Ketahui Cara Tukar Simpanan Konvensional Ke Shariah KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan pilihan Simpanan Shariah kepada ahli atau pencarum yang bergama Islam.

Untuk makluman, Simpanan Shariah ini merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Untuk memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan oleh KWSP untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Tujuan Simpanan Shariah

Tujuan Simpanan Shariah ini diperkenalkan adalah seperti berikut:

i) Ahli Beragama Islam

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

ii) Ahli Bukan Beragama Islam

  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

Perbezaan Ciri-Ciri Simpanan

Perbezaan ciri-ciri simpanan KWSP adalah seperti berikut:

ShariahKonvensional
KeahlianSemua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah.Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
Akad (Kontrak Shariah)Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad WakalahTidak berkenaan
Kadar dividenKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh SyariahKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%
Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus SyariahTidak berkenaan
Pertukaran akaunAhli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasaAhli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah

Cara Membuat Pertukaran

Untuk membuat pertukaran, sila ikuti langkah-langkah berikut:

i) i-Ahli

  1. Layari laman web i-Ahli iaitu https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member.
  2. Log masuk dengan memasukkan user id dan kata laluan.
  3. Pilih Tab Simpanan Shariah.
  4. Ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah dengan pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan Shariah, dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.

ii) Self-Service Terminal (SST)

Penukaran ke akaun Simpanan Shariah juga boleh dilakukan di Self-Service Terminal (SST) yang tersedia di cawangan KWSP.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.kwsp.gov.my/.

Leave a Comment