Tempat Menarik Di Pulau Tioman

Pulau Tioman hanya berukuran sepanjang 20km sahaja namun masih banyak tempat menarik di Pulau Tioman yang menyebabkan kemasukan ramai pelancong.

Pulau Tioman pernah dinobatkan sebagai salah satu pulau tercantik di dunia pada tahun 1970 an oleh Majalah TIME.

Pulau Tioman merupakan sebuah mukim di daerah Rompin, Pahang namun kedudukan Pulau Tioman adalah berdekatan dengan Mersing, Johor.

Asal Usul Pulau Tioman?

Legenda tentang Pulau Tioman dikaitkan dengan Puteri Naga yang ketika perjalanan pulang dari menemui kekasihnya di Singapura, Puteri Naga berhenti berehat di Laut Cina Selatan.

Oleh kerana terlalu terpesona dengan kecantikan laut yang biru itu, Puteri Naga itu mengambil keputusan untuk tinggal di laut Cina Selatan dengan mengambil bentuk sebuah pulau dan berikrar untuk menjaga keselamatan pengembara.

Satu lagenda lagi mengatakan bahawa bentuk pulau itu menyerupai Naga Sri Gumom yang mahu pergi melawat adiknya Gunung Lingga tetapi dilarang oleh Sri Rama dan Sri Gumom disumpah menjadi batu lalu tenggelam ke laut dalam dan kekal di situ.

Cara ke Pulau Tioman?

Pengunjung dari Johor boleh masuk melalui Jeti Mersing manakala pengunjung dari Pahang boleh akses melalui Jeti Tanjung Gemok.

Tiket feri juga boleh dibeli melalui website bluewater.my dan cataferry.com untuk pengunjung yang gemar merancang perjalanan lebih awal.

Pulau Tioman juga mempunyai lapangan terbangnya sendiri dan penerbangan masuk adalah melalui lapangan Terbang Subang.

Tempat Menarik Di Pulau Tioman?

1. Gunung Nenek Semukut

Pintu masuk Gunung Nenek Semukut terletak 15 minit dari jeti Kampung Mukut.

Gunug Nenek Semukut Tempat Menarik di Pulau Tioman

Gunung Nenek Semukut ini mempunyai dua puncak iaitu Puncak Nenek Semukut dan Gunung Simau.

Bentuk kedua puncak gunung berkembar ini menyerupai tanduk naga dan dikaitkan dengan legenda pasangan naga yang berasal dari Tasik Chini.

Naga jantan berjalan di hadapan naga betina sehingga tidak sedar naga betina itu tersangkut di busut pasir sehinggalah naga jantan sampai ke Daik.

Walaubagaimanapun, ada juga yang mendakwa, bentuk gunung ini menyerupai wajah seorang lelaki jika dilihat dari sudut sisi.

Gunung Nenek Semukut yang mumpunyai puncak ketinggian 703 meter dari paras laut ini adalah syurga untuk penggemar sukan memanjat yang ekstrim.

Trail pendakian ke Gunung Nenek Semungkut adalah sepanjang 5 km dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke check point 9.5.

Haa.. kenapa checkpoint 9.5 saja? alang-alang kenapa tak terus memanjat sampai ke puncak kan?

Sebenarnya pendakian ke puncak iaitu checkpoint ke 10 memakan masa 5 hari, itupun dilakukan oleh pendaki handalan.

Buat pendaki yang hendak ke puncak batuan granit ini jangan risau, tali keselamatan telah disediakan dan pendaki hanya perlu ikut laluan trail sahaja untuk keselamatan.

Menariknya, pendakian ke puncak bermaksud anda perlu tidur di kawasan itu juga tapi dengan cara bergantung!

Haa..dashat kan semangat pendaki-pendaki ekstrim yang ingin menawan puncak Gunung Nenek Semukut ini.

AlamatFb/Website
Kampung Mukut, , 86800 Pulau Tioman, Pahangpahangtourism.org.my

2. Air Terjun Asah

Air Terjun Asah terletak di Kampung Mukut dan boleh diakses melalui trail Asah Jom Trekking.

Air Terjun Asah Tempat menarik Pulau Tioman

Kalau anda hendak tahun, Asah Jom Trekking adalah satu daripada 8 trail untuk ke Gunung Nenek Semukut.

Kalau anda dari kampung Mukut untuk ke air terjun terbesar di Pulau Tioman ini mengambil masa 40 minit manakala dari Kampung Asah mengambil masa hanya 20 minit.

AlamatFb/Website
Pulau Tioman, Pahangpahangtourism.org.my

3. Taman Laut Tioman

Taman Laut Tioman terletak di Kampung Tekek iaitu pusat pentadbiran Pulau Tioman.

Taman Laut Pulau Tioman

Taman Laut Tioman menawarkan fasiliti muzium dan aktiviti air seperti snorkeling.

Oleh kerana kepelbagaian batu karang yang hidup di perairan ini, terdapat pelbagai spesis ikan yang berwarna-warni yang pastinya akan memukau para pengunjung.

Pusat Informasi turut disediakan untuk pengunjung yang ingin tahu lebih mendalam tentang Taman Laut Pulau Tioman dan melihat replika hidupan laut serta fakta menarik tentang mereka.

Masuk adalah percuma dan Taman laut Pulau Tioman dibuka seawal 9.30 pagi hingga 6 petang.

AlamatFb/Website
Marine Park, Pulau Tioman, Pahang.tioman.org

4. Juara Turtle Project

Tempat menarik di Pulau Tioman adalah Juara Turtle Project yang terletak di Kampung Juara.

Juara Turtle Project Pulau Tioman

Juara Turtle Project adalah badan NGO yang diasaskan lebih 10 tahun untuk memelihara dan memulihara penyu di Pulau Tioman.

Sebenarnya pada tahun 2001, Pusat Perikanan Malaysia memulakan projek konservasi untuk memelihara habitat dan kawasan penyu bertelur menggunakan nama Juara Turtle Project.

Tempoh projek ini dirancang hanya selama 5 tahun sahaja sehingga 2006 namun diambil alih oleh John Amos pemilik Juara Beach Resort dan kemudian disokong oleh syarikat persendirian yang lain.

Pada 2008, Kerabat Diraja Pahang menyertai Juara Turtle Project dalam pemeliharaan penyu yang diberikan nama TAT bersempena nama Tengku Arif Temenggung namun kemudian berpisah dengan Juara Turtle Project dan kini menjadi pusat penetasan penyu persendirian.

Juara Turtle Project memberikan ceramah mengenai kepentingan konservasi alam setiap hari bermula 10 pagi hingga 5 petang dengan harga Rm 10 sebagai tanda derma untuk menyokokng organisasi ini.

Selain itu, anda juga boleh menyertai misi sukararela yang disediakan di sini.

AlamatFb/Website
26800 Kampung Juara,
Pulau Tioman,
Pahang, Malaysia
juaraturtleproject.com

5. Swiss Cottage Tioman

Resort Swiss Cottage Tioman yang terletak di Kampung Tekek ini adalah resort yang pertama menawarkan free diving di Pulau Tioman.

Resort ini berkonsepkan bali dan suasana santai seperti di taman hutan.

Swiss Cottage Tioman Chalet

Antara fasiliti yang disediakan di Swiss Cottage Tioman ini adalah restoran, dive centre, snorkeling, freediving, reading lounge, water taxi trips, paddle boarding, jungle trekking dan juga wifi percuma.

Restoran menydeiakan pelbagai jenis hidangan dari hidangan melayu, ke hidangan western dan yang paling best hidangan vegetarian turut didapati di sini.

Ada 3 jenis bilik untuk dipilih pertama adalah standard Terrace, kedua ialah Family Terrace dan yang ketiga adalah Beach Bungalow.

Setiap bilik mempunyai balkoni, pendingin hawa dan juga shower air panas.

Pendek kata anda pasti akan menikmati percutian sepenuhnya di sini.

AlamatFb/Wewbsite
Kampung Tekek, Pulau Tioman, PahangSwiss Cottage Tioman

6. Pulau Renggis

Pulau Renggis terletak di Kampung Tekek adalah sebuah kecil yang sentiasa menjadi tumpuan ramai pendek kata mesti ada dalam pakej round pulau.

Pulau Renggis di Pulau Tioman

Antara tarikan utama di Pulau Renggis adalah snorkeling di mana anda boleh melihat pelbagai spesis ikan seperti ikan nemo, penyu dan jika anda bertuah anda dapat melihat anak ikan Jerung BlackTip yang tidak berbahaya.

Jikalau anda melihat anak ikan Jerung Black Tip anda tidak perlu takut dan tips untuk aktiviti air, anda mesti selalu tenang untuk mengelakkan kecederaan terutamanya di kawasan terumbu karang.

AlamatFb/Website
Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahangtioman.org

7. Kedai Bebas Cukai

Pulau Tioman diisytiharkan zon bebas cukai pada tahun 2002.

Kedai bebas cukai yang terbesar di Pulau Tioman adalah Vision Commerce Sdn Bhd yang terletak di Kampung Tekek.

Kedai bebas Cukai

Antara barangan yang dijual di kedai bebas cukai ini adalah cenderamata seperti tshirt Pulau Tioman, pakaian batik, makanan seperti coklat dan macam-macam lagi.

AlamatFb/Website
Lot 90 Kampung Tekek, Pulau Tioman.mersingharbourcentre.com

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Leave a Comment