Zoo Negara

Zoo Negara terletak di Selangor dan mempunyai jarak lebih kurang 5km dari ibu kota Kuala Lumpur adalah salah satu tarikan utama pelancongan di Malaysia.

Zoo Negara adalah zoo pertama yang diasaskan oleh badan bukan kerajaan Malaysian Zoological Society dan dibuka secara rasmi pada tanggal 14 November 1963.

Zoo Negara mempunyai keluasan sebanyak 110 ekar tanah ini menempatkan lebih 5137 jenis spesimen yang terdiri daripada 476 spesis mamalia, reptilia, burung, amfibia dan juga ikan.

Keunikan zoo ini adalah pembaharuan konsep zoo yang meinginkan haiwan-haiwan di dalam zoo ini bebas di habitat yang sepatutnya dan menggunakan konsep open zoo di mana hampir 90% haiwan-haiwan di sini bebas di habitat yang direka sesuai dengan keperluan haiwan-haiwan itu.

Cara Hendak Ke Zoo Negara

Pengunjung yang menggunakan perkhidmatan LRT boleh turun di stesen Wangsa Maju line Kelana Jaya dan kemudian boelh menggunkan perkhidmatan teksi ke Zoo Negara.

Kalau pengunjung dari Stesen LRT Putra dan ingin menggunakan perkhidmatan bas awam Rapid anda boleh mengambil bas Rapid Kl bernombor 253 untuk ke Zoo Negara.

Manakala pengunjung dari Lebuh Ampang, Kuala Lumpur boleh mengambil bas Rapid Kl bernombor 220 untuk ke Zoo Negara.

5 Asas yang dipegang oleh Zoo Negara

1. Education (Pendidikan)

Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hidupan liar, Zoo Negara menekankan kepentingan pendidikan dan menawarkan pelbagai acara yang sesuai untuk kanak-kanak agar dapat memupuk minat dan memahami kepentingan hidpan liar.

2. Conservation (Pemuliharaan)

Pemuliharaan spesis hidupan liar yang terancam adalah salah satu misi utama Zoo Negara.

Pemuliharaan melibatkan proses pembiakan spesis haiwan terancam dan haiwan-haiwan liar yang berjaya dibiakkan akan dibebaskan ke habitan asal pada usia yang sesuai dengan kerjasama Jabatan Haiwan Liar.

3. Research (Penyelidikan)

Zoo Negara menyediakan opsyen penyelidikan buat pelajar-pelajar jurusan zoologi, biologi, veterinari dari dalam dan luar negara untuk memperkasakan pengetahuan dan menimbang pengalaman berkenaan hidupan liar dan hampir 400 spesis haiwan boleh dipilih sebagai opsyen kajian pelajar.

4. Recreation (Rekreasi)

Zoo Negara turut menyediakan hiburan yang semula jadi dari segi pameran haiwan dan haiwan-haiwan tidak dipaksa atau dilatih seperti pertunjukan sarkas.

Oleh kerana itu, pengunjung akan mendapatkan pengalaman yang berharga selain ilmu pengetahuan tentang kemungkinan tingkah laku haiwan yang sebenar di habitat semula jadinya.

5. Training (Latihan)

Zoo Negara di Selangor ini turut menyediakan khidmat latihan kepada zoo-zoo di seluruh negara untuk memastikan kelestarian hidupan liar di zoo lain.

Sejarah Zoo Negara

Negara kita berjaya memperolehi status merdeka pada tahun 1957 dan seperti negara-negara lain, Malaysia yang dikenali sebagai Malaya pada waktu itu turut mengadakan pameran-pameran seperti produk agrikultural.

MAHA ataupun Malayan Agri- Horticultural Association telah mengadakan acara pameran secara tahunan dan seorang ahli komiti MAHA yang dikenali sebagai Mr. V.M Hudson turut mempamerkan haiwan-haiwan yang ditempatkan dalam sangkar seperti zoo mini.

Antara haiwan-haiwan liar yang dipamerkan adalah orang utan, harimau dan buaya.

Haiwan- haiwan liar ini ditempatkan di estet milik Mr. V.M Hudson yang mempunyai keluasan 5 ekar, Estet Bangsar yang kini dikenali sebagai Damansara

Sambutan orang ramai terhadap zoo mini itu sangat memberangsangkan sehingga mendapat sokongan untuk mendirikan zoo kekal.

Pada tahun 1958, perbincangan menyeluruh tentang potensi pembinaan Zoo Negara diadakan oleh Kementerian Sumber Alam , jabatan kerajaan yang lain serta beberapa individu yang berpengaruh serta berminat seperti Mr. V.M Hudson diadakan.

Kesesuaian lokasi untuk Zoo Negara turut diselidik dengan terperinci dan akhirnya setelah Zoo Negara dibina pelbagai kritikan diterima seperti lokasi yang terlalu jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, Zoo Negara terbukti membuahkan hasil apabila 1 juta pengunjung yang datang setelah 3 tahun pembukaan Zoo Negara.

Haa..menarik bukan sejarah Zoo Negara secara ringkasnya?

Jom kita tengok pula harga tiket untuk masuk ke Zoo Negara.

Harga Tiket Zoo Negara

Harga tiket Zoo Negara juga boleh dilihat di laman sesawang rasmi Zoo Negara.

Harga Tiket Zoo Negara
Zoo Negara

Kelebihan pengunjung warganegara Malaysia mempunyai Mykad akan mendapat harga tiket yang lebih murah berbanding dengan warga asing.

Oleh kerana Zoo Negara mementingkan pendidikan sebagai asas yang tertulis di bahagian atas artikel ini, pengunjung yang di bawah rombongan belajar mendapat harga tiket yang lebih murah iaitu RM 13 sahaja.

Golongan OKU yang mempunyai kad OKU turut mempunyai kelebihan dan dikecualikan daripay bayaran masuk ke Zoo Negara.

Peta Zoo Negara

Peta turut disediakan di laman sesawang rasmi Zoo Negara bagi memnudahkan anda untuk merancang aktiviti di Zoo Negara selain anda dapat melihat peraturan yang tertera di peta tersebut.

Peta Zoo Negara di Selangor
Peta Zoo Negara

Antara peraturannya adalah dilarang mengganggu, memberi makan kepada haiwan, jangan membuang sampah merata-rata, mematuhi SOP Covid 19 dengan memakai mask muka sepanjang waktu di kawasan Zoo Negara, jangan menceroboh kawasan larangan, sentiasa duduk dengan baik di atas tram dan yang plaing penting sentiasa awasi pergerakan anak-anak anda.

Kenapa kita perlu mengikut tips keselamatan yang tertera?

Ini adalah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini terjadi seperti yang pernah terjadi di zoo luar negara yang hampir mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak apabila terjatuh ke dalam kawasan gorila dan gorila tersebut akhirnya terkorban.

Mari kita sama-sama menjaga keselamatan semua pihak.

Jom kita tengok kemudahan yang disediakan di Zoo Negara.

Kemudahan di Zoo Negara

Zoo Negara adalah mesra OKU dan menyediakan kemudahan seperti kerusi roda yang limited dan menggunakan konsep siapa cepat dia dapat.

Kemudahan
Zoo Negara

Pengunjung perlu membayar deposit jaminan sebanyak RM 50 untuk menyewa sebuah kerusi roda dengan harga RM 5, jangan risau deposit anda akan dipulangkan selepas anda menyerahkan kerusi roda itu kembali.

Zoo Negara turut menyediakan perkhidmatan baby stroller yang terhad buat keluarga yang mempunyai anak kecil.

Harga sewaan untuk sebuah stroller adalah RM 20 dan deposit jaminan yang perlu dibayar adalah RM 50.

Selain itu,wifi percuma, surau, zoohut iaitu tempat berteduh, dan loker sewaan turut disediakan.

Restoran, kiosk makanan dan juga kedai cenderamata turut disediakan di Zoo Negara.

Pendek kata, anda pasti akan selesa berkunjung ke Zoo Negara ini bersama keluarga tersayang.

Tarikan di Zoo Negara

1. Pertunjukan haiwan-haiwan

Pertunjukan singa laut dan burung kakak tua diadakan setiap hari kecuali hari hujung minggu dan hari cuti umum.

Waktu pertunjukan boleh dilihat di laman sesawang rasmi Zoo Negara.

Zoo Negara

2. Animal Feeding

Animal Feeding bermaksud pemberian makanan kepada haiwan dan Zoo Negara mempunyai sesi Animal Feeding pada hari cuti bermula pukul 2 petang hingga 3 petang untuk Javan Deer.

Animal Feeding
Zoo Negara

Walaubagaimanapun, sesi ini boleh dibatalkan oleh Zoo Negara tanpa notis awal.

Zoo Negara turut mempunyai Facebook yang aktif serta memaparkan sesi animal feeding bertajuk ZOOKU at HOME pada halaman muka buku mereka.

Zoo Negara

Antara haiwan yang dipaparkan dalam sesi animal feeding yang terbaru bertarikh 21 November 2021 adalah harimau dan cheetah.

Apa yang menarik adalah anda boleh melihat haiwan karnivor ini makan sambil mendengar penerangan tentang haiwan-haiwan liar ini.

3. Tram Ride

Tram ride adalah seperti bas mini yang terbuka dan pengunjung boleh menaiki tram untuk mengelilingi Zoo Negara.

Tram Ride Zoo Negara di Selangor
Zoo Negara

Tiada masalah seperti penat berjalan kaki terutamanya untuk warga emas dan kanak-kanak.

Harga untuk menaiki tram adalah RM 8 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak yang mempunyai MYkad.

Manakala kanak-kanak bawah 2 tahun dan golongan OKU adalah percuma.

AlamatFb/ Website
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul EhsanZoo Negara

4. Pameran Haiwan

Butterfly Garden, Giant Panda Conservation Centre, Aviary, Burung Enggang, Reptilia, Gajah, Beruang dan macam-macam lagi pameran anda boleh saksikan di sini.

Butterfly Garden
Zoo Negara
Pameran Haiwan
Zoo Negara

Zoo Negara yang terletak di Selangor ini adalah tempat yang harus anda datang bersama keluarga kerana ia adalah seperti one stop centre untuk keriangan dan ilmu pengetahuan.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment