Tempat Menarik di Pulau Pinang

Penang atau Pulau Pinang yang terletak di utara Malaysia adalah pusat pelancongan yang menawarkan tempat menarik dan sangat terkenal dengan makanan serta laut pantai pasir putihnya.

Sekiranya anda adalah penggemar sukan air, kaki makan, kaki mendaki bukit, atau sekadar datang melepaskan lelah dan reset minda anda.

Yess.. Pulau Pinang adalah destinasi anda!

Jarak Pulau Pinang dari ibu kota Kuala Lumpur adalah 354km melalui jalan darat.

Kalau anda ingin perjalanan yang lebih cepat bolehlah menaiki kapal terbang kerana Pulau Pinang mempunyai lapangan terbangnya sendiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Mai kenai Pulau Pinang!

Pulau Pinang diberikan nama sempena pokok pinang yang tumbuh di sekitar pulau suatu ketika dahulu oleh British lebih kurang tahun 1786.

Haa.. sebelum itu Pulau Pinang dikenali sebagai Pulau Ka Satu.

Pulau Ka Satu ini diberi nama oleh seorang pemuda yang bernama Ragam dan dijumpai ketika dia dalam perjalanan berdagang dari Lingga ke Kedah.

Pulau Ka Satu bermaksud satu pulau.

Pulau Pinang ini terdiri daripada bahagian pulau dan Seberang Perai naaa kawan-kawan.

Ramai yang keliru dengan Seberang Perai ataupun mainland.

Pusat bandar Georgetown dan Seberang Perai dihubungkan menggunakan dua jambatan iaitu jambatan Pulau Pinang pertama dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Jambatan-Pulau-Pinang.jpg

Jambatan Pulau Pinang, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah adalah antara jambatan atas laut yang terpanjang di Asia Tenggara dan merupakan jambatan terpanjang di Malaysia.

Jambatan ke dua yang sepanjang 24km ini menghubungkan Seberang Perai iaitu Bandar Cassia ke Batu Maung, yang terletak dalam pulau.

Jambatan Pulau Pinang pertama, panjangnya adalah 13.5km dan ia menghubungkan Gelugor ke Seberang Perai.

Jambatan Pulau Pinang adalah mercu tanda menjadi kemegahan orang Pulau Pinang dan juga monumen bersejarah kerana ia adalah satunya jalan darat yang menghubungkan Seberang Perai dengan pulau buat pertama kalinya ia ditubuhkan pada 1985.

Sebelum Jambatan Pulau Pinang berjaya dibina, penduduk Pulau Pinang dan pengunjung terpaksa menggunakan jalan laut.

Haa.. macam mana depa guna jalan laut?

Dak aihh..depa tak berenang! Perkhidmatan feri laut disediakan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterrworth, Seberang Perai ke pangkalan feri Raja Tun Uda di dalam pulau.

Lagi satu, kalau hampa nak tau Georgetown dulu dikenali sebagai tanjong.

Pada zaman penjajahan British dahulu, kebanyakan nama pertama tempat dimulakan dengan Tanjong.

Sekiranya hampa tersalah jalan atau ingin bertanyakan arah, jangan terkejut pulak sekiranya ada mamu atau mami yang cakap “hampa nak pi Tanjong ka?’ maksudnya nak ke Georgetown ka.

Pulau Pinang ni berkeluasan 1048  km2 sahaja menjadikan Pulau Pinang negeri kedua terkecil selepas Perlis.

Disebabkan fakta sumber tanah yang terhad di Pulau Pinang, banyak pemaju yang mencuba membangunkan residen baru sumber reklamasi laut.

Hal ini membuatkan laut di Pulau Pinang tidak lagi sebiru dan sebersih dulu.

Antara bukti pencemaran laut dan aktiviti reklamasi yang galak, banyak beting pasir yang terbentuk seperti yang anda dapat lihat ketika anda merentasi jambatan Pulau Pinang yang pertama.

Sejarah Pulau Pinang

Pulau Pinang salah satu negeri dalam Malaysia yang tidak mempunyai sultan.

Mesti anak-anak anda ingin tahu?

Sebenarnya Pulau Pinang mempunyai lembaran sejarah yang panjang, penuh kontroversi dan diselit dengan tragedi ye kawan-kawan.

Disebabkan kedudukan Pulau Pinang yang menjadi laluan kapal dagangan, pada tahun 1593 James Lancaster yang mengemudi kapal The Edward Bonaventure terlihat sebuah pulau yang kononnya kosong tidak berpenghuni.

Padahal sejarah menunjukkan Pulau pinang telah lama didiami dari zaman prehistorik lagi.

Antara relik historik yang berusia lebih kurang 5000 tahun ialah batu beliung.

Selain itu, tanah perkuburan lama turut ditemui di Pulau Pinang.

Secara ringkas, Pulau Pinang tidak mempunyai sultan walaupun dahulu Pulau Pinang adalah dibawah kesultanan negeri Kedah.

Setelah kedatangan rombongan British dengan diketuai Francis Light pada abad 1786, Francis Light menamakan Pulau Pinang dengan nama Prince of Wales Island sempena nama pewaris takhta kerajaan Britain manakala Georgetown bersepena nama King George III.

Akhirnya Kedah terpaksa menyerahkan Pulau Pinang untuk ditadbir di bawah British dengan menandatangani perjanjian bermula dengan Francis Light.

Sultan Abdullah Mukarram Shah cuba merampas kembali Pulau Pinang dari cengkaman British tetapi pihak British menggunakan Perjanjian Perdamaian untuk menekan kesultanan Kedah pada tahun 1791.

Pada mulanya Francis Light mengasaskan Georgetown sebagai pelabuhan untuk bersaing dengan Belanda menarik kedatangan pedagang ke Pulau Pinang.

Pada waktu yang sama, Pulau Pinang dijadikan pusat pengeluaran rempah-rempah sekali gus menarik kedatangan pedagang-pedagang kerana rempah dikira sebagai sumber alam yang sangat berharga pada waktu itu.

Seberang Perai yang dikenali sebagai Province of Wellesley kemudian diambil melalui perjanjian baharu bersama Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II pada tahun 18000.

Lalu bermulalah sejarah perdagangan maritim yang terbesar di Pulau Pinang.

Sejarah sudah, jom tengok tempat menarik di Pulau Pinang.

Tempat Menarik di Pulau Pinang?

1. Georgetown, Pulau Pinang

Georgetown adalah bandar utama Pulau Pinang dan merupakan pusat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Georgetown adalah tapak warisan dunia diwartakan di bawah Unesco dek kerana banyak tinggalan bangunan bersejarah seperti Fort Cornwallis.

Fort-Cornwallis.jpg

Fort cornwallis dinamakan bersempena nama General Earl Cornwallis.

Syarikat Hindia Timur Inggeris telah membina Fort Cornwallis untuk berfungsi sebagai kubu pertahanan pada akhir abad 18.

Tapak Fort Cornwallis adalah tempat pertama Francis Light menjejakkan kakinya dan kubu ini adalah kubu terbesar yang masih bertahan di Malaysia.

Fort Cornwallis sepanjang hayatnya masih belum pernah digunakan untuk peperangan.

Kini anda boleh melawat tugu bersejarah ini dengan harga yang berpatutan Rm 10 untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah Rm5 sahaja.

AlamatFb/Website
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau PinangFort Cornwallis

Kalau anda sudah melawat Fort Cornwallis apa kata anda singgah ke Esplanade Pulau Pinang yang betul-betul bersebelahan dengan Fort Conrwallis.

Esplanade adalah kawasan yang meliputi padang besar, bangunan city hall hingga ke medan makan Esplanade.

Esplanade-Pulau-Pinang.jpg

Padang besar Esplanade adalah tempat paling sesuai untuk beriadah pada pagi, petang atau malam.

Terdapat banyak kedai menjual makanan seperti goreng-gorengan dan minuman di sepanjang jalan.

Kebiasaannya akan ada penjual menjual layang-layang, belon, barang permainan kanak-kanak jadi anak anda akan bebas bersukaria di padang hijau nan luas.

Pastinya ia akan menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga.

Medan selera Esplanade adalah tempat yang wajib ada kunjungi.

Haa.. cakap sahaja anda nak makan apa? pasembor, kerang bakar, yong taufu, laksa, nasi ayam?semua ada!

Tapi anda perlu datang pada waktu siang kerana ia ditutup pada waktu malam.

Sekiranya anda ingin melepak di Esplanade pada waktu malam, anda jangan risau tentang makanan kerana banyak gerai makanan di tepi jalan di bangunan City Hall.

Selain itu, anda juga boleh menikmati pemandangan dan bayu laut dengan menaiki beca.

AlamatFb/ Website
Esplanade Road, Jalan Padang Kota Lama, Georgetown, 10200 George Town, Penang, Malaysiapenang.gov.my

Museum Penang 3D Trick Art terletak berdekatan dengan terminal bas Rapid di Lebuh Penang yang dahulunya juga terminal feri lama pasti akan membuatkan anda puas hati dengan koleksi seni penuh dengan penceritaan dan sejarah.

Trick Art 3D Museum, Pulau Pinang

Lebuh Penang adalah tersenarai sebagai tapak warisan dunia Unesco dan pastinya anda akan melihat karakter bangunan adalah binaan konsep kolonial British.

Museum ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang dan sangat menjaga SOP Covid 19.

Pengunjung perlulah cukup dos kedua, status contact low risk, dan kumpulan besar seperti tour guide tidak dibenarkan demi menjada jarak optimum patuh SOP.

AlamatFb/Website
10, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau PinangPenang 3D Trick Art Museum

2. Batu Feringgi, Pulau Pinang

Batu Feringgi adalah kawasan berpantai dan berbukit, jarak dari bandar Georgetown adalah 11km.

Batu Feringgi Pulau Pinang

Pulau Pinang digilai oleh para pengunjung dek pantainya yang cantik, pantai putihnya dan suasana tenang.

Selain itu, pelbagai aktiviti seperti sukan air; jetski, banana boat, dan parasailing turut ditawarkan.

Sepanjang 4km pantai, terdapat banyak penginapan dari hotel 5 bintang hingga ke motel murah.

Hotel Hard Rock adalah resort mewah yang terkenal dan sentiasa dipenuhi kunjungan setiap cuti sekolah.

Hard Rock Hotel Penang

Hotel Hard Rock dikenali dengan acara live muziknya dan juga kolam renang yang menghubungkan bilik-bilik tertentu.

Kiranya bangun pagi, buka sliding door terus terjun ke dalam kolam renang. Haaa… best kan? Tapi bilik-bilik tersebut berharga lebih mahal.

Selain itu, kolam renangnya mempunyai kemudahan seperti taman mainan untuk kanak-kanak seperti gelungsur air dan dibuka dari pukul 7 pagi hingga ke 9 malam.

Mesti ligat anak-anak anda berenang kan?

AlamatFb/ Website
Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau PinangHard Rock Penang Hotel

Di awal artikel ada disebutkan tentang sejarah Pulau Pinang yang berkait dengan rempah ratus kan?

Taman Rempah Tropika adalah tempat yang boleh dikunjungi dan adalah rumah kepada lebih 500 species flora dan fauna.

Tropical-Spice-Garden.jpg

Kelas memasak berbayar juga disediakan untuk pengunjung yang ingin belajar memasak menggunakan rempah ratus.

Taman Rempah Tropika dibuka dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang.

AlamatFb/ Website
Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau PinangTropical Spice Garden

3. Air Itam, Pulau Pinang

Tempat menarik di Air Itam, Pulau Pinang ada banyak tetapi yang paling terkenal semestinya Kek Lok Si Temple.

Kek Lok Si Temple, Pulau Pinang

Kek Lok Si Temple adalah tokong Budhist terbesar di Malaysia dan tersenarai anatara tokong budhist yang terbesar di Asia Tenggara

Kek Lok Si Temple dibina pada tahun 1891.

Anda akan dapat melihat banyak patung dan ukiran berharga selain anda dapat merasai pengalaman mendaki 1000 tangga untuk sampai ke kuil.

Anda juga menikmati keindahan anak sungai Air Itam di kaki bukit berdekatan Kek Lok Si Temple.

Sungai Air Itam Kek Lok Si

Anda boleh menaiki bas Rapid untuk ke Kek Lok Si Temple dengan harga Rm8 sahaja.

Berdekatan kawasan Kek Lok Si temple anda boleh membeli cenderamata berupa makanan, keychain, baju dan pelbagai saguhati tanda mengingati momen anda di Pulau Pinang.

Sekiranya anda memandu sendiri jangan risau tentang parkir kereta kerana terdapat banyak parkir kereta disediakan.

Jarak dari Teluk Bahang hanya mengambil 48 minit sekiranya tiada kesesakan jalan raya yang teruk.

AlamatFb/ Website
Kek Lok Si Temple ,11500 Ayer Itam, Penangkekloksitemple.com

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Leave a Comment