Tempat Menarik Di Perak

Pelbagai tempat menarik di Perak pasti memenuhi citarasa anda kerana Perak adalah negeri ke dua terbesar dalam Malaysia.

Perak berkeluasan 20 976 km persegi ini dan terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Perak dibahagikan kepada 12 daerah utaman dan Kuala Kangsar adalah Bandar Diraja.

Asal Usul Perak?

Perak dikaitkan dengan aktiviti perlombongan timah yang besar besaran pada suatu ketika dahulu hingga berjaya menjadi pengeluar timah yang terbesar.

Satu lagi teori adalah Perak dinamakan bersempena dengan nama Tun Perak seorang pembesar ataupun bendahara ketika Kesultanan Melaka.

okay, jom kita terus ke tempat menarik di Perak dan mercu tandanya.

Tempat Menarik Di Perak?

1. Masjid Diraja Ubudiah, Kuala Kangsar

Kuala Kangsar digelar bandar diraja kerana sejarahnya dan antara mercu tandanya adalah Masjid Diraja Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan.

Masjid Diraja Ubudiah Tempat Menarik di Perak

Majid Ubudiah mula dibina pada tahun 1913 dan siap pada akhir tahun 1917.

Uniknya tentang masjid ini, ia diarahkan dibina oleh Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I selepas baginda sembuh daripada sakitnya.

Dikatakan bahawa ketika pembinaannya, lantai marble itali di masjid ini pernah dirosakkan oleh dua ekor gajah milik Sultan Idris dan Raja Chulan ketika haiwan itu bergaduh.

Reka bentuk masjid ini direka oleh Arthur Benison Hubback yang merupakan seorang askar dan arkitek berbangsa English.

Pengunjung bolehlah menikmati kecantikkan seni bina masjid ini di samping boleh menunaikan ibadat.

Selain itu, terdapat gerai kecil menjual cendol dan laksa di luar perkarangan masjid.

Haa.. bolehlah mencuci mata sambil makan kan?

AlamatFb/Website
Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Peraksultan.perak.gov.my

2. Kellie’s Castle

Satu lagi tempat menarik di Perak semestinya buat penggemar kisah misteri yang tahu akan kisah Kellie’s Castle.

Kellie's castle Tempat menarik di Perak

Sejarah ringkas Kellie’s Castle adalah bangunan ini mula dibina pada tahun 1915 oleh William Kellie Smith berbangsa Scottish dan pemilik ladang.

Bangunan ini dibina untuk isterinya Agnes namun tragisnya William kellie Smith meninggal dunia pada tahun 1926 menyebabkan bangunan ini tidak dapat disiapkan.

Bangunan ini dibina dengan ilham replikasi bangunan Great British Raj palace di India.

Tapak bangunan ini dibina di atas bukit yang dahulunya adalah kawasan estet ladang getah.

Kellie’s Castle adalah tempat yang patut anda kunjungi selain terkenal dengan kisah-kisah seramnya.

Bangunan ini dibuka untuk pengunjung bermula 9 pagi hingga 5.30 petang.

Tiket masuk untuk warganegara dewasa adalah Rm 5 dan kanak-kanak Rm3 manakala pelancong asing dikenakan Rm10.

AlamatFb/Website
Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak.tourismperakmalaysia.com

3. Jeff’s Cellar, Ipoh

Jika anda seorang penggemar makanan dan sukakan pengalaman dining yang mewah, Jeff’s Cellar adalah destinasi anda yang berkunjung ke Perak.

Jeff's Cellar

Jeff’s Cellar adalah unik disebabkan restoran mewah ini dibina di dalam gua batu kapur yang berusia 260 juta tahun.

Bayangkan anda menikmati makan malam romantis ditemani kelipan lampu neon yang membuatkan gua ini kelihatan majestik.

Restoran ini dibuka pada pukul 6 petang sehingga 11 malam.

Kod pakaian adalah kemas dan anda perlu membuat tempahan lebih awal di laman web rasminya.

AlamatFb/Website
1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Peraksunwayhotels.com

4. Nasi Vanggey

Buat anda penggemar nasi kandar haa jangan ingat Ipoh tidak ada nasi kandar okay!

Nasi Vanggey ini terletak dalam daerah Ipoh dan merupakan salah satu kedai nasi kandar yang terkenal di Ipoh.

Nasi Vanggey Ipoh

Apa yang menarik di restaoran ini adalah makanan signature nasi kandar yang diletak sambal kelapa.

Kalau anda bukan penggemar nasi kandar, jangan risau anda boleh menikmati makanan goreng-gorengan lain di sini.

Selain itu, terdapat ais kacang dan pelbagai pencuci mulut dijual di sini.

Restoran ini turut menyediakan fasiliti surau dan tandas yang bersih.

Restoran ini dibuka pada pukul 7 pagi sehingga 4 pagi.

AlamatFb/Website
1, Persiaran Greentown 5, Green Town Business Centre, 30450 Ipoh, PerakNasi Vanggey Greentown Ipoh

5. Sunway Lost World Of Tambun

Alang-alang anda berkunjung ke Perak, apa kata anda singgah ke Sunway Lost World Of Tambun.

Tempat menarik di Perak Lost World Tambun

Setelah lama tidak dibuka kerana Covid 19 kini Taman Tema Lost World of Tambun telah dibuka kepada orang ramai dengan pematuhan SOP jadi anda tidak perlu risau untuk berkunjung bersama keluarga anda.

Lost World of Tambun dibuka pada pukul 11 pagi hingga 6 petang pada hari biasa.

Manakala hari cuti dibuka pada pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk warganegara dan pemegang MyKad dewasa harga tiket adalah 85.00, kanak-kanak Rm77 begitu juga warga emas 60 tahun ke atas.

Kanak-kanak bawah 90 cm dibenarkan masuk secara percuma.

Anda turut boleh mendapatkan harga tiket yang lebih murah secara online dan memilih pakej promosi.

Antara aktiviti yang terdapat di sini tentulah taman tema air, mini zoo, dan juga kolam air panas semula jadi.

AlamatFb/Website
No. 2, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, PerakSunway Lost World Of Tambun

6. Belum Temenggor Rainforest

Belum Temenggor Rainforest adalah antara hutan tertua di dunia yang berusia lebih 130 juta tahun.

Usia ekosistem di Belum Temenggor melebihi hutan Amazon dan Conggo.

Belum Rainforest diwartakan sebagai Hutan Simpan di Malaysia kerana kekayaan alam semula jadinya.

Hutan simpan berkeluasan 290 000 hektar ini mempunyai kawasan hutan dara sebesar 146 000 hektar.

Hutan ini dibahagikan kepada dua bahagian Royal Belum State Park dan Hutan Simpan Temenggor.

Antara aktiviti yang wajib anda cuba adalah Houseboat.

Houseboat atau rumah bot adalah seperti hotel terapung yang bergerak menggunakan bot.

Bayangkan anda merentasi Tasik Temenggor yang penuh misteri dan tidur sambil mendengar bunyi air dan ikan melompat di permukaan air.

Legenda mengatakan ikan sebesar kereta mendiami Tasik Temenggor dan ada orang asli yang pernahj melihat ikan besar menyambar monyet dari dahan pokok.

Antara aktiviti di atas rumah bot adalah, memancing, melihat burung, dan karaoke.

Rumah bot ini boleh ditempah dengan harga serendah Rm 500 dan standard penginapan rumah bot atas 2 hari 1 malam.

Cara untuk akses ke Pulau Banding adalah melalui Gerik.

AlamatFb/Website
Pulau Banding, 33300 Gerik, Perakbelum.com.my

7. Muzium Perak

Kalau sudah berkunjung ke Perak pastinya harus singgah ke Muzium Perak di daerah Taiping.

Muzium Perak

Muzium Perak adalah muzium tertua di Malaysia ini dibina pada tahun 1833 menggunakan reka bentuk British lama.

Muzium ini menempatkan lebih 8000 koleksi pameran seperti flora, fauna, geologikal, dan budaya.

Pengunjung dapat melihat pameran kraftangan warisan melayu tudung saji, tikar mengkuang dan buyung yang berusia lebih ratusan tahun dibuat dari tanah liat.

Warisan budaya orang asli seperti patung ukiran, topeng muka dan pakaian yang diperbuat dari pulpa kayu juga turut dapat dilihat di muzium ini.

Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari isnin pada permulaan bulan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang namun ditutup selama dua hari Raya Aidil fitri dan Aidil Adha.

Harga tiket adalah Rm 2 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.

AlamatFb/Website
Perak Museum Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perakjmm.gov.my

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Leave a Comment