Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Pulau Pangkor ini adalah sebuah pulau semula jadi di Perak Darul Ridzuan. Haa mesti anda tak sabar nak tahu tentang tempat menarik di Pulau Pangkor kan?

Ehh.. sebelum tu jom kita kenal dulu serba sedikit Pulau Pangkor ni dari sudut sejarahnya. Let’s gooo..!

Jom Kenal Pulau Pangkor!

Buat kawan- kawan yang masih keliru akan kedudukan Pulau Pangkor ini, sebenarnya pulau ini terletak di dalam daerah Manjung.

Pulau Pangkor hanya berkeluasan 2200 hektar. Oleh itu, para pengunjung mampu mengelilingi pulau dan singgah ke tempat menarik di Pulau Pangkor dengan pelbagai cara darat seperti berjalan kaki, berbasikal dan juga menggunakan jalan air seperti bot.

Pulau Pangkor mempunyai kadar penduduk tetap lebih kurang 25000 tetapi jumlah kedatangan pengunjung mampu hampir 1 juta pada tahun 2019.

Apa yang menarik kedatangan pengunjung ke pulau ini adalah kecantikan pantainya, kestabilan cuaca hampir sepanjang tahun dan kekayaan sejarahnya.

Sejarah Pulau Pangkor

Pulau Pangkor pernah menjadi saksi era kolonial Belanda pada tahun 1670.

Seawal abad 16, Pulau Pangkor telah menjadi terkenal seantero dunia kerana aktiviti galian bijih timah di Perak menjadikan negeri itu antara pengeluar timah terbesar ketika itu.

Pulau Pangkor kemudian dijadikan spot penyimpanan bijih timah oleh Belanda dan sehingga kini, bukti jajahan Belanda masih kukuh berdiri dikenali sebagai Kota Belanda.

Kedudukan Pulau Pangkor yang berada di Selat Melaka menjadikan ia strategik untuk aktiviti perdagangan antarabangsa serta lanun juga mengambil kesempatan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai tempat persembunyian mereka.

Kini, Pulau Pangkor menjadi pusat tourism dan perikanan yang penting sebagai punca pendapatan kebanyakan penduduk tetap di situ.

Cara Akses ke Pulau Pangkor

Lumut adalah mukim dalam daerah Manjung dan perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur hanya memakan lebih kurang masa 3 jam manakala dari Ipoh adalah 40 minit sahaja.

Haa.. oleh kerana itulah, antara cara kita nak akses ke Pulau Pangkor adalah melalui Jeti Lumut atau Jeti Marina Island menggunakan feri.

Tambang feri yang dikenakan untuk dewasa adalah Rm14 manakalan kanak-kanak hanyalah Rm 5 untuk perjalanan pergi dan balik.

Sekiranya anda mabuk laut sila ambil ubat dahulu kerana perjalanan meredah ombak agak mencabar terutamanya ketika cuaca hujan.

Tempoh masa adalah 40 minit menggunakan feri dari jeti lumut.

Kalau anda nak cepat, boleh menggunakan feri dari Marina Island yang hanya mengambil masa 10 minit tetapi harga tiket untuk kedua-dua jeti adalah sama.

Kebanyakan pelancong memilih untuk memandu atau menggunakan kenderaan seperti bas awam untuk ke Pulau Pangkor.

Buat anda yang memandu kenderaan persedirian jangan khuatir kerana terdapat medan letak kereta setinggi 4 tingkat dan mampu memuatkan hampir 900 buah kenderaan.

Medan letak kereta ini mempunyai sistem keselamatan seperti kawalan keluar masuk kenderaan, sistem cctv dan bumbung untuk menjaga kenderaan kesayangan anda dari panas terik dan badai hujan.

Haa.. lega bukann? kuranglah sedikit kerisauan tentang keselamatan kenderaan kita dan dapatlah kita bersuka ria di Pulau Pangkor nanti dengan tenang.

Jeti Lumut merupakan sebuah jeti yang moden dan mempunyai banyak kedai makanan dan juga kedai jualan produk laut serta kedai cenderamata.

Sementara menunggu feri, anda boleh mengisi perut dahulu ataupun membeli pakaian atau aksesori pantai baharu untuk digayakan bersama.

Antara pakaian yang dijual adalah pareo, topi pantai, seluar pantai, baju kelawar dan berbagai lagi. Anda pasti akan rambang mata melihat pelbagai kemudahan di Jeti Lumut.

Sekiranya anda mempunyai masa yang terhad bersama duit yang tidak terhad, anda boleh menikmati perjalanan selesa dengan menggunakan jalan udara.

Pulau Pangkor mempunyai lapangan terbangnya sendiri tetapi anda harus menempah penerbangan anda sendiri kerana tiada route penerbangan harian secara tetap.

Tempat- tempat menarik di Pulau Pangkor?

1. Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Teluk Nipah Pulau Pangkor

Mendengarkan daripada nama tempat ini kita mampu mengeluarkan teori bagaimana pantai ini dinamakan.

Yaa.. betul tekaan kawan-kawan!

Kawasan pantai ini asalnya berteluk dan dikelilingi banyak pohon nipah.

Teluk Nipah kini menjadi pusat tumpuan sukan air seperti banana boat, jetski dan pelbagai lagi aktiviti santai seperti snorkeling, memancing.

Di tepi pantai, anda akan menemukan gerai kecil yang menjual tiket sukan air dan anda boleh memilih pakej aktiviti yang anda mahu berdasarkan kemampuan, tempoh menginap dan minat anda.

Banyak penginapan bajet murah di kawasan Teluk Nipah dan tidak jauh dari kawasan rekreasi pantai.

Sekiranya anda bernasib baik ketika mengambil angin malam di pesisir pantai Teluk Nipah, anda akan dapat melihat sebahagian pasir pantai yang kelihatan bercahaya biru.

Jangan bimbang, itu hanyalah mikroorganism yang melekat di butiran pasir.

Apabila anda memijak atau cuba memicitnya, warna biru itu seakan pecah disebabkan sel mikroorganisma tersebut yang meletup akibat tekanan.

Menarik bukan? kongsikan saat menakjubkan ini bersama keluarga dan rakan tersayang!

Peringatan kecil untuk pengunjung untuk menjaga barangan peribadi yang di luar atau diampaian kerana ada komuniti kera di sebahagian kawasan chalet.

Antara chalet murah di Teluk Nipah adalah Nipah Bay Villa dan Villa ini menyediakan wifi percuma serta mempunyai kolam renang yang pastinya anak anda sukai.

Nipah Bay Village
AlamatFb/ Website
Lot 4442 & 4434, Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, PerakNipah Bay Villa Page

Warung makan dan restauran juga tidak lekang dari pandangan dan anda boleh makan sebelum atas selepas melakukan aktiviti air.

2. Coral Bay, Pulau Pangkor

Pengunjung yang datang bercuti ke Pulau Pangkor pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil boat trip ke Coral Bay kerana ia tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor selain ia berdekatan dengan Teluk Nipah.

Mungkin setelah puas bermain sukan air, pengunjung menginginkan pengalaman yang santai seperti boat riding sekitar pulau.

Sepanjang atas bot, pengunjung dapat melihat gugusan batu yang membentuk pulau mini mirip karakter binatang antaranya seperti Turtle Rock dan Crocodile Rick yang terkenal.

Jika pengunjung ingin bertukar angin, bolehlah cuba menetap di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor tetapi pantai yang terdekat adalah Pantai Bogak, 200 meter dari resort.

Resort ini mempunyai range harga bilik yang sesuai dengan bajet anda serendah Rm150 untuk satu malam.

Pelbagai kemudahan turut disediakan di Coral Bay Resort seperti kolam renang yang dibahagikan sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, keistimewaan kolam renang ini yang mempunyai gelungsur pasti akan membuatkan anak-anak anda tidak petah duduk.

Antara kemudahan yang tersedia adalah gym, sauna, dan tidak lupa juga untuk kanak-kanak, indoor kids section dimana anak-anak boleh menikmatinya pada waktu malam.

Coral Bay Resort
AlamatFb/ Website
Lot 34, Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak, Malaysia.Coral Bay Resort, Pangkor

3. Kota Belanda, Pulau Pangkor

Masih ingat sejarah Kota Belanda yang dikongsikan di awal artikel? Yaa.. sudah semestinya tapak bersejarah ini wajib anda kunjungi untuk mengenangkan sejarah negara kita yang berjaya merdeka.

Kota Belanda

Tinggalan bangunan ini berusia lebih ratusan tahun dan dibina pada abad 1670 oleh Belanda.

Kota Belanda ini bukan sahaja dijadikan gudang penyimpanan bijih timah tetapi turut dikenali sebagai Dutch Fort ataupun Kubu Belanda.

Belanda mendapatkan tentangan dari penduduk lokal dan juga ancaman lanun secara berterusan hingga memerlukan sebuah kubu pertahanan.

Antara pahlawan melayu yang berjasa menuntut keadilan pada waktu itu ialah Panglima Kulub.

Kini, tugu Belanda ini dipelihara serta dibaik pulih oleh Muzium Negara agar monumen bersejarah ini masih berdiri untuk iktibar generasi akan datang.

AlamatFb/ Website
Kota Belanda Teluk Gedung, 32300 Pulau Pangkor, Perak.malaysia.travel

Baca : Tempat Menarik di Janda Baik.

2 thoughts on “Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan”

Leave a Comment