Tempat Menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan

Port Dickson ataupun dikenali sebagai PD dalam kalangan penduduk lokal adalah sebuah tumpuan pelancongan yang penuh dengan tempat menarik

Port Dickson ataupun Pelabuhan Port Dickson berada di bawah Lingkungan Lembah Wawasan Malaysia bersama dengan Nilai.

Sejarah Ringkas Port Dickson

Port Dickson dikatakan mendapat nama daripada seorang Pegawai Brtisih bernama Sir John Frederick Dickson yang bertugas sewaktu zaman penjajahan British.

Nama asal Port Dickson dahulunya adalah Tanjung Tin dan juga Arang.

Tanjung Tin adalah kerana rupa bentuk bumi yang menyerupai tanjung sesuai untuk pelabuhan kapal-kapal manakala Arang pula bersempena kedudukan kilang arang yang berhadapan dengan tanjung itu.

Apabila menyedari potensi Arang dan Tanjung, Sir John Frederick Dickson mengarahkan agar tanjung itu dijadikan tempat istirehat pegawai dan peladang British demi mengambil alih sektor ekonomi perdagangan teh dan rempah yang dilakukan oleh pedagang dari India dan Cina di pelabuhan itu.

Cara hendak ke Port Dickson

Port Dickson boleh diakses melalui Seremban melalui Lebuhraya Plus Port Dickson Seremban ataupun Lebuhraya Persekutuan route 53 terus menghubungkan ke tengah pusat Seremban.

Jom kita terus ke tempat menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tempat Menarik di Port Dickson

1. Pantai Kemang

Port Dickson sangat terkenal dengan pantainya dan Pantai Teluk Kemang adalah pantai yang terbesar di Port Dickson serta mempunyai kemudahan yang paling banyak berbanding pantai-pantai lain di Port dickson.

Pantai Teluk Kemang Tempat Menarik di Port Dickson

Antara kemudahan awam yang disediakan adalah tandas awam, tempat pejalan kaki, dataran, gazebo, tempat mandi dan tempat letak kereta.

Gerai-gerai makan, cenderamata dan restoran juga terdapat di sekitar Pantai Teluk Kemang.

Selain itu, aktiviti sukan air juga boleh didapati di sini.

Antara sukan air yang dijalankan di sini adalah jet ski, banana boat dan macam-macam lagi.

Setiap hujung minggu, anda akan dapat melihat ramai pengunung yang datang untuk bersuka ria dan bermandi manda di sini selain itu, terdapat banyak penginapan di sekitar pantai ini.

Alamat
Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

2. Primaland Port Dickson Water Park

Taman tema air ini adalah sebahagian dari Hotel Primaland Port Dickson Resort dan Pusat Konvensyen (PRCC) namun untuk masuk ke taman tema ini anda boleh membeli tiket masuk tanpa perlu menginap di sini.

Primaland Port Dickson Water Park Tempat Menarik di Port Dickson
Primaland Port Dickson Water Park

Primaland Port Dickson Water Park dikatakan adalah pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia dan mempunyai mainan air yang banyak sesuai untuk semua peringkat umur kerana kawasan ini mesra kanak-kanak.

Taman tema ini dibuka setiap hari dan harga masuk untuk dewasa adalah RM 30 manakala untuk kanak-kanak adalah RM 20 per sesi.

AlamatFb/ Website
PD Prima 1, Jalan Pantai Pasir Panjang, 71250 Si Rusa, Negeri SembilanPrimaland Port Dickson Water Park

3. Alive 3D Art Gallery

Galeri 3D ini adalah sebahagian dari Segar City, di mana galeri ini menawarkan 50 jenis tarikan berilusi yang dilukis oleh artis berbakat dari Cina.

Alive 3D Art Gallery Tempat Menarik di Port Dickson Negeri Sembilan

Terdapat 5 jenis tema di sini iaitu Aquarium, Adventure, Animation, Exotic dan Dark Art.

Pengunjung boleh memegang dan bergambar sakan dengan pameran-pameran 3D di sini dan pastinya gambar anda akan kelihatan cantik dan menakjubkan.

Galeri 3D ini dibuka setiap hari, pada hari biasa isnin hingga jumaat waktu operasi adalah 11 pagi hingga 10 malam dan pada hari cuti, 10 pagi hingga 11 malam.

AlamatFb/ Website
No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dicksonsegarcity.com

4. Wild West Cowboy

Taman tema berkonsepkan cowboy ini juga berada di dalam Segar City.

Wild West Cowboy Tempat Menarik di Port Dickson Negeri Sembilan
Wild West Cowboy

Antara tarikan di Wild West Cowboy adalah teater 5D, Awake, Amusement Park dan Cafe Cowboy.

Anda boleh merasai pengalaman hidup seakan di zaman Cowboy dan menaiki permainan- permainan menarik seperti Cowboy Carousel bergerak dan juga Cowboy Go Round di Amusement Park.

Kalau anda peminat teka-teki dan suka menyelesaikan misteri, Awake adalah tempat yang sesuai untuk anda kerana mempunyai 5 jenis bilik dengan tema dan misi misteri yang berbeza.

Anda perlu membebaskan diri anda dari bilik kurungan itu dengan menyelesaikan misi dan menggunakan klu yang diberikan seumpama detektif hebat menyelesaikan misteri.

Taman tema ini dibuka setiap hari kecuali pada hari selasa.

Waktu operasi bermula pada pukul 10 pagi hingga 7 petang.

AlamatFb/ Website
59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri SembilanWild West Cowboy

5. Tanjung Tuan

Tanjung Tuan ataupun Cape Rachado adalah hutan simpan seluas 80 ekar dan digazetkan sebagai tempat perlindungan untuk haiwan liar dan ia juga merupakan tempat tumpuan untuk melihat burung.

Sejarah nama Cape Rachado adalah ketika penjajahan Portugis mereka menamakan tanjung ini sebagai Tanjung Pecah ataupun ‘Rachado’ yang membawa maksud pecah dalam bahasa Portugis.

Rumah api dibina pada tahun 1528 oleh penjajah Portugis untuk mengawal laluan masuk ke Tanjung itu.

Terdapat juga trail pejalan kaki yang membawa pengunjung ke Batu Putih di mana pengunjung boleh melihat pemandangan sekitar pesisir pantai.

Pastinya anda akan merasa tenang ketika bercuti atau beriadah di sini selain dapat mengambil gambar-gambar kenangan yang indah.

Batu Putih ditutup pada pukul 6 petang untuk keselamatan para pengunjung.

Alamat
Jalan Pantai, Tanjung Tuan, 71050 Port Dickson

6. Muzium Tentera Darat

Muzium Tentera Darat di Port Dickson merupakan tempat tumpuan kerana ia adalah antara muzium pameran ketenteraan yang terbesar di Malaysia.

Muzium Tentera Darat
Muzium Tentera Darat Port Dickson

Muzium ini mempunyai banyak galeri anatranya adalah Galeri Belanda dan Portugis, Galeri British, Galeri Penubuhan Askar Melayu, Galeri Pra Kemerdekaan dan banyak lagi.

Sekiranya anda berkunjung ke sini pastinya anda dapat menambah pengetahuan tentang sejarah negara kita selain itu dapat menambah rasa patriotisma dalam diri dan generasi muda seperti kanak-kanak.

Muzium ini dibuka pada hari rabu hingga ahad dan tiada caj masuk dikenakan.

Waktu operasi di Muzium Tentera Darat Port Dickson ini bermula dari 10 pagi hingga 5 petang.

AlamatFb/ Website
Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri SembilanMuzium Tentera Darat

7. PD Ostrich & Pets show Farm

Pengunjung yang datang ke Port Dickson wajib singgah ke ladang PD Ostrich yang terletak berdekatan Pantai Purnama.

PD Ostrich Farm
PD Ostrich & Pets Show Farm

Resort berkeluasan 20 ekar ini mempunyai zoo mini, permainan ATV, Paintball, kereta kuda, movie 5D dan macam- macam lagi.

Selain itu, patung- patung dinasour turut dibina di sekitar ladang ini pastinya anak-anak anda akan berasa seronok melihatkan patung dinasour yang comel itu.

Pengunjung juga boleh memberi makan kepada haiwan- haiwan, membelai mereka dan macam-macam lagi.

Satu lagi keunikan di sini semestinya produk burung unta iaitu telurnya.

Haa..sesiapa yang ingin mencuba telur burung unta bolehlah mendapatkan ia di sini dan antara pencuci mulut yang berasaskan telur unta adalah egg tart yang dijual di sini.

Ladang ini dibuka setiap hari 9.30 pagi hingga 6 petang pada hari isnin hingga khamis.

Pada hari jumaat hingga ahad, waktu operasi mempunyai 2 sesi iaitu pagi bermula 9.30 pagi hingga 6 petang, kemudian pada 6.30 petang hingga 11 malam.

AlamatFb/ Website
Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan PD Ostrich & Pets Show Farm

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu pembaca merancang percutian yang menyeronokan bersama keluarga di Port Dickson.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment