and Cruise

Anda boleh menikmati pemandangan di sepanjang Sungai Melaka dengan menaiki River Cruise dari Jeti Muara berdekatan dengan Muzium Samudera.

Melaka River Park Cruise

Mungkin anak anda sudah penat berjalan dan mula mengantuk, anda boleh membuatkan mereka kembali segar dengan pemandangan Sungai Melaka disamping menikmati angin sepoi bahasa sepanjang perjalanan.

Pasangan yang sedang berbulan madu juga sesuai menaiki Melaka River Cruise terutamanya di waktu malam untuk menikmati lampu neon di bandar Melaka.

Waktu operasi adalah dari 9 pagi ke 11.30 malam.

haa.. sesuai untuk anda yang tidak tahu Melaka kini melancarkan Pit Stop pakej untuk River Cruise.

Anda boleh membeli tiket berharga Rm40 untuk dewasa manakala kanak-kanak berharga Rm25 yang membolehkan anda menggunakan perkhidmatan River Cruise sehari suntuk.

Bayangkan anda tidak perlu bersusah payah untuk memandu lagi untuk ke destinasi seperti street art.

Harga tiket ditawarkan mengikut kategori umur dan terdapat pakej-pakej untuk anda pilih dan tiket dijual secara talian di website Melaka River Cruise bagi memudahkan anda merancang perjalanan anda.

Cenderamata dapat dibeli di kedai sekitar Bandar Melaka selain itu, anda juga boleh membeli produk makanan seperti gula melaka, belacan melaka dan kuih tempatan.

AlamatFb/ Website
ARAS 9, BANGUNAN GRAHA MAJU, JALAN GRAHA MAJU, 75300 MELAKA.Melaka River Cruise

Berikut di atas adalah tempat-tempat menarik di Melaka yang wajib dikunjungi.

Baca : Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca : Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Leave a Comment