Shah Alam adalah ibu negeri Selangor Darul Ehsan dan adalah sebahagian dari Petaling serta mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Jom kita kenali sejarah Shah Alam secara ringkas?
Sejarah Shah Alam?
Dahulu Shah Alam dikenali sebagai Sungai Renggam dan adalah tapak terkenal untuk hasil kelapa sawit dan juga getah untuk berabad lamanya.
Pada tahun 1963, Shah Alam dibuka sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor untuk menggantikan kedudukan Kuala Lumpur yang ketika itu sudah menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.
Kalau anda hendak tahu, Shah Alam dinamakan bersempena dengan nama Sultan Alam Shah iaitu ayahanda kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan Sultan Selangor pada ketika itu.
Atas perkenan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah nama Shah Alam diberikan pada tahun 1963 dan pada tanggal 7 Disember 1978, Shah Alam telah dijadikan ibu negeri Selangor.
Haa.. jom kita terus ke tempat-tempat menarik di Shah Alam!
Tempat Menarik di Shah Alam, Selangor?
1. Taman Botani Negara Shah Alam
Taman botani ini mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati bersama keluarga atau bujang antara tarikan di sini adalah taman haiwan, taman hiasan, taman kaktus, taman padi, taman buah-buahan, rumah iklim sederhana 4 musim dan macam-macam lagi.

Taman haiwan di sini seperti petting zoo pastinya anak-anak anda akan merasa seronok di sini sambil bermesra dengan haiwan.
Antara haiwan-haiwan yang ada di sini adalah rusa, burung kakak tua, arnab dan landak.

Taman kaktus di sini direka seperti padang pasir dengan 3000 ribu tumbuhan, variasi tumbuhan yang ada di sini adalah 145 jenis dan 15 daripadanya adalah tumbuhan asli Malaysia.

Taman padi pasti akan membuatkan anda lepas rindu akan suasana kampung kerana persekitarannya membuatkan anda seakan berada di kampung yang menghijau dengan sawah padi selain itu, terdapat kemudahan seperti bangsal serbaguna dan gelanggang sepak takraw sesuai untuk aktiviti hari keluarga.

Taman iklim sederhana 4 musim adalah taman yang unik kerana setiap 3 bulan, cuacanya akan ditukar contoh seperti cuaca sejuk bersalji.

Haa..bayangkan mesti seronok sekiranya dapat merasa perubahan cuaca sekali-sekala tanpa perlu keluar negara tambah-tambah lagi waktu pandemik Covid 19.
Sebenarnya banyak lagi yang anda perlu cuba di Taman Botani Negara Shah Alam ini.
Pendek kata, kunjungan anda ke taman ini pastinya seperti one stop centre tambah-tambah dengan anak anda selain mempunyai kemudahan bas taman, surau, tempat parkir kenderaan dan pondok rehat yang semuanya percuma.
Taman ini dibuka setiap hari kecuali isnin bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
Harga tiket untuk dewasa adalah RM 3 manakala untuk kanak-kanak dan warga emas hanya RM 1 namun pelawat bawah 6 tahun, anak yatim dan pemegang kad OKU tiada caj masuk dikenakan.
Alamat | Fb/ Website |
40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor | Taman Botani Negara Shah Alam |
2. Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor
Taman Seni Islam ini terletak berdekatan dengan Taman Botani Negara Shah Alam, i-City Shah Alam, Perpustakaan Raja Tun Uda dan Laman Seni 7 hanya 10 ke 15 minit pemanduan sahaja.
Kalau lagi dekat dengan hanya 1 km jarak jalan kaki adalah Muzium Sultan Alam Shah, Taman Tasik Shah Alam dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Apa yang menarik di Taman Seni Islam ini?

Katanya ada lembaran al quran yang bernilai lebih RM 20 juta di sini selain itu, pengunjung dapat melihat 9 jenis galeri, pusat kanak-kanak dan bilik-bilik aktiviti.
Pengunjung juga dapat melihat artisan membuat kaligrafi dan proses membaikpulih, menyalin dan menghasilkan al quran,
Taman Seni Islam dibuka setiap hari kecuali isnin dan tiada caj masuk dikenakan.
Alamat | Fb/Website |
2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor | Yayasan Restu |
3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid ini adalah yang terbesar di Malaysia dan merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara.

Masjid ini dikenali dengan nama masjid biru adalah bangunan keagamaan yang mempunyai kubah terbesar di dunia dengan diameter sebesar 51.2 meter dan setinggi 106.7 meter dari tanah.
Masjd ini dibuka untuk pelawat setiap hari, hari isnin hingga khamis dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan waktu rehat 1 hingga 2 petang manakala pada hari jumaat bermula 8 hingga 12.15 tengahari dan dibuka kembali pada pukul 2.45 petang hingga 5 petang.
Tiada caj masuk dikenakan dan pengunjung diingatkan untuk berpakaian sopan.
Alamat | Fb/ Website |
Pesiaran Masjid, Seksyen 14, Shah Alam 40000, Selangor | Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
4. Laman Seni 7
Laman Seni 7 terhasil dari inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam yang menjalankan program ‘Pengindahan Lorong Belakang.

Lukisan mural yang dipilih adalah berdasarkan tema komuniti Shah Alam, tarikan pelancong dan kehijauan menggunakan lukisan kategori 3Dpainting, 3D installation, Painting On Site dan Street Furniture.
Laman Seni 7 kini menjadi tumpuan pelancong kerana kecantikan kawasan itu yang ceria dengan seni- seni serta menjadi tempat suafoto.
Laman Seni 7 dibuka setiap hari dan tiada caj masuk dikenakan.
Alamat | Fb/ Website |
Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor | mbsa.gov.my |
5. Wet World Water Park
Taman tema air ini adalah yang pertama dibuka di Shah Alam pada 1995 dan tarikan yang paling terkenal di sini adalah monsoon buster iaitu gelongsor air berbukit antara yang terpanjang di dunia dan yang pertama di Asia tenggara.

Taman tema air ini dibuka pada hari isnin, jumaat, sabtu, ahad bermula 10 pagi hingga 6 petang manakal ketika cuti sekolah dibuka setiap hari dengan waktu operasi yang sama.
Tiket boleh dibeli di laman sesawang rasmi Wet World Water Park.
Alamat | Fb/ Website |
No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor | Wet World Water Park |
6. i-City Shah Alam
Kedudukan i-City yang strategik betul-betul di tengah bandar Shah Alam di seksyen 7 membuatkan taman fantasi ini sering menjadi tumpuan pelancong.

i-City dibina sebagai bandar wawasan yang mengutamakan ICT dan menjadi tapak kepada industri bisnes, bioteknologi, software dab sebagainya.
i-City juga mempunyai taman landskap yang indah terutama pada waktu malam kerana taman itu akan dilimpahi lampu led berwarna-warni yang dihias pada pokok-pokok dan bangunan.
i-City juga mempunyai taman tema yang mempunyai permainan sesuai untuk kanak-kanak seperti marry go round, roller coaster, bumper car dan macam-macam lagi.
Antara tarikan lain di i-City adalah Snowalk, Waterworld, dan Red Carpet 2.
Kalau anda hendak merasa seperti berada di negara yang sejuk bersalji Snowalk adalah tempat yang anda harus kunjungi dan di sini ada gelongsor, tempat bergambar, ukiran ice dan ice car.
Peringatan untuk pengunjung disebabkan suhu yang terlampau sejuk di Snowalk, pengunjung perlu menyewa pakaian, stokin dan kasut yang disediakan tapi kalau nak jimat, pakai stokin sendiri sahaja.
Tiket boleh dibeli secara online di laman sesawang i-City untuk mendapatkan pakej-pakej yang menarik dan lebih jimat.
Alamat | Fb/ Website |
D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, City Park, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor. | i-city.my |
Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini
Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan
Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan
Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Baca: Pulau Jerejak
Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser
Baca: Tempat Menarik di Johor
Baca: Tempat Menarik di Melaka
Baca: Tempat Menarik di Perak