Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Selangor Darul Ehsan mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati terutamanya buat kita yang inginkan percutian yang singkat tapi pelbagai pilihan.

Selangor terletak di barat Banjaran Titiwangsa, mempunyai sembilan daerah utama iaitu Sabak Bernam, Sepang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Hulu Langat, dan Kuala Langat.

Perak, Pahang dan Negeri Sembilan adalah tiga negeri yang bersempadan dengan Selangor.

Manakala ibu kota negara, Kuala lumpur dan pusat pentadbiran utama, Putrajaya dikelilingi oleh Selangor Darul Ehsan.

Jarak dari kota Kuala Lumpur hanyalah 29km sekiranya anda memandu.

Perjalanan dari Perak ke Selangor adalah 204.4 km, jarak dari Pahang pula adalah 275.5 km manakala Negeri Sembilan melalui Lebuhraya Utara-Selatan hanya 80.4 km.

Kedudukan Selangor yang strategik memudahkan perjalanan dengan memilih melakukan pemanduan sendiri, menggunakan kenderaan awam seperti kereta api atau bas.

Asal usul Selangor?

Selangor? Se..langau? Salang..Ur?Salang..jemur?

Haaaa.. mesti anda nak tahu kan?

Ada pelbagai versi bagaimana Selangor mendapat namanya antaranya ialah daripada ilham seorang pahlawan melayu yang melarikan diri dari Melaka yang padaka ketika itu diserang Portugis.

Setelah penat berjalan, dia berehat dibawah sebuah pokok, dia kemudian diganggu oleh serangga seperti lalat bernama langau.

Tidak dapat dihalau oleh pahlawan itu kerana langau itu tetap mendekatinya lalu apabila dia telah menetap di suatu kawasan baru, dia memberikan nama selangau bermaksud satu langau.

Satu lagi teori adalah berdasarkan Salang dan Ur.

Ur bermaksud kampung di dalam bahasa tamil, apabila digabungkan bersama Salang membawa maksud Salangur iaitu Kampung Salang.

Akhir sekali, teori bahawa kawasan itu dahulunya digunakan sebagai tempat pelaksanaan hukuman kepada pembelot.

Pembelot akan ditikam dan kemudiannya dibiarkan atau dijemur di bawah terik matahari, Salang membawa maksud tikam dan dikaitkan dengan jemur hingga membentuk nama Selangor.

Menarik bukan teori asal usul Selangor?

Jom baca tentang sejarah Selangor pula?

Sejarah Selangor?

Selangor Darul Ehsan dikatakan telah didiami seawal zaman Hoabinhian ataupun mesolitik iaitu zaman perubahan paleotik kepada neolitik.

Hoabinhian diambil dari bahasa vietnam dan juga menjadi definisi untuk menggambarkan teknik primitif seperti penggunaan batu-batuan sungai sebagai alat kelangsungan hidup masyarakat pra sejarah.

Serpihan gangsa turut ditemui di kawasan Kuala Selangor yang merupakan lembangan sungai terbesar di Selangor menandakan Selangor pernah melalui zaman logam.

Hoabinhian turut dikaitkan dngan cara hidup secara berkumpulan di habitat dekat dengan sumber air seperti pesisiran sungai atau pantai.

Jelas bahawa kedudukan Selangor yang strategik, kaya dengan sumber alam semula jadi yang dipengaruhi aliran air dari lembangan sungai-sungai mempengaruhi penempatan awal manusia.

Pada awalnya Selangor berada di bawah pemerintahan kesultanan Johor tetapi pada akhirnya dengan pertolongan kesultanan Perak, Raja Lumu putera kepada bangsawan Daeng Chelak dari Bugis mendapat menubuhkan kesultanan Selangor.

Selangor juga mengalami zaman kolonial British yang ingin menguasai ekonomi dan sumber alam Selangor.

Selangor yang ketika itu giat dengan pengeluaran bijih timah dan merupakan pusat perdagangan utama pengekportan bijih timah kepada pedagang barat.

Selangor antara negeri yang banyak terlibat dalam gerakan mencapai kemerdekaan negara dan direkodkan di dalam lembaran sejarah.

Jom kita terus ke tempat menarik di Selangor Darul Ehsan.

Tempat Menarik di Selangor

1. FRIM, Selangor

FRIM Selangor

FRIM adalah Forest Research Institute Malaysia atau Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang terletak di Kepong, Selangor.

FRIM adalah hutan buatan manusia berkeluasan 545 hektar persegi yang tertua diasaskan pada tahun 1920 yang diiktiraf oleh UNESCO dan adalah tapak warisan nasional.

FRIM adalah tempat menarik di Selangor yang wajib anda lawati sekiranya anda adalah pencinta alam dan sukakan aktiviti luar kerana terdapat pelbagai tarikan di sini.

Antaranya ialah Air Terjun Sungai Kroh dimana anda boleh berkhemah, berkelah selain mempunyai kemudahan seperti cafetaria dan tandas awam.

Bayangkan keindahan alam semula jadi di situ sambil mendengar kicauan burung-burung yang hampir mencecah 182 species, pemandangan pokok-pokok yang pelbagai warna dan species.

Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang melihat pemandang kanopi pokok yang indah seakan kepingan puzzle yang melengkapi bentuk kanopi lainnya tapi tidak bersentuhan dengan nama lain canopy crown shyness.

Sebenarnya anda boleh mengajar anak-anak anda tentang sosial distancing dengan memberikan contoh kanopi pokok ini.

Dari segi ekologi, kanopi pokok yang kelihatan menjauhi satu sama lain disebabkan faktor survival demi mengelakkan jangkitan penyakit, dan mendapatkan sumber matahari untuk kelangsungan hidup.

Haa.. menarik bukan? kanak-kanak cenderung belajar melalui contoh dan teladan.

Jikalau anda tidak mahu bermalam di situ, anda boleh mencuba Forest Skywalk yang kini dibuka untuk para pengunjung.

Trek joging dan berbasikal turut disediakan untuk anda yang ingin beriadah jauh dari kesesakan kota raya.

Harga masuk ke FRIM adalah Rm1 untuk dewasa dan kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas yang berwarganegara Malaysia.

Sekiranya anda ingin melakukan aktiviti untuk pembelajaran dan membawa kanak-kanak sekolah yang beruniform, harga masuk adalah percuma begitu juga umtuk warga Malaysia yang mempunyai kad OKU.

Selain aktiviti rombongan sambil belajar, anda juga boleh melakukan aktiviti korporat di FRIM.

Terdapat rumah tradisional Melayu, atau tapak perkemahan Perah yang diberikan nama sempena pokok Perah.

Tapak perkemahan Perah dibuka untuk pakej pembelajaran, sosial dan juga korporat dengan harga yang berbeza dari rm 300 hingga ke Rm1000 satu hari.

Sekiranya anda datang seorang atau berkumpulan kecil, anda boleh menyewa chalet atau khemah dengan harga Rm50 dan Rm30 sahaja.

Tapak perkhemahan Perah boleh memuatkan 120 orang penghuni dan mempunyai kemudahan seperti dapur memasak, dewan serbaguna, A-hut chalet, tandas, dan bangku.

Jarak dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 16km, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan komuter dari Kl Sental ke Kepong Sentral kemudian menggunakan teksi ke FRIM yang mengambil masa 10 minit.

AlamatFb/ Website
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, MalaysiaFRIM

2. Bukit Malawati, Selangor

Bukit Malawati diberikan nama berdasarkan busut Malawati yang terdapat di kawasan itu.

Malawati dalam bahasa sanskrit; mala bermaksud kotor manakala wati bermaksud bersih flora dan fauna.

Bukit Malawati berada berdekatan dengan Benteng Tanjong Keramat dan amat sesuai dilawati sesudah anda ke benteng itu.

Bukit Malawati penuh dengan tinggalan bersejarah seperti makam diraja kesultanan Selangor.

Bukit Malawati

Tiga sultan terawal Selangor dimakamkan di sini iaitu Sultan Salahuddin, Sultan Ibrahim dan Sultan Muhammad.

Manakala di perkarangan makam terdapat meriam bersejarah yang dikenali sebagai meriam Penggawa.

Meriam Penggawa ini penuh dengan misteri khabarnya ia ditemui terapung di Sungai Buluh dan setiap kali pertabalan sultan Selangor ia dilaporkan meletup dengan sendirinya.

Meriam yang dibalut dengan kain kuning ini pasti akan membuatkan anda terpaku melihatnya.

Batu hampar ini dikatakan pernah menjadi tempat hukuman di mana pesalah dipancung kepalanya di atas batu ini.

Bercakap tentang hukuman, satu lagi kawasan hukuman yang mendengarkan namanya pun sudah memberikan kita rasa seram iaitu Perigi Beracun.

Perigin Beracun ini dikatakan dibina untuk menghukum pesalah atau pembelot dengan cara diletakkan dalam perigi ini yang diisikan dengan pelbagai jenis racun dan miang buluh.

Kemudiannya, pesalah akan dibiarkan terseksa sehingga menemui maut.

Seram bukan?

Haa.. Bukit Malawati dilaporkan penuh dengan 1001 misteri ya kawan-kawan.

Anda boleh datang ke sini untuk merasai pengalaman itu tetapi harus diingatkan buat anda yang fobia dengan monyet.

Sila berhati-hati kerana terdapat banyak monyet di sini, monyet adalah salah satu tarikan utama di Bukit Malawati.

Perkhidmatan tram disediakan buat anda yang hendak menuju ke Bukit Malawati sahaja dengan harga Rm3 untuk dewasa dan Rm2 untuk kanak-kanak.

Tetapi perkhidmatan tram, parkir kereta, hanya pada waktu cuti am dan hujung minggu sahaja.

AlamatFb/ Website
Pekan Lama Kuala Selangor, Selangorkualaselangor.selangor.gov.my

3. Gunung Nuang

Gunung Nuang antara tempat menarik di Hulu Langat Selangor yang anda wajib lawati terutama kaki hiking.

Gunung Nuang berketinggian 1493 meter dan pendakian ke puncak mengambil masa 4 ke 5 jam bergantung kepada kebolehan mendaki dan juga cuaca.

Gunung Nuang tempat menarik di Selangor

Gunung Nuang adalah sebahagian Banjaran Titiwangsa adalah gunung kedua tertinggi di Selangor dan berada di border Pahang.

Oleh itu, anda juga boleh akses ke Gunung Nuang melalui Janda Baik, Pahang.

Haa.. sesiapa yang tengah layan cerita korea bertajuk Jirisan tu dan rasa terinspirasi untuk memanjat gunung.

Anda perlu tahu bahawa ada peraturan yang perlu dipatuhi, sebelum mendaki wanda wajib mendaftar di stesen renjer dahulu ini bagi mengelakkan sesuatu yang buruk seperti kehilangan pendaki terjadi tanpa dapat dikesan.

Secara purata dalam tempoh satu bulan, lebih 1200 orang datang mendaki ke Gunung Nuang.

Gunung Nuang mempunyai fasiliti seperti tandas awam, penginapan chalet dan dorm dari serendah Rm20.

Gunung Nuang diselenggara dengan baik jadi anda tidak perlu risau selain trail pendakian yang ditanda menyebabkan anda boleh mendaki sendiri tanpa penunjuk arah.

Tetapi harus diingatkan, pendakian ke puncak Gunung Nuang tidak sesuai dilakukan sekiranya anda membawa anak-anak kecil kerana Gunung Nuang ini dikira sebagai gunung untuk pendakian ekstrim.

Pendakian juga tidak harus dilakukan ketika cuaca hujan kerana akan menjadi bahaya kerana jalan yang licin.

Sekiranya anda ingin beriadah secara santai, anda boleh memandu 4×4 ke tapak air terjun di Camp Lolo namun harus diingatkan pemanduan anda tidak akan menjadi selesa kerena jalan yang berlubang dan berbonggol.

Gunung Nuang juga berdekatan dengan Air Terjun Gabai, Hutan Lipur Sungai Congkak dan Air Terjun Lepoh hanya dengan pemanduan selama 10 minit sahaja.

Harga masuk ke Gunung Nuang untuk dewasa adalah Rm2.

AlamatFb/Website
Hutan Lipur Gunung Nuang, Kampung Pungsun, 43100 Hulu Langat, Selangor.forestry.gov.my

4. Pulau Carey, Selangor

Pulau Carey yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor ini dinamakan sempena nama pengusaha tanaman getah dari Britain, Edward Valentine John Carey yang mendapatkan kawasan ini daripada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah.

Pulau Carey tempat menarik di Selangor

Kawasan ini bukanlah sebuah pulau tetapi kedudukannya yang dipisahkan dari darat atau jalan utama oleh Sungai Langat menampakkan ia kelihatan seperti pulau lalu mendapat jolokan sebagai Pulau Carey.

Hatter’s Castle merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati di Pulau Carey, Selangor kerana ia diwartakan sebagai tapak warisan nasional oleh Badan Warisan Malaysia.

Bangunan ini terletak di tanah berkeluasan 2 ekar dan dibina pada tahun 1920 an.

Hatter’s Castle ini mempunyai dua tingkat dan struktur bangunan dipengaruhi oleh binaan berkonsep inggeris.

Bangunan ini kini digunakan sebagai rumah rehat Sime Darby Plantations Berhad.

Hal ini kerana sebahagian Pulau Carey telah dijadikan tapak penanaman kelapa sawit milik Sime Darby Plantations Berhad.

Sekiranya anda ingin melawat, masuk adalah percuma.

AlamatFb/ Website
Sime Darby West Estate, Heritage Island,
Pulau Carey, 42960
Kuala Langat, Selangor
visit.selangor.com

Antara sebab Pulau Carey termasuk dalam senarai menjadi tempat yang perlu dilawati di Selangor adalah tarikan Kampung Kebudayaan Mah Meri.

Mah Meri adalah komuniti orang asli yang telah menetap lebih ratusan tahun di Pulau Carey.

Mah Meri mempunyai budaya yang menarik dengan mengenakan topeng muka ukiran mereka sendiri terutama ketika upacara puja pantai, Hari Moyang dan pada hari perkahwinan.

Mah Meri juga mempunyai tarian tersendiri iaitu Tarian Jo Oh atau Tarian Hutan dan satu lagi tarian, Tarian Topeng.

Suku asli Mah Meri terkenal dengan kehebatan mereka mengukir topeng muka dengan penuh kesenian dan detail selain itu, teknik anyaman daun palm serta kraftangan Nyireh Batu daripada kayu merah.

Kraftangan Nyireh Batu suku kaum Mah Meri diiktiraf ketulenannya oleh UNESCO.

Sekiranya anda melawat kampung Kebudayaan Mah Meri anda boleh menyertai kelas kraftangan diajar oleh kaum Mah Meri sendiri.

Ia pastinya akan menjadi pengalaman unik dan kreatif untuk anda sepanjang hidup anda.

AlamatFb/ website
Mah Meri Cultural Village
Kampung Orang Asli Sungai Bumbun,
42960 Pulau Carey,
Kuala Langat, Selangor
visitselangor.com

Berikut adalah antara tempat-tempat menarik yang harus anda kunjungi di Selangor Darul Ehsan apabila anda berkesmpatan ke sini.

Baca : Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca : Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Leave a Comment