Bajet 2018

Ucapan Bajet 2018: Siaran Langsung Pembentangan Bajet 27 Oktober

ucapan bajet 2018

Berikut dikongsikan teks ucapan pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017.

Anda boleh ikuti siaran langsung Bajet 2018 di semua stesen-stesen televisyen seperti RTM, Astro, TV Alhijrah dan Bernama, Pembentangan Bajet 2018 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Laman Khas Bajet 2018, iaitu melalui link http://www.treasury.gov.my.

Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan akan diadakan pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 27 Oktober
  • Masa: 3.30 petang
  • Tempat: Parlimen Malaysia

Siaran Langsung Bajet 2018

Ucapan Bajet 2018

Teks Ucapan Bajet dan Laporan Ekonomi 2017/2018 juga boleh dimuat turun dari laman tersebut sejurus selesai membentangkan Bajet 2018.

Selain Laman Khas Bajet 2018, Pembentangan Bajet 2018 juga boleh diakses melalui pautan laman web Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

Harapan Bajet 2018

Selain perkhabaran gembira buat penjawat awam, isu kos sara hidup tinggi adalah antara fokus utama kerajaan dalam setiap kali bajet tahunan negara.

Jadi, selain produk-produk 1Malaysia, adakah strategi-strategi baharu yang akan diperkenalkan untuk memastikan isu ini betul-betul ditangani secara berkesan?

Rakyat inginkan strategi yang benar-benar berkesan untuk menangani isu kos sara hidup termasuklah dalam hal pendidikan dan kesihatan.

Maklumlah, bukan mereka yang menetap di bandar besar sahaja terasa bahang­nya, malah penduduk di pekan kecil juga terasa tempias­nya. Mungkinkah kerajaan akan mengambil langkah menambahkan senarai produk harian rakyat yang tidak dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)?

Bagaimana pula dengan isu rumah mampu milik yang sampai sekarang masih menjadi isu rakyat yang mana seolah-olah sukar ditangani?

Sekali lagi, rakyat mengharapkan strategi ampuh menangani hal ini. Tidak dapat dibayangkan apakah harga rumah pada masa akan datang berikutan harga rumah pada masa kini pun sudah cukup menggerunkan buat rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Pendekatan jangka masa panjang cukup penting dalam menangani isu ini.

Petikan artikel “Jangkaan dan Harapan Bajet 2018” dari Utusan Malaysia.

 

Leave a Reply