Zakat Selangor Peduli: Bantuan RM600 Banjir Selangor

Orang ramai di Negeri Selangor yang terjejas akibat banjir boleh memohon bantuan Zakat Selangor Peduli menerusi Lembaga Zakat Selangor.

Zakat Selangor Peduli merupakan bantuan ‘secara one-off’ yang diperkenalkan untuk orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

Bantuan ini diberikan untuk meringankan kesusahan orang ramai untuk memulakan semula kehidupan mereka semula selepas ditimpa bencara banjir yang melanda di tempat mereka.

Justeru itu, pemohon yang ingin memohon boleh membuat permohonan bermula pada 21 November 2022 sehingga 31 Januari 2023 secara online.

Jumlah Bantuan

Bantuan yang akan diberikan oleh pihak LZS Peduli adalah sebanyak RM600.

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin memohon bantuan ini perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia atau permastautinan tetap.
  3. Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.

Cara Memohon

Cara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web pautan https://www.zakatselangor.com.my/peduli/.
  2. Klik ‘Mohon Bantuan Banjir Sekarang.’
  3. Masukkan kod ‘Captcha’ dan no kad pengenalan diikuti dengan butang ‘Semak.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar Permohonan.’
  5. Kemudian isi maklumat yang diperlukan.
  6. Upload dokumen yang diperlukan.
  7. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti:

i) Asnaf fakir, miskin, dan muallaf

  1. Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
  2. Penyata akaun bank.

ii) Bukan Asnaf

  1. MyKad ketua keluarga dan tanggungan.
  2. Laporan polis/pengesahan pimpinan masyarakat.
  3. Penyata akaun bank.

Proses Pembayaran

Pembayaran akan dibuat menerusi kaedah berikut:

  1. Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  2. Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  3. Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank pula, mereka akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga.

Untuk mereka yang tiada akaun bank, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Zakat Selangor Peduli, sila layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/peduli/ atau menghubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.

Leave a Comment