Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah jam 5.15 pagi tadi.

Seramai 23 orang menjadi mangsa korban termasuk 21 pelajar dan dua orang warden asrama. Enam lagi dilaporkan cedera.

Mengikut laporan media, sebahagian besar mereka yang terkorban dipercayai sesak nafas dan lemas akibat terhidu asap ketika kebakaran di tingkat 3 pusat tahfiz berkenaan.

Tragedi kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah merupakan kebakaran kedua terbesar selepas tragedi kebakaran Pondok Pak Ya (Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah) 28 tahun lalu.

kebakaran pondok pak ya

Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Punca kebakaran masih disiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat. Yang pastinya kebakaran bukan berpunca daripada litar pintas.

Terdapat beberapa perkara yang mencurigakan yang menjadi tanda tanya. Antaranya misteri tong gas kuning yang dikatakan bukan milik pusat tahfiz berkenaan.

Seorang tenaga pengajar yang juga warden pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi, berkata sebelum tidur jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu bilik asrama di tingkat 3, berhampiran tangga semasa dia melakukan pemeriksaan ke bilik asrama pelajar.

“Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar.

“Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Arif berkata, dia sendiri pelik bagaimana dua tong gas berwarna kuning itu boleh berada di luar pintu asrama sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan berwarna hijau dan diletakkan di dapur di tingkat bawah.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Senarai Mangsa Terkorban

kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Seramai 21 pelajar dan 2 guru terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi tadi.

Berikut senarai nama mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11
  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Video Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah

Leave a Comment